Lizani (Ean) & Rifana 19 ogos
Aku anggap ean ni mcm adik aku. Kalau ada apa2 aktiviti je mesti aku angkut dia ke hulu hilir... isk2 lepas ni dah tak boleh dah. Masa kat rumah ean semalam aku nampak Jon.
Pagi tu aku kena tegur ngan nenek ngaji sebab aku datang betul2 time Ean dah habis khataman, tapi sempat la turut sama2 mengaminkan doa khatam Quran.... Hehehe aku basuh baju yang bertimbun mana tahu diaorang start awal... Lepas habis khatam je aku, mak, cik laili, cik jan amik port belah kiri hidangan... Lepas je Ean bersanding aku terus balik. Lepas solat aku datang balik sebab aku tak salaman lagi...
Nasiah & Shahrul Nizam
Aku gi lepas habis kenduri kat rmh Ean lebih kurang kul 3.45 baru sampai banting. Dari Banting aku tumpang Ell. Sepanjang perjalanan ke Kanchong teserlah kemesraan Ell ngan suaminya. Masa nak masuk rumah Nas Ell peluk aku kat belah kanan sambil tangan kirinya digenggam tgn suami... Bestnyer... walaupun Ell dah berkahwin dia tetap tak lupa nak berpeluk2 ngan aku hehe...Hehe maklumlah kepala aku ngan ell ni gila2 sikit... harap2 bila aku dapat suami aku pun nak dimanjakan mcm tu gak, jalan berpimpin tangan, makan bersuap, walaupun depan aku suami dia pun sporting jek, walaupun aku tahu suami dia seorang yang pemalu... Masa kat sana bertembung ngan Zaliahwati ngan Najib.. Dah 3 orang anak mereka. Alhamdulillah.. Masa masuk bilik pengantin baru tahu nama suami Nas sama mcm nama abg aku sebab kad dia tak sampai kat aku lagi. Aku doakan kalian bahagia. Lupa lak nak habaq Nas pun dapat org sekampung gak. Balik tu Ell singgah Econsave, aku dah tak larat... balik lepas solat terus tido sampai magrib
Linda & Suami 19 hb 8
Selamat pengantin baru gak wat linda sebelah ofis. Aku datang mlm 18hb waktu dia baru nak start khatam Quran. Mak tak tgk sebab ramai lelaki kat depan tu, aku ngan muka selamba salam dia kat depan pelamin & terus balik. Tak makan pun sebab sebelum tu gi kondangan kat Jenjarum wetan... Akak doakan Linda & suami bahagia selalu. Balik dari rumah Linda gi rumah Ean makan soto. Tunggu sampai dia potong kek, lepas tu masuk bangsal jap tolong2 orang kupas bawang, kat kul 11 baru balik ngan mak & cik laili...
Maimunah & Khirman 12 Ogos 2007
Malam 11 Ogos gi akad nikah Mai ngan Ema n Nor. Sedap makan nasi lemak malam tu. 12 hb tu lak jumpa geng2 lama yang mmg dah lama aku tak jumpa mcm Norafidah... jumpa dulu masa Che'ah kahwin, 4 tahun yang lepas...sekurang2nya dengan berkumpul di rumah pengantin begini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang dah lama tak dengar khabar berita... Kitaorg balik kat pukul 3 lebih kot... Semoga berbahagia selalu untuk Mai & suami
P/s Warna yang berlainan kat menunjukkan tema di rumah pengantin. hehehe... Bulan 8 ni memng bulan pengantin agaknya, tiap2 minggu memng ada kenduri... Minggu ni lak 25 hb rumah Hud... aku tak tahu lagi gi ke tidak, minggu depannya lak rumah Nor... Fuh........ penuhnya aktiviti aku sepanjang minggu...
Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night. Anyway....Blog ni takde kena mengena ngan bunga bakawali tu pun... :)
Monday, August 20, 2007
Wednesday, August 01, 2007
Tomok dah balik
Pagi tadi dengar riuh2 kat belakang rumah... masa aku tgh bersiap nak gi kerja.... rupanya mak dah berjaya menjumpai Tomok kat longkang dekat ngan rumah cik Yati... Kesian betul tgk rupanya... sungguh comot... bila masukkan dalam sangkar terus dia makan tak berhenti2... org panggil sikit pun dia tak menoleh... lapar sungguh la tuh... sabar jelah... dah la dia bukan yang makan sebarangan sebelum ni... nasib baik jumpa hidup... kitaorang ingat dah takde harapan nak jumpa dia lagi...Yerla dia mana pernah kuar jauh... alih2 sampai seminggu lebih tak balik.... Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)