Friday, December 23, 2005

shopping

Baru aku tahu rupanya salah satu untuk lepaskan tension ialah dengan bershoppinng atau lebih tepat lg window shopping... Hik hik tak pernah dibuat aku sebenarnya.. 20hb suria datang kompleks ngan Wawa, aku amik bwh jejambat kat klang, lepas buat keje sikit pg tu aku cadang nak half day, dalam kul 10 baru kitaorang start b'fast dan destinasi pertama gi PAS (Plaza Alam Central) Kitaorang menghabiskan masa kat 2 jam.. Balik kompleks balik coz perut aku meragam, dalam kul 12.30 kitaorang lunch sambil ajak as utk join sekali. Lepas solat zuhur kitaorang bergerak ker SACC Mall lak, wah aku macam rambang mata rasa nak membeli semua buku kat MPH coz ada diskaun, aku beli buku Nak Tak Nak Dr Tuah, beli buku sticker untuk bdk2, dan macam2 lagi, lepas habis merayau baru kitaorang gi kompleks balik untuk cari buku Wawa... Malangnya takde buku yang dicari. Aku bawak lak diorang gi Jalan Taiping Klang, baru berjumpa kat kedai Noor Book centre. So maknanya aku amik cuti satu hari jadinya. Aku habiskan dekat 100 jer maklumler akhir bulan
Pagi tu sebenarnya aku tension pasal bond yang tak siap lagi, sebab ada orang ugut aku jika dia tak dapat bond dia dalam kul 5 ptg something akan jadi.. Suka2 dia nak ugut aku siap hempas2 pintu lagi... Nasib baik petang tu siap jgk bond dia, sebelum tu pun ada kes tukar hak milik kat JPJ yang lum siap lagi tapi owner beriya2 nak cepat. Arghhhhhhh....
Minggu lepas birthday charmila 15/12 aku belikan beg Barbie dan belanja A & B pizza, sebenarnya tujuan asal kitaorang nak tgk Narnia alih2 tiket sold out, tapi sabtu dapat gak aku tgk wayang citer Rock, Kelako giler, tak rugi aku tgk...
Besok Ina, kembar aku tp lain mak dan abah sebab lahir pada tarikh yang sama nak nikah, aku rasa nak gi tapi dia wat tgh hari, aku lak keje sampai kul 1.. Malam ni kot tolong datang rewang jap...

Wednesday, December 14, 2005

kenduri kahwin...

dah lama family kitaorang tak buat kenduri, minggu lepas sepupu aku kahwin so dari dari 8hb dah dok merewang kat rmh k ngah, pagi keje, malam rewang sampai kul 2 pagi, sempat lagi pekena inai kat jari hehehe
9hb keje half day, pagi kuar duit, bayar bil2 semua habis duit huhuhu, balik singgah klang amik cermin mata dan beli hadiah untuk k ngah kul 3 ptg baru gi kenduri, cantik pak andam tu make up kakak sepupu aku, nikah lepas asar, kat kul 11 malam baru aku balik
10 hb pagi sempat gi senam robik kat sure kecoh kat stadium jugra, dalam kul 9.30 gi sarapan ngan Nic kat Telok. Dalam kul 11 baru gi rumah k ngah, sampai2 tolong buat hidangan untuk makan beradap, biasa ler aku tukang susun atur udang goreng kat nanas, bila pengantin dah siap makan apalagi orang2 dapur semua menyerbu untuk makan kat meja utama, dah siap mengemas petang tu baru aku balik
11 hb ptg ada majlis tahlil kat rumah huda


tak lupa juga selamat pengantin baru untuk Jun Nawawi dan pasangannya di Kluang, sory aku x dapat datang, aku doakan kalian berbahagia..

Friday, November 25, 2005

28 years

hari ni dah bertambah setahun lagi umur aku genap 28 tahun... rasa macam dah tua lak... pagi2 dapat pelukan daripada mak. Mak aku tanya nak hadiah apa... aku tak tahu aku nak apa cuma aku nak dicarikan jodoh kalau boleh... tapi aku tak ler cakap ngan mak aku camtu... aku tak nak apa2...
pagi tadi aku suka sangat sebab orang yang tak pernah wish pun tiba2 wish kat aku dari kawan2 lama...
mungkin balik nanti aku nak beli pizza untuk makan2 atau pun belanja family makan pizza kat JJ sebab haritu abah rasa nak makan pizza, aku sendiri, aku tak tahu nak makan apa....
kepada pembaca2 blog aku doakan semoga aku cepat bertemu jodoh yer, insyaAllah,

