Hari raya tinggal beberapa hari lagi tapi aku satu habuk kuih pun tak adun lagi, baju pun tak siap jahit lagi, ingat kalau takde orang karang aku nak jahit sikit bahagian leher tu, kalau tak malam raya la karang baru aku jahit... hampeh tul..
Semalam gi majlis khataman dirasmikan oleh Dato Shafie Salleh dapat duit raya dan kain batik lagi, Tapi biasaler majlis keagamaan ni kurang sikit orang yang hadir, apapun majlis berjalan ngan lancar, aku bawak N, mak, nenek Jarah & Nenek ngaji. On the way nak balik aku hampir2 accident ngan satu kereta Iswara, alhamdulillah tak terjadi...
Dua hari lepas Ijan ICT masuk wad coz demam denggi, Aku nak ziarah semalam tapi balik majlis khataman dah dekat zohor, aku tido sampai dekat asar, nak masak untuk berbuka lagi... Aku doakan semoga Ijan cepat sembuh..
Malam tadi terawih takde imam, bilal jadi imam so malam tadi pecah rekod surau TD buat solat terawih 8 rakaat jer. aku balik sempat sangan kacang lagi, ingat esok nak buat mazola...
Teristimewa kepada Nic dan sesiapa yang terbaca blog aku ni aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin, raya jemput datang ke rumah... Tak lupa jugak buat Hud happy birthday... Muahhhhh.....
Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night. Anyway....Blog ni takde kena mengena ngan bunga bakawali tu pun... :)
Monday, October 31, 2005
Thursday, October 27, 2005
Buzyyyyy...
Dah lama aku tak menulis... sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan tapi sebab kesuntukan masa yang teramat menyebabkan aku takde masa nak menulis. Alhamdulillah dalam seminggu ramai orang berkunjung ke kedai menyebabkan aku tak menang tangan. Ditambah lagi nak musim2 perayaan semua orang nak benda cepat, dah tahu nak raya lain kali buatlah awal tapi biasaler time raya ler client2 aku dapat bonus dan nak balik kg lagi baru ler tergesa2 nak suruh kita orang buat cepat. Takpelah dah tiap2 tahun berlaku macam ni, orang kata dah masak dengan asam garam client yang tak reti2 nak paham...
Semalam aku berbuka di dalam kereta masa nak naik highway kesas ke banting, sedihnya tak boleh nak citer la. Dahlah dalam kereta cuma ada air masak yang tahun bila punyalah.. Punca utama kesesakan kat sek 25 tu sebab air naik dan ada kereta wira stuck kat tgh jalan.. Mr J lak tersangkut kat sek 23.. macam berjanji lak. Dia ajak berbuka sama tapi rasanya hujan2 macam ni tak selesa ler nak berbuka kat luar lagi pun aku takut mak aku berleter krg walaupun hati aku meronta2 nak gi... Gataiii.. Aku sampai rumah dalam 7.40... Bila sampai rumah aku happy sebab mak buatkan aku air sirap selasih..sayang mak, nasib baik tak berbuka kat luar..
Hari isnin 24 hb si putih mati... tahu waktu sahur bila mira menjenguk... Bising sekejap lah waktu sahur tu bila mira menjerit kat belakang.. tak tahu sebab apa.. ada cecair hitam mengalir dari telinga dia.. Gambar putih kot yang dalam photo album, semalam pulak sowol yang mati... aku dapat tahu bila mira beritahu masa aku berbuka. Aku sedih2 gak tapi sesedih mak & Mira sebab bukan aku yang jaga diorang, entah aku dah takut nak jaga apa2 sekarang sekurang2nya kalau benda tu mati akutak ler terasa sangt. Aku teringat dulu mira langgar pokok yang aku jaga sampai tak lalu makan. Pokok tu aku buat cantuman, sayang sangat, alih2 mira naik basikal terlanggar, cantuman yang aku buat tertanggal.. sedih tak leh nak habaq camne, tu ler sekarang kalau nak jaga2 ni aku malas sikit setakat belai2 bolehler..
