
Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night. Anyway....Blog ni takde kena mengena ngan bunga bakawali tu pun... :)
Monday, August 15, 2005
Thursday, August 11, 2005
Jerebu oh jerebu

Hari-hari semalam kita dikejutkan dengan cuaca yang amat teruk. Gambar ini aku ambil dari kompleks pkns masa pukul 12 tgh hari semalam. Time balik keje gerimis sekejap kat kemuning sampai ke kesas tapi cuaca masih lagi teruk jerebu. Akibatnya kereta aku makin comot. Tak kisahlah... Balik awal semalam sebab nak temankan mak gi pasar Taman Perwira. Walaupun jerebu tapi masih lagi ramai yang mengunjungi pasar malam maklumlah barang keperluan dapur sudah kehabisan. Singgah rumah anak buah aku jap dan bila tengok budak2 aku jadi kasihan diaorang tak dapat pergi ke padang permainan seperti biasa. Selalunya pada waktu2 petang begini adalah masa mereka untuk beriadah tetapi akibat jerebu semua aktiviti terbantut... Selepas maghrib tengah dok sibuk menyiang ikan yang dibeli sambil tengok TV3 aku dikejutkan dengan berita hujan batu di petaling jaya. Aku dan abah tergamam seketika. Bala apakah yang sedang menimpa kita semua. Tentu ada sebab musabab sesuatu kejadian itu berlakukan.. Wallahu'alam... Oleh itu aku ingin berpesan pada diri sendiri perbanyakkan istighfar di bulan rejab yang mulia ini semoga keadaan akan bertambah baik... InsyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)