Friday, November 18, 2005

Raya lagi

Dah lama aku tak update blog, tiba2 hari ni cuma nak menyingkap aktiviti yang aku buat sepanjang minggu lepas
ahad - aku buat makan2 utk budak ofis dan kawan abah, masak nasi lemak & soto, petang gi lencer rumah rahimah ngan Mai dan singgah jap amik nor kat rumah kakak dia dan patah balik ke rumah Mai, lupa lak nak habaq sepupu aku I'in dan Dot anak cik Lily (Muar) tido rumah aku seminggu
isnin - gi rumah Cik Rosni sebelah, balik dr rumah sebelah gi rumah Cik Juwaini, kesian pakcik aku beraya dengan ibu jari kaki baru lepas kena potong, sempat tengok gambo masa July kahwin haritu..
selasa - gi rumah Noriza makan mee sup. Jumpa Ani pendamar dan Ila, masing2 bawak keluarga aku gak yang solo lg, ingt nak singgah rumah cik melah tapi dia takde plk.
rabu - balik keje gi rumah Nani makan laksa & Nasi Impit, malam gi rumah nenek Salmi dan rumah angah
khamis malam lepas isyak gi rumah Shahrin ngan rahimah, ramai budak2 persatuan
jumaat - tadi aku dapat panggilan dari kak saadiah ajak gi rumah En Soen, dalam masa yang sama aku dah janji ngan sepupu aku nak masuk Jenjarum malam ni... Esok lagi lah ada 3 jemputan utk rumah terbuka

15hb ari selasa aku kena satu peristiwa hitam... aku kena intai.. jangan di tanya dimana cuma aku rasa sedih sangat, nasib baik aku baru nak tanggal baju masa aku perasan orang tu intai aku.. aku tak tahu dah berapa lama orang tu buat keje tak senonoh tu dan apa yang dia dah nampak. Aku mengadu kat ely ngan mah, ely suruh aku baca yasin untuk hilangkan trauma sekejap, besoknnya baru aku berani bagi tahu Mira ngan kakak aku. Aku tak bagitahu mak dan abah sebab aku takut mak sakit lagi, kebelakangan ni mak asyik tak sihat lagipun aku takut abah mengamuk... Sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :'(

Thursday, November 10, 2005

Boring....

Dah hampir kul 9, tapi batang hidung sorang pun aku tak nampak lagi.. Apalah nasib diri.. Diri seperti ingin berhenti keje tapi adakah bos membenarkan selagi aku belum bergelar isteri kepada seseorang...Huhu nasib baik ada tempat pengaduan.. aku bagi sms kat elly untuk mendengar luahan, aku tidak mengharapkan dia reply cuma terasa ingin meluahkan, tapi dia sahabat yang baik walaupun sedang parut kelapa dia masih reply msg aku.. thnx elly, jasamu tak dapat ku balas..
Malam tadi kawan lama masa sekolah rendah datang Naso, entah apa mimpi tiba2 cakap nak dtg beraya, aku tak kisah, Nani pun dtg malam tadi ngan adik beradik dia. Nani balik aku dapat beraya dua rumah baru balik dan suruh Naso dtg. Anak Lan merungut rm2 jer? Abis tu takkan aku nak bagi sorang rm5 kot alamak pokai la aku karang... Tak kisahlah budak2..

Monday, November 07, 2005

Raya....

Raya tahun ni aku rasa kurang meriah sikit, aku tak tahu kenapa tapi yang pasti tak ramai budak2 berkunjung ke rumah aku pada tahun ni. Raya kedua perut aku mula meragam sebab makan macam2 masa 1st raya. Tahun ni jugak nenek aku pertama kali beraya di olak lempit menyebabkan jauh untuk kami semua ke sana, so lewat sikit datang. Abah balik sehari sebelum raya. Beli ketupat kat kedai Elly, tahun ni tak anyam banyak pun sebab mak asyik fikirkan soal kucing jer, sambil nak masak lagi aku nak mengannyam lagi.. adalah dalam 50 biji jer kot, selalu 100. Malam raya tido lewat sebab tunggu ketupat masak, selalu mak aku yang tunggu tapi mak tak sedap badan aku la tunggu sampai masak sambil ditemani oleh sms oleh rakan2 taulan.
Pagi raya.. baju aku tak siap lagi.. Aku pakai baju kebaya yang mak dah buatkan awal2. Masa malam tu ramai yang tak sangka sebab diorang tak pernah tengok aku pakai baju kebaya di hari raya pertama...hehe
Raya ke2 cik ean & cik semi datang, Lomi pun datang bawak Nurin Afiqah. Aku nak amik gambar tapi tak teringat. Petang cik Ros pulak datang. Raya ke 3 baru raya sakan, gi rumah Cik Melah, Cik Mon, Dato Jamali & belah malam round Jenjarum tapi dapat 2 rumah jer sebab abah sakit perut. Raya keempat pun macam tu gak, baru jalan dapat satu rumah kat cjgkang abah dah sakit perut, apalagi balik rumah dah tak berjalan lagiler gamaknya..
Teringat seketika haritu aku sms Mr J jemput datang kerumah terus dia tak balas sms aku... Kwang2. Aku tak berani nak jemput Mr L takut mak aku fikir mcm2. Nasib lah badan... Ari ni ramai yang tak datang keje lagi, bila aku masuk bilik bos, ramai yang apply cuti sampai ari rabu, khamis dan ada yang apply seminggu lagi, kalau aku ada cuti pun aku takleh nak cuti banyak tu.
InsyaAllah aku puasa ari ni setelah cuti beberapa hari...