Aku dah menulis dari pagi tapi baru sekarang sempat disiapkan.. Buzyyyy... Email pun dah beberapa hari aku tak tengok.. mesti penuh inbox aku... arghhhhh

Saturday, October 22, 2005
Pagi ni datang keje sebab nak gantung ketupat dan kad raya. Sedang aku memanjat, tiba2 ternampak seorang minah tersenyum diluar ofis. Ayu.. kawan masa kat ict, datang membeli belah kat kompleks ni..., dah mengandung dah dia, baru 5 bulan. Alhamdulillah... Pagi tadi bangun sahur dikejutkan oleh sms dari Mr J. Terkejut gak aku.. sekejap ada mamat tu sekejap hilang macam chipsmore lak... Tak kisah la cuma aku tertanya awalnya dia bangun... Hari ni takde planning apapun, ingat balik ni nak buat kuih tapi rasa malas pulak.. Gamaknya tido jer lah aku karang...
Semalam gi membeli barang kat Tesco Banting, bolehlah.. tapi susah nak cari barang tak macam Tesco Klang sambil hantar nenek kat rumah acik Nor. Abah dah selamat sampai di Madinah dan harini mungkin bertolak ke Makkah...

Thursday, October 20, 2005
Pagi ni hujan sangat lebat, aku sampai ofis pun lambat. Sampai kat lift aku dapat sms dari Nic, Datin Seri Hendon meninggal pada pukul 7.50 pg.. Inalillah semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yang beriman.. Amin...
Semalam flight abah kul 5.10 ptg dengan Saudi. Aku sampai rumah dalam kul 5 ptg. Balik dari klia singgah jap rumah elly bagi kek marble kat dia. Ingat nak singgah Tesco tapi hujan turun lebat sangat dari olak lempit lagi. Dahlah tak dapat gi Alamanda, Tesco pun tak dapat gi gak uhuhuhu. Oh yer nenek aku tak sihat semalam menyebabkan mak tak ikut gi klia. Cik Jali sekeluarga berbuka kat rumah malam tadi, dia datang time tengah azan, kitaorang pun tak prepare apa2. Aku ngan mak cuma berbuka kuih muih yang dibawa oleh acik sebab takut nasi tak cukup. Tapi masa time terawih aku rasa semacam jer sebab tak makan nasi. Memang tak boleh aku ni berbuka tak makan nasi.. Tapi sajer jer nak try.. Konon ler tu.. Malam tadi terlambat sikit gi terawih dan dalam keadaan terkelam kabut aku ternampak seseorang, nampak hensem sangat padahal orang tu pakai t-shirt dan kain pelekat jer. Tapi aku harap aku tak salah orang, sebab malam lampu jalan tu pun kelam jer, aku pun tak berapa clear sangat.. Malu jer kalau salah orang.. Malam tadi solat witir start doa qunut tapi malam tadi mata aku mengantuk sangat.. aku perasan budak sebelah aku asyik tengok jer aku tersengguk2.. malu2...

Wednesday, October 19, 2005
Pancit....