Monday, October 31, 2005

Terawih, kuih dan Raya

Hari raya tinggal beberapa hari lagi tapi aku satu habuk kuih pun tak adun lagi, baju pun tak siap jahit lagi, ingat kalau takde orang karang aku nak jahit sikit bahagian leher tu, kalau tak malam raya la karang baru aku jahit... hampeh tul..
Semalam gi majlis khataman dirasmikan oleh Dato Shafie Salleh dapat duit raya dan kain batik lagi, Tapi biasaler majlis keagamaan ni kurang sikit orang yang hadir, apapun majlis berjalan ngan lancar, aku bawak N, mak, nenek Jarah & Nenek ngaji. On the way nak balik aku hampir2 accident ngan satu kereta Iswara, alhamdulillah tak terjadi...
Dua hari lepas Ijan ICT masuk wad coz demam denggi, Aku nak ziarah semalam tapi balik majlis khataman dah dekat zohor, aku tido sampai dekat asar, nak masak untuk berbuka lagi... Aku doakan semoga Ijan cepat sembuh..
Malam tadi terawih takde imam, bilal jadi imam so malam tadi pecah rekod surau TD buat solat terawih 8 rakaat jer. aku balik sempat sangan kacang lagi, ingat esok nak buat mazola...
Teristimewa kepada Nic dan sesiapa yang terbaca blog aku ni aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin, raya jemput datang ke rumah... Tak lupa jugak buat Hud happy birthday... Muahhhhh.....

Thursday, October 27, 2005

Buzyyyyy...

Dah lama aku tak menulis... sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan tapi sebab kesuntukan masa yang teramat menyebabkan aku takde masa nak menulis. Alhamdulillah dalam seminggu ramai orang berkunjung ke kedai menyebabkan aku tak menang tangan. Ditambah lagi nak musim2 perayaan semua orang nak benda cepat, dah tahu nak raya lain kali buatlah awal tapi biasaler time raya ler client2 aku dapat bonus dan nak balik kg lagi baru ler tergesa2 nak suruh kita orang buat cepat. Takpelah dah tiap2 tahun berlaku macam ni, orang kata dah masak dengan asam garam client yang tak reti2 nak paham...

Semalam aku berbuka di dalam kereta masa nak naik highway kesas ke banting, sedihnya tak boleh nak citer la. Dahlah dalam kereta cuma ada air masak yang tahun bila punyalah.. Punca utama kesesakan kat sek 25 tu sebab air naik dan ada kereta wira stuck kat tgh jalan.. Mr J lak tersangkut kat sek 23.. macam berjanji lak. Dia ajak berbuka sama tapi rasanya hujan2 macam ni tak selesa ler nak berbuka kat luar lagi pun aku takut mak aku berleter krg walaupun hati aku meronta2 nak gi... Gataiii.. Aku sampai rumah dalam 7.40... Bila sampai rumah aku happy sebab mak buatkan aku air sirap selasih..sayang mak, nasib baik tak berbuka kat luar..

Hari isnin 24 hb si putih mati... tahu waktu sahur bila mira menjenguk... Bising sekejap lah waktu sahur tu bila mira menjerit kat belakang.. tak tahu sebab apa.. ada cecair hitam mengalir dari telinga dia.. Gambar putih kot yang dalam photo album, semalam pulak sowol yang mati... aku dapat tahu bila mira beritahu masa aku berbuka. Aku sedih2 gak tapi sesedih mak & Mira sebab bukan aku yang jaga diorang, entah aku dah takut nak jaga apa2 sekarang sekurang2nya kalau benda tu mati akutak ler terasa sangt. Aku teringat dulu mira langgar pokok yang aku jaga sampai tak lalu makan. Pokok tu aku buat cantuman, sayang sangat, alih2 mira naik basikal terlanggar, cantuman yang aku buat tertanggal.. sedih tak leh nak habaq camne, tu ler sekarang kalau nak jaga2 ni aku malas sikit setakat belai2 bolehler..

Aku dah menulis dari pagi tapi baru sekarang sempat disiapkan.. Buzyyyy... Email pun dah beberapa hari aku tak tengok.. mesti penuh inbox aku... arghhhhh

Saturday, October 22, 2005

Pagi ni datang keje sebab nak gantung ketupat dan kad raya. Sedang aku memanjat, tiba2 ternampak seorang minah tersenyum diluar ofis. Ayu.. kawan masa kat ict, datang membeli belah kat kompleks ni..., dah mengandung dah dia, baru 5 bulan. Alhamdulillah... Pagi tadi bangun sahur dikejutkan oleh sms dari Mr J. Terkejut gak aku.. sekejap ada mamat tu sekejap hilang macam chipsmore lak... Tak kisah la cuma aku tertanya awalnya dia bangun... Hari ni takde planning apapun, ingat balik ni nak buat kuih tapi rasa malas pulak.. Gamaknya tido jer lah aku karang...
Semalam gi membeli barang kat Tesco Banting, bolehlah.. tapi susah nak cari barang tak macam Tesco Klang sambil hantar nenek kat rumah acik Nor. Abah dah selamat sampai di Madinah dan harini mungkin bertolak ke Makkah...

Thursday, October 20, 2005

Pagi ni hujan sangat lebat, aku sampai ofis pun lambat. Sampai kat lift aku dapat sms dari Nic, Datin Seri Hendon meninggal pada pukul 7.50 pg.. Inalillah semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yang beriman.. Amin...
Semalam flight abah kul 5.10 ptg dengan Saudi. Aku sampai rumah dalam kul 5 ptg. Balik dari klia singgah jap rumah elly bagi kek marble kat dia. Ingat nak singgah Tesco tapi hujan turun lebat sangat dari olak lempit lagi. Dahlah tak dapat gi Alamanda, Tesco pun tak dapat gi gak uhuhuhu. Oh yer nenek aku tak sihat semalam menyebabkan mak tak ikut gi klia. Cik Jali sekeluarga berbuka kat rumah malam tadi, dia datang time tengah azan, kitaorang pun tak prepare apa2. Aku ngan mak cuma berbuka kuih muih yang dibawa oleh acik sebab takut nasi tak cukup. Tapi masa time terawih aku rasa semacam jer sebab tak makan nasi. Memang tak boleh aku ni berbuka tak makan nasi.. Tapi sajer jer nak try.. Konon ler tu.. Malam tadi terlambat sikit gi terawih dan dalam keadaan terkelam kabut aku ternampak seseorang, nampak hensem sangat padahal orang tu pakai t-shirt dan kain pelekat jer. Tapi aku harap aku tak salah orang, sebab malam lampu jalan tu pun kelam jer, aku pun tak berapa clear sangat.. Malu jer kalau salah orang.. Malam tadi solat witir start doa qunut tapi malam tadi mata aku mengantuk sangat.. aku perasan budak sebelah aku asyik tengok jer aku tersengguk2.. malu2...

Wednesday, October 19, 2005

Pancit....

Pagi ni bila aku kuar dari gate aku rasa kereta aku semacam jer. Takkan bocor lagi kot, dalam hati aku berkata sendirian. Tapi mungkin jgk sebab 2 ker 3 bulan lepas dia cuma gosok je tempat bocor tu..Sampai kat simpang tiga aku berhenti dan bila aku tengok tayar belakang belah kanan dah pancit. Alhamdulillah nasib baik kat rumah lagi. Aku pun parking tepi jalan dan kuarkan apa2 benda yang patut dan amik kereta kembara. Nasib baik ada kereta lain, kalau tak aku naik motor, takpun aku cuti jerlah.. hehehe tapi aku mmg half day pun ari ni. Nanti zohor nak balik antar abah gi klia. Malam tadi nenek datang tido kat rumah. Tapi malam td mata aku takleh nak bukak. Mira yang ketuk pintu cakap nenek nak masuk tido, teruk punya cucu aku ni... Petang ni cadangnya balik dari klia nak gi alamanda tapi bila nenek aku datang tak sure nak gi ke tidak sebab takut nenek penat karang, aku ngan mira kalau dah window shopping bukan boleh sekejap, mak tak kisah lah sebab dah faham fiil anak dia. Tak tahu la.. tengok ler camne karang.. Oh yer ari tu kawan lama di ict baru dapat anak 3hb okt. Amin Affan Bin Abdul Rizal. Hari ahad lepas pulak aku terserempak ngan Iwan Ayob kat pasar ramadhan depan rumah aku. Dia bawak anak dara dia. Dah besar anak dia mungkin baya balqis kot...Aku jgk yang tak ada perkembangan kwang-kwang

Tuesday, October 11, 2005

Pagi ni aku sampai ofis kurang 15 minit kul 10. Sampai2 ofis semua org sibuk tanya lagi.. jem ker.. Aku malas dah nak menjawab, perut aku sebenarnya dah tak tahan nak terkucir, terpaksa lak drive almost 2 1/2 hours. Nasib baik guna auto kalau tak... Tapi td jem sebab ada satu lori bawak kayu tersadai kat jambatan kota klang. Sabo... nasib baik bulan ramadhan aku tak ler bengang sgt. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Nasib baik jg topik pg Era pun kelako dan lagu2 yang didendangkan memuaskan halwa telinga aku.. Tadi pg aku termalu sekejap sebab masa Era dendangkan lagu setelah hujan oleh Search aku suruh sorang mamat tu dengar. Bila aku dah send dah sampai bab chorus ada pulak senikata aku cinta padamu.. Argh.. malu2 nasib baik mamat tu cerita pasal topik pagi Era dan suruh aku bebanyak sabar. Nasib baik.. Tgh hari lak aku dapat sms dari seseorang yang dah lama aku tak mendengar khabarnya.. Di utan rusa di tasik kelisa, b'lumba jua di jalanraya, ini selasa seminggu berpuasa, jangan sibuk nak beraya.. Bunyi macam perli jer kat aku.. padahal aku x prepare pun apa2 lagi untuk beraya..

Wednesday, October 05, 2005

Puasa...

Semalam abah demam, ptg semalam abah gi berurut ingat nak solat terawih malam td, tp mlm td makin teruk plk. Risau plk aku. Malam td aku solat terawih kat surau baru. Pagi tadi sahur abah tak makan apapun, aku ngan mak makan sikit sebab malam tadi aku x jamah nasi lgsg.. Risau plk aku.. semoga abah cepat sembuh... & semoga ibadah puasa aku diterima olehNya... Amin

Monday, October 03, 2005

Bola.......