Pagi ni bila aku kuar dari gate aku rasa kereta aku semacam jer. Takkan bocor lagi kot, dalam hati aku berkata sendirian. Tapi mungkin jgk sebab 2 ker 3 bulan lepas dia cuma gosok je tempat bocor tu..Sampai kat simpang tiga aku berhenti dan bila aku tengok tayar belakang belah kanan dah pancit. Alhamdulillah nasib baik kat rumah lagi. Aku pun parking tepi jalan dan kuarkan apa2 benda yang patut dan amik kereta kembara. Nasib baik ada kereta lain, kalau tak aku naik motor, takpun aku cuti jerlah.. hehehe tapi aku mmg half day pun ari ni. Nanti zohor nak balik antar abah gi klia. Malam tadi nenek datang tido kat rumah. Tapi malam td mata aku takleh nak bukak. Mira yang ketuk pintu cakap nenek nak masuk tido, teruk punya cucu aku ni... Petang ni cadangnya balik dari klia nak gi alamanda tapi bila nenek aku datang tak sure nak gi ke tidak sebab takut nenek penat karang, aku ngan mira kalau dah window shopping bukan boleh sekejap, mak tak kisah lah sebab dah faham fiil anak dia. Tak tahu la.. tengok ler camne karang.. Oh yer ari tu kawan lama di ict baru dapat anak 3hb okt. Amin Affan Bin Abdul Rizal. Hari ahad lepas pulak aku terserempak ngan Iwan Ayob kat pasar ramadhan depan rumah aku. Dia bawak anak dara dia. Dah besar anak dia mungkin baya balqis kot...Aku jgk yang tak ada perkembangan kwang-kwang
Tuesday, October 11, 2005
Pagi ni aku sampai ofis kurang 15 minit kul 10. Sampai2 ofis semua org sibuk tanya lagi.. jem ker.. Aku malas dah nak menjawab, perut aku sebenarnya dah tak tahan nak terkucir, terpaksa lak drive almost 2 1/2 hours. Nasib baik guna auto kalau tak... Tapi td jem sebab ada satu lori bawak kayu tersadai kat jambatan kota klang. Sabo... nasib baik bulan ramadhan aku tak ler bengang sgt. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Nasib baik jg topik pg Era pun kelako dan lagu2 yang didendangkan memuaskan halwa telinga aku.. Tadi pg aku termalu sekejap sebab masa Era dendangkan lagu setelah hujan oleh Search aku suruh sorang mamat tu dengar. Bila aku dah send dah sampai bab chorus ada pulak senikata aku cinta padamu.. Argh.. malu2 nasib baik mamat tu cerita pasal topik pagi Era dan suruh aku bebanyak sabar. Nasib baik.. Tgh hari lak aku dapat sms dari seseorang yang dah lama aku tak mendengar khabarnya.. Di utan rusa di tasik kelisa, b'lumba jua di jalanraya, ini selasa seminggu berpuasa, jangan sibuk nak beraya.. Bunyi macam perli jer kat aku.. padahal aku x prepare pun apa2 lagi untuk beraya..
Wednesday, October 05, 2005
Puasa...
Semalam abah demam, ptg semalam abah gi berurut ingat nak solat terawih malam td, tp mlm td makin teruk plk. Risau plk aku. Malam td aku solat terawih kat surau baru. Pagi tadi sahur abah tak makan apapun, aku ngan mak makan sikit sebab malam tadi aku x jamah nasi lgsg.. Risau plk aku.. semoga abah cepat sembuh... & semoga ibadah puasa aku diterima olehNya... Amin
Monday, October 03, 2005
Bola.......
Eeeeeiiii syoknya dah lama aku tak tgk bola kat stadium. Kali terakhir sebelum Danisha lahir kot. Ini kali pertama aku tgk kat stadium bukit jalil. Selalunya aku tgk kat stadium shah alam. Ini jg 1st time aku gi ngan kawan2 selalu aku gi ngan family aku. Hari khamis lg dah kecoh cari tiket, excited sgt.., maklumler rancangan awal nak makan2 kat bagan alih2 ramai yang tak free malam tu apalagi bila ada kawan nak tgk aku pun... hehe.. Aku gi b'3 ngan Nic & Ila. Actually sebenarnya banyak agenda hari sabtu tu, pagi aku keje cam biasa, dalam kul 9 pg kuar jap gi Intan Matang servis keta. Kul 3.45ptg baru siap. Aku ingat kalau balik awal aku nak tgk sales thermos kat subang. Tapi masa tak mengizikan. Sepanjang balik ke rumah ramai penyokong selangor berduyun2 pergi ngan mengibarkan bendera s'gor. Jeles aku.. Takpe..takpe.. aku akan menyusul kemudian heheh. Sampai kat rumah, aku tido jap, sementara nak tunggu Ila ngan Nic balik. Dalam kul 5.45 Ila tel dia dah sampai rumah. Aku pun apa lagi kelam kabut bersiap. Kul 615 terus gi. Singgah jap di perhentian kinrara coz nak bagi tiket untuk kak su. Teringat kenangan 5 tahun dulu dimana aku keje sbg jurujual kat salah satu kedai kat perhentian ni. Dalam kul 7 kita orang kuar dari kinrara. Lepas tol je dah jem. Jalan nak ke stadium polis tutup pulak, terpaksa buat u-turn, alih2 lepas u-turn polis tutup jgk jalan depan tu maknanya aku kena turun gi highway balik. Aku tgk 2, 3 keta lepas. Aku pun amik kesempatan cakap slow2 ngan polis tu, alih2 polis tu bagi aku masuk. Nic tanya aku kenyit mata ke ngan mamat polis tu.. hehe tak kuasa aku... Sampai kat depan stadium cari parking.. Aku tak tahu nak parking kat mana, alih2 aku parking depan carefour selepas penat berlegar2. Jalan kaki sampai ke stadium. Aku pun silap gi pakai kasut bertumit sapa suruh patut aku pakai selipar je...Padan ngan muka aku.. Sampai kat stadium cari surau dan solat dulu baru cari tempat duduk. Malangnya takde tempat duduk yang kosong, sume penuh. Selepas penat turun naik kitaorang amik keputusan turun kebawah, berlegar2.. perlawanan dah bermula, apalagi.. duduk je kat tangga bawah banner connought bridge club & bawah bahagian gendang kalau tak silap aku. Inilah first time aku duduk kat tangga. Tapi pengalaman yang sungguh menyeronokkan, tak boleh nak ditafsir ngan kata2. Budak2 sebelah menyebelah pun sporting2, cuma ada la mamat yang tersesat tiba2 nak duduk sebelah menyebelah, ..sorry.. Separuh masa kedua kitaorang injak kedepan sikit sebab masa masa pertama td aku tak dapat tgk keseluruhan padang sebab terhadang tembok. Bila duduk depan sikit ni baru clear sikit.. Macam2 karenah yang aku dapat perhatikan sepanjang berlangsung perlawanan. Bunyi paluan gendang menambahkan debaran & semangat kitaorang untuk bersorak. Kitaorang balik tepat masa 90 minit berakhir. Kuar2 je..kat luar stadium dipenuhi penyokong2 perlis yang mungkin kecewa dan kuar awal, bila tgk kiri kanan semua nampak hijau kuning je, kitaorang lak pakai baju merah kuning, takut pun ada gak, tapi insyaAllah takde apa2. Bila nak kuar ke highway pun jalam jem gak... Polis tutup jalan lagi. Bengang tul aku.. On the way balik singgah awan besar makan. Aku sampai rumah dalam kul 1.30 pagi...
Balik2 borak2 ngan mak sampai aku terlelap sendiri kat 2.30pg
Pagi ahad gi Kem Gelanggang Buaya (KGB) sebab ada solat tasbih, tapi bila sampai sana rupanya ada program lain, sehari bersama opah. Budak2 puteri Islam w.persekutuan & kolej mara banting bersama budak2 istimewa dan golongan veteran dari rumah orang2 tua. Rupanya2 takde solat tasbih cuma ada bacaan Yassin selepas solat zuhur. Balik rumah basuh baju yang dah aku rendam dari pagi tadi. Kat kul 6 baru siap.. kalau basuh mesin takper ler ni kena sental satu persatu.. saja jer cari penyakit..
Malam ni lak aku ada final exam... Takut... tapi best gak.. puasa ni takde class.. Insyaallah boleh solat terawih....

Subscribe to:
Posts (Atom)