Eeeeeiiii syoknya dah lama aku tak tgk bola kat stadium. Kali terakhir sebelum Danisha lahir kot. Ini kali pertama aku tgk kat stadium bukit jalil. Selalunya aku tgk kat stadium shah alam. Ini jg 1st time aku gi ngan kawan2 selalu aku gi ngan family aku. Hari khamis lg dah kecoh cari tiket, excited sgt.., maklumler rancangan awal nak makan2 kat bagan alih2 ramai yang tak free malam tu apalagi bila ada kawan nak tgk aku pun... hehe.. Aku gi b'3 ngan Nic & Ila. Actually sebenarnya banyak agenda hari sabtu tu, pagi aku keje cam biasa, dalam kul 9 pg kuar jap gi Intan Matang servis keta. Kul 3.45ptg baru siap. Aku ingat kalau balik awal aku nak tgk sales thermos kat subang. Tapi masa tak mengizikan. Sepanjang balik ke rumah ramai penyokong selangor berduyun2 pergi ngan mengibarkan bendera s'gor. Jeles aku.. Takpe..takpe.. aku akan menyusul kemudian heheh. Sampai kat rumah, aku tido jap, sementara nak tunggu Ila ngan Nic balik. Dalam kul 5.45 Ila tel dia dah sampai rumah. Aku pun apa lagi kelam kabut bersiap. Kul 615 terus gi. Singgah jap di perhentian kinrara coz nak bagi tiket untuk kak su. Teringat kenangan 5 tahun dulu dimana aku keje sbg jurujual kat salah satu kedai kat perhentian ni. Dalam kul 7 kita orang kuar dari kinrara. Lepas tol je dah jem. Jalan nak ke stadium polis tutup pulak, terpaksa buat u-turn, alih2 lepas u-turn polis tutup jgk jalan depan tu maknanya aku kena turun gi highway balik. Aku tgk 2, 3 keta lepas. Aku pun amik kesempatan cakap slow2 ngan polis tu, alih2 polis tu bagi aku masuk. Nic tanya aku kenyit mata ke ngan mamat polis tu.. hehe tak kuasa aku... Sampai kat depan stadium cari parking.. Aku tak tahu nak parking kat mana, alih2 aku parking depan carefour selepas penat berlegar2. Jalan kaki sampai ke stadium. Aku pun silap gi pakai kasut bertumit sapa suruh patut aku pakai selipar je...Padan ngan muka aku.. Sampai kat stadium cari surau dan solat dulu baru cari tempat duduk. Malangnya takde tempat duduk yang kosong, sume penuh. Selepas penat turun naik kitaorang amik keputusan turun kebawah, berlegar2.. perlawanan dah bermula, apalagi.. duduk je kat tangga bawah banner connought bridge club & bawah bahagian gendang kalau tak silap aku. Inilah first time aku duduk kat tangga. Tapi pengalaman yang sungguh menyeronokkan, tak boleh nak ditafsir ngan kata2. Budak2 sebelah menyebelah pun sporting2, cuma ada la mamat yang tersesat tiba2 nak duduk sebelah menyebelah, ..sorry.. Separuh masa kedua kitaorang injak kedepan sikit sebab masa masa pertama td aku tak dapat tgk keseluruhan padang sebab terhadang tembok. Bila duduk depan sikit ni baru clear sikit.. Macam2 karenah yang aku dapat perhatikan sepanjang berlangsung perlawanan. Bunyi paluan gendang menambahkan debaran & semangat kitaorang untuk bersorak. Kitaorang balik tepat masa 90 minit berakhir. Kuar2 je..kat luar stadium dipenuhi penyokong2 perlis yang mungkin kecewa dan kuar awal, bila tgk kiri kanan semua nampak hijau kuning je, kitaorang lak pakai baju merah kuning, takut pun ada gak, tapi insyaAllah takde apa2. Bila nak kuar ke highway pun jalam jem gak... Polis tutup jalan lagi. Bengang tul aku.. On the way balik singgah awan besar makan. Aku sampai rumah dalam kul 1.30 pagi...
Balik2 borak2 ngan mak sampai aku terlelap sendiri kat 2.30pg

Pagi ahad gi Kem Gelanggang Buaya (KGB) sebab ada solat tasbih, tapi bila sampai sana rupanya ada program lain, sehari bersama opah. Budak2 puteri Islam w.persekutuan & kolej mara banting bersama budak2 istimewa dan golongan veteran dari rumah orang2 tua. Rupanya2 takde solat tasbih cuma ada bacaan Yassin selepas solat zuhur. Balik rumah basuh baju yang dah aku rendam dari pagi tadi. Kat kul 6 baru siap.. kalau basuh mesin takper ler ni kena sental satu persatu.. saja jer cari penyakit..

Malam ni lak aku ada final exam... Takut... tapi best gak.. puasa ni takde class.. Insyaallah boleh solat terawih....

Tuesday, September 27, 2005

Mimpi...

Alamak...dah kul 9.30, bergegas mandi, tanya mak kenapa tak kejutkan aku, tp dalam masa yang sama aku dengar azan, tiba2 bunyi ringggggggg, oh mimpi rupa2nyer aku. Hehe nasib baik. Matikan jam sambung tido balik terlajak ke 6.45. Teruk betul aku ni. Cepat2 mandi & solat. Ingat lepas ni nak goreng pisang. Bila aku nak gi dapur je tgk2 mak dah hidupkan api nak goreng pisang. Sayang tul kat mak aku dia boleh baca fikiran aku nak makan pisang pg ni... Bila mak yang dah goreng aku pun bersiaplah gi keje..kwang, kwang

Hujung minggu yang meletihkan..

23 sept
Balik keje hjn lebat kat shah alam - traffic jem kat sek 25 - sampai rumah dalam kul 7 - Lepas isyak gi rumah sepupu (July) kahwin. Buat kuih koci tp aku lembap sikit so potong2 bawang jelah - kul 11 tayang muka kat dpn jap terjumpa member lama, norliza dan suhaili, kul 11.30 mlm balik

24 sept
Lepas subuh ingat nak tido jap tapi banyak keje menanti - sapu laman, cuci kereta, cuci depan, cuci baju (seminggu punya) baru gi rumah July balik. Jumpa sedara mara, tak tolong kat dapur pun sbb pakai baju cantik.. konon ler, singgah rumah nenek jap petik buah duku, limau dan mcm2 sampai kat maghrib baru balik, malam kul 9 dah tido tak sempat pun nak tengok bola.. hampeh tul

25 sept
Bukak2 mata cari tel, alamk bateri kong plk, sementara nak tunggu habis cas aku menjahit tepi jap, tgh lyn jahit benang pulak habis... geram jek.. Bila tel dah ok aku tgk banyak tul msg msk, semua citer psl bola, selangor menang 4-2 yeh2, aku sambung wat keje.. kena vacum plk, (along OT kalau tak tugasan dia hujung minggu ni). Dah penat, aku sarapan utk kali ke2, Lepas zohor masak, rehat jap tgk citer peter pan, ptg lepas solat asar siram pokok bunga dulu, mandi kemudian bersiap2 untuk gi rumah angah, kul 6.30 bertolak ke kelana jaya, sampai dah maghrib dan balqis tengah buat persembahan menari tarian moghul, makan kat syed bistro, balik dalam kul 12

26 sept
Pagi2 dah dikejutkan oleh satu kes raba kat kompleks. Ada kakak tu kena raba nasib baik sempat kejar orang yang meraba. Aku turun bawah jap nak menyibuk, muka mamat tu boleh tahan tapi perangai tak senonoh, bawak kes gi balai polis, tak tahu apa jadi lepas tu...

Wednesday, September 21, 2005

Dari pg aku nak menulis tapi aku tak sempat.. Malam td celebrate bithday mak.. makan kfc.. angah belanja. Sebelum tu pun mmg aku dah makan sebab mak suruh masak untuk lauk berbuka mira. Aku pun ikut berbuka gak walaupun tak puasa.. Tak sangka lak angah telefon nak bawak kfc.. Apalagi 2nd time mkn ler.. Tak sangka rupanya kak liza pun bg hadiah tudung kat mak.. hehe mcm berjanji jer.. Along lak bg coffee maker..
Pagi td aku bawak balqis gi school. On d way lak ternampak secret admire kat bukit tinggi... Dia pun asyik tengok cermin belakang jerlah masa aku berhenti btl2 blkg kereta dia. Mulalah terperasan jap.. Tapi alamak dia terperasan balqis.. mesti dia ingat aku bawak anak hari ni... Sabo jerlah

Tuesday, September 20, 2005

Birthday mak...

Hari ni birthday mak yang ke 54 tahun. Pagi2 lagi sebelum gi keje aku dah bagi hadiah tudung yang aku beli last week kat mak. Sayang mak... Aku doakan mak panjang umur dan murah rezeki selalu dan dimudahkan segala urusan... Td pg nak gi keje jalan jem teruk.. Mula2 kat bt 5 ada accident antara seorang pkcik naik motor ngan lori hantu.. Sampai kat depan hospital pun jalan jem teruk sehinggalah sampai tol sg rasa.. aku tak tahu apa punca.. kalau tiap2 hari camne mahu aku pening kepala. Dahla minggu ni dan minggu depan aku ada test... Argh.. tajuk tak cari lagi... Drama lak minggu depan.. Rasa mcm nak lepakkan diri jap kat tasik tapi xde masa. Aku cuba bayangkan aku berada di sebuah pulau, bermandi manda... Syoknya... rasa hilang jap masalah. Tapi sekejap jelah lepas tu timbul balik..waaaaaaa

Friday, September 16, 2005

Mencari Cinta...???

Mencari cinta!!!??? Aku mmg dah agak anak Wak Paiman yang akan masuk minggu ni. Bermaknanya ada tiga jejaka yang perlu merebut cinta cik Elly kita. Aku selalu bertekak dengan abang aku pasal cerita ni sebab dia tak suka nak tengok.. Tapi entah kenapa bila tengok citer ni mungkin dapat menilai serba sedikit kriteria2 yang diperlukan oleh si gadis untuk mencari calon yang sesuai.. Aku pun tak tahu kriteria yang mcm mana jadi pilihan Elly tu.. Tunggu jelah coz rasa dah tak lama lagi keputusannya akan kita tahu. Sebenarnya dari haritu aku nak menulis tetapi disebabkan kesibukan yang terlampau..kononlah.. Kelas aku start isnin sampai khamis. Nasib baik off hari selasa kalau tak, takleh nak tgk siri mencari cinta ni...Kalau tiap2 hari ada kelas tak larat aku.. Balik jer class dah tak leh nak bukak mata. Letihnya mengalahkan orang keje berat lak. Ok berbalik kpd mencari cinta sebenarnya aku pun sdg mencari cinta. Bila cakap mencari cinta aku terkenang kepada lagu cik CT kita Purnama Merindu. Antara bait2nya:
Aku meminta pada yang ada,Aku merindu pada yang kasih,Aku merayu padamu yang sudi merinduku..
Haha ada ke orang sudi merindui aku... Kwang2.. Fobia dulu masih tak hilang lagi kot.. Lagipun susah nak tahu orang yang benar2 ikhlas dan jujur sekarang.. Aku pun tak tahu mengenai perasaan aku sendiri bagaimana aku nak faham perasaan orang lain terhadap aku... Tapi aku percaya jodoh aku tetap ada cuma masanya lum sampai lagi.. Mencari cinta belum tentu cinta itu akan kita akan dapat. Mungkin juga cinta itu akan lahir selepas berkahwin.. mana tahu... Cuma buat masa ni aku takut nak suka kat seseorang takut aku dikecewakan.. Tapi rimas bila orang asyik tanya.. bila lagi?

Friday, September 09, 2005

Geng...

semenjak cerita pasal konvoi aku dah lama tak menulis.. bukan takde cerita atau tak sempat nak menaip tapi entah kenapa aku macam rasa x mempunyai perasaan untuk menulis.. lagipun tulisan ini untuk suka2..
sebenarnya aku pun tak tahu nak menulis apa petang2 ni. Oh yer td aku gi SACC bagunan baru kat shah alam, masa masuk memory lane tiba-tiba ada orang cuit aku.. amy rupanya.. budak kkb.. Gi singgah jap kat MPH ternampak kawan lama tapi aku tak tegur sebab waktu time aku ke sana td time solat jumaat & nasib baik jgk mamat tu tak tegur aku kalau tak tentu terkeluar soalan berbisa dari aku kenapa tak gi solat.. Aku heran dengan sesetengah orang lelaki ni.. diberi peluang seminggu sekali untuk solat jumaat pun tak nak dimanfaatkan, entahlah kat kompleks ni pun kadang2 ramai orang lelaki pakai baju melayu time hari jumaat tapi time solat aku tengok dia duduk makan kat tingkat atas ngan muka selamba.. dia orang tak rasa malu ker... mungkin sebab duduk di bandar kot.. cuba kalau duduk kat kampung alamat puas kena leter ngan mak.. oh yer aku baru teringat aku tak bagi lg kat gee address nak ikut kursus bahasa.. entah mana aku campak aku pun terlupa. Minggu lepas geng2 aku dari utara datang.. gee dan sepupunya, termasuk fazi bdk melaka, dan hud roomate aku dulu dari batu pahat. Banyak yang hendak dicerita bila dah berjumpa.. Hud dah bertunang dan insyAllah akan melangsungkan pernikahan pada bulan 12 nanti.. Alhamdulillah... aku gak yang masih tak berubah2.. Aku bawak geng aku gi Nilai Square kat bandar nilai la... Puhh.. punya ler ramai umat membeli belah kat situ termasuk la kami berlima.. Sekarang tengah musim kain corak batik.. aku, gee, hud & fazi pun ikut memborong.. aku yang bawak tapi aku yang lebih memborong.. Tapi tak lama pun dalam sejam je masa yang kami abiskan kat situ.. sebab lepas ni aku nak bawak diorang gi alamanda...makan2.. nak masuk carefour tapi tak sempat sebab budak2 ni nak balik malam ni tapi tiket pun tak amik lagi..Keluar dari alamanda aku bawak diaorang gi masjid putrajaya dan tengok cruise jap kat tasik putrajaya.. Dalam kul 6 aku kuar dari putrajaya dan terus pecut ker kl.. sampai tol sg besi jem teruk..minyak pulak dah nak abis.. akhirnya dlm kul 8 kitaorang sampai kat depan pudu selepas tersangkut kat jem... Selepas hantar diorang aku gi hantar hud kat sunway lak... lepas tu ingat nak tengok anak2 buah aku sebab abg aku ada jamuan makan kat kenduri lob yang dapat pelakon mahligai gading tu.. sampai depan rumah bdk2 aku cal.. bibik ckp bdk2 dah tido, x jd aku nak masuk karang terjaga susah plk aku..

tak lupa jg happy belated to nic 7/9..

Saturday, September 03, 2005

Gambar konvoi

so inilah antara gambo2 aku berkonvoi... tq nic diatas kecanggihan tel berkameranya... ish isk nak kena tukar jgk ni.. kena tungguuu dapat bonus kot... untuk story yg lebih lanjut just scroll je ke bawah sikit kay...










Thursday, September 01, 2005

Konvoi Merdeka 2005

Konvoi merdeka tahun ni oleh Puteri Umno Kuala Langat jelajah selatan dari sijangkang (kuala langat) - pagoh (muar) - melaka - pd - putrajaya - kuala langat. Sebenarnya aku dah create citer untuk konvoi merdeka ni dari A sampai Z tapi sebab aku tak sempat nak save aku punya citer so aku story serba sedikit jelah pasal konvoi ni.
28hb kul 8.30pg sebanyak 20 biji kereta dihdpan kediaman Dato Fatah dilepaskan untuk mula berkonvoi sambil diiringi oleh polis trafik ke tol Nilai. Masuk highway dah takde polis escort. Sampai tol pagoh lebih kurang kul 11.30pg. Kereta amy pancit.. nasib baik suami dia teror.. tak sampai 5 minit tayar kereta sudah siap ditukar.. Masuk pagoh kami disambut dengan meriah oleh pergerakan puteri Umno bahagian Pagoh siap ada bunga manggar, paluan kompang dan gendang, siap dapat bunga telor setiap seorang lagi... macam gi kondangan la pulak.. cuma tak menyumbang jer...
Dalam kul 2.30 ptg bergerak ke Melaka. Kena bayar tol Rm7.40 dari Pagoh ke Melaka.
Selepas melepasi tol Ayer Keroh polis trafik dah siap menunggu untuk mengiringi kami ke bandar hilir... cheh.. rasa macam menteri lak bila semua kenderaan bagi laluan pada kami semua untuk lalu. Sampai di bandar hilir kat depan muzium kami semua ada tugas yang perlu diselesaikan... iaitu menjahit bendera..
Kul 4.30 petang setelah selesai menjahit jalur gemilang dan minum petang aku & geng sempat membeli belacan & ole2 untuk untuk dibawa blk. Selepas itu kami semua bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Port Dickson Beach Resort.
Sebelah malam ada jamuan barbeque sponsor oleh YB Bibi Sharliza... Nyam nyam memang menyelerakan... sampai dah tak larat aku nak makan. Selesai malantak kami semua ada permainan Ular beracun. Geli geleman gak walaupun hanya guna ular plastik jer.. Anis dah menggeletar semacam sebab memang dia takut ngan ular..
Aku tak tunggu lama sebab perut aku dah meragam... aku naik atas bilik dan apalagi tido awal...
Pagi 29hb kul 8.00 pagi semua orang breakfast. Nasi lemak dan roti bakar.. lepas breakfast ada senam robik dan sukaneka. Aku masuk kumpulan itik.. kuek..kuek..
Satu kumpulan ada 6 orang.. Macam2 acara dan acara yang tak boleh dilupa ialah mencari kuaci putih di dalam tepung.. Kumpulan aku menang 3 acara..
Nak mandi laut tak dapat sebab cuaca tak mengizinkan..
Selepas makan tengah hari dalam kul 1 tgh hari bergerak ke putrajaya..ke kementerian pengajian tinggi.. Di putrajaya kami disambut meriah oleh dato Shafie dan ketua puteri Umno Malaysia .. Kak Noraini dalam kul 2.30 ptg
Selesai penyerahan bendera dan minum petang kami bergerak balik ke Kuala Langat. Mula2 ke Pejabat Daerah Kuala Langat kunjung hormat dengan d.o dalam kul 5 ptg. Semua pekerja dah nak balik.. so kita oarng tak boelh lama kat situ selepas menjamu ala kadar kita orang bergegas ke Majlis daerah Kuala Langat & jumpa s/u.. Selepas itu ke pejabat en Hasiman untuk penyerahan bendera.. Setelah selesai kami semua sambil diiringi polis patah balik ke Telok untuk merentangkan bendera Dato Shafie di pagar masjid Telok Panglima Garang.. Setelah selesai kami semua balik semula ke Sijangkang untuk merentangkan Jalur Gemilang Dato Fatah di hadapan Esso. Ah.. leganya apabila semua dah selesai... Tapi sebelum itu kami dijamu sekali lagi oleh En Leman makan sate bersebelahan Petronas batu 9 kebun bharu... Malangnya Anis ada class kul 8 so group kita orang pun minta diri dulu sebab aku nak hantar dia lagi ke Port Klang.. Aku sampai rumah dalam kul 8.30 lebih....
Ucapan penghargaan untuk Kak Ojen, Amy, dan ajk dan semua ahli konvoi... u all semua world....tahun depan jgn lupa ajak aku lagi... bye... gambo2 kat atas kay
Paling tak lupa group satu kereta... Nic, Aen & Anis... :)

Thursday, August 11, 2005

Jerebu oh jerebu


Hari-hari semalam kita dikejutkan dengan cuaca yang amat teruk. Gambar ini aku ambil dari kompleks pkns masa pukul 12 tgh hari semalam. Time balik keje gerimis sekejap kat kemuning sampai ke kesas tapi cuaca masih lagi teruk jerebu. Akibatnya kereta aku makin comot. Tak kisahlah... Balik awal semalam sebab nak temankan mak gi pasar Taman Perwira. Walaupun jerebu tapi masih lagi ramai yang mengunjungi pasar malam maklumlah barang keperluan dapur sudah kehabisan. Singgah rumah anak buah aku jap dan bila tengok budak2 aku jadi kasihan diaorang tak dapat pergi ke padang permainan seperti biasa. Selalunya pada waktu2 petang begini adalah masa mereka untuk beriadah tetapi akibat jerebu semua aktiviti terbantut... Selepas maghrib tengah dok sibuk menyiang ikan yang dibeli sambil tengok TV3 aku dikejutkan dengan berita hujan batu di petaling jaya. Aku dan abah tergamam seketika. Bala apakah yang sedang menimpa kita semua. Tentu ada sebab musabab sesuatu kejadian itu berlakukan.. Wallahu'alam... Oleh itu aku ingin berpesan pada diri sendiri perbanyakkan istighfar di bulan rejab yang mulia ini semoga keadaan akan bertambah baik... InsyaAllah...