Tuesday, September 27, 2005

Mimpi...

Alamak...dah kul 9.30, bergegas mandi, tanya mak kenapa tak kejutkan aku, tp dalam masa yang sama aku dengar azan, tiba2 bunyi ringggggggg, oh mimpi rupa2nyer aku. Hehe nasib baik. Matikan jam sambung tido balik terlajak ke 6.45. Teruk betul aku ni. Cepat2 mandi & solat. Ingat lepas ni nak goreng pisang. Bila aku nak gi dapur je tgk2 mak dah hidupkan api nak goreng pisang. Sayang tul kat mak aku dia boleh baca fikiran aku nak makan pisang pg ni... Bila mak yang dah goreng aku pun bersiaplah gi keje..kwang, kwang

Hujung minggu yang meletihkan..

23 sept
Balik keje hjn lebat kat shah alam - traffic jem kat sek 25 - sampai rumah dalam kul 7 - Lepas isyak gi rumah sepupu (July) kahwin. Buat kuih koci tp aku lembap sikit so potong2 bawang jelah - kul 11 tayang muka kat dpn jap terjumpa member lama, norliza dan suhaili, kul 11.30 mlm balik

24 sept
Lepas subuh ingat nak tido jap tapi banyak keje menanti - sapu laman, cuci kereta, cuci depan, cuci baju (seminggu punya) baru gi rumah July balik. Jumpa sedara mara, tak tolong kat dapur pun sbb pakai baju cantik.. konon ler, singgah rumah nenek jap petik buah duku, limau dan mcm2 sampai kat maghrib baru balik, malam kul 9 dah tido tak sempat pun nak tengok bola.. hampeh tul

25 sept
Bukak2 mata cari tel, alamk bateri kong plk, sementara nak tunggu habis cas aku menjahit tepi jap, tgh lyn jahit benang pulak habis... geram jek.. Bila tel dah ok aku tgk banyak tul msg msk, semua citer psl bola, selangor menang 4-2 yeh2, aku sambung wat keje.. kena vacum plk, (along OT kalau tak tugasan dia hujung minggu ni). Dah penat, aku sarapan utk kali ke2, Lepas zohor masak, rehat jap tgk citer peter pan, ptg lepas solat asar siram pokok bunga dulu, mandi kemudian bersiap2 untuk gi rumah angah, kul 6.30 bertolak ke kelana jaya, sampai dah maghrib dan balqis tengah buat persembahan menari tarian moghul, makan kat syed bistro, balik dalam kul 12

26 sept
Pagi2 dah dikejutkan oleh satu kes raba kat kompleks. Ada kakak tu kena raba nasib baik sempat kejar orang yang meraba. Aku turun bawah jap nak menyibuk, muka mamat tu boleh tahan tapi perangai tak senonoh, bawak kes gi balai polis, tak tahu apa jadi lepas tu...

Wednesday, September 21, 2005

Dari pg aku nak menulis tapi aku tak sempat.. Malam td celebrate bithday mak.. makan kfc.. angah belanja. Sebelum tu pun mmg aku dah makan sebab mak suruh masak untuk lauk berbuka mira. Aku pun ikut berbuka gak walaupun tak puasa.. Tak sangka lak angah telefon nak bawak kfc.. Apalagi 2nd time mkn ler.. Tak sangka rupanya kak liza pun bg hadiah tudung kat mak.. hehe mcm berjanji jer.. Along lak bg coffee maker..
Pagi td aku bawak balqis gi school. On d way lak ternampak secret admire kat bukit tinggi... Dia pun asyik tengok cermin belakang jerlah masa aku berhenti btl2 blkg kereta dia. Mulalah terperasan jap.. Tapi alamak dia terperasan balqis.. mesti dia ingat aku bawak anak hari ni... Sabo jerlah

Tuesday, September 20, 2005

Birthday mak...

Hari ni birthday mak yang ke 54 tahun. Pagi2 lagi sebelum gi keje aku dah bagi hadiah tudung yang aku beli last week kat mak. Sayang mak... Aku doakan mak panjang umur dan murah rezeki selalu dan dimudahkan segala urusan... Td pg nak gi keje jalan jem teruk.. Mula2 kat bt 5 ada accident antara seorang pkcik naik motor ngan lori hantu.. Sampai kat depan hospital pun jalan jem teruk sehinggalah sampai tol sg rasa.. aku tak tahu apa punca.. kalau tiap2 hari camne mahu aku pening kepala. Dahla minggu ni dan minggu depan aku ada test... Argh.. tajuk tak cari lagi... Drama lak minggu depan.. Rasa mcm nak lepakkan diri jap kat tasik tapi xde masa. Aku cuba bayangkan aku berada di sebuah pulau, bermandi manda... Syoknya... rasa hilang jap masalah. Tapi sekejap jelah lepas tu timbul balik..waaaaaaa

Friday, September 16, 2005

Mencari Cinta...???

Mencari cinta!!!??? Aku mmg dah agak anak Wak Paiman yang akan masuk minggu ni. Bermaknanya ada tiga jejaka yang perlu merebut cinta cik Elly kita. Aku selalu bertekak dengan abang aku pasal cerita ni sebab dia tak suka nak tengok.. Tapi entah kenapa bila tengok citer ni mungkin dapat menilai serba sedikit kriteria2 yang diperlukan oleh si gadis untuk mencari calon yang sesuai.. Aku pun tak tahu kriteria yang mcm mana jadi pilihan Elly tu.. Tunggu jelah coz rasa dah tak lama lagi keputusannya akan kita tahu. Sebenarnya dari haritu aku nak menulis tetapi disebabkan kesibukan yang terlampau..kononlah.. Kelas aku start isnin sampai khamis. Nasib baik off hari selasa kalau tak, takleh nak tgk siri mencari cinta ni...Kalau tiap2 hari ada kelas tak larat aku.. Balik jer class dah tak leh nak bukak mata. Letihnya mengalahkan orang keje berat lak. Ok berbalik kpd mencari cinta sebenarnya aku pun sdg mencari cinta. Bila cakap mencari cinta aku terkenang kepada lagu cik CT kita Purnama Merindu. Antara bait2nya:
Aku meminta pada yang ada,Aku merindu pada yang kasih,Aku merayu padamu yang sudi merinduku..
Haha ada ke orang sudi merindui aku... Kwang2.. Fobia dulu masih tak hilang lagi kot.. Lagipun susah nak tahu orang yang benar2 ikhlas dan jujur sekarang.. Aku pun tak tahu mengenai perasaan aku sendiri bagaimana aku nak faham perasaan orang lain terhadap aku... Tapi aku percaya jodoh aku tetap ada cuma masanya lum sampai lagi.. Mencari cinta belum tentu cinta itu akan kita akan dapat. Mungkin juga cinta itu akan lahir selepas berkahwin.. mana tahu... Cuma buat masa ni aku takut nak suka kat seseorang takut aku dikecewakan.. Tapi rimas bila orang asyik tanya.. bila lagi?

Friday, September 09, 2005

Geng...

semenjak cerita pasal konvoi aku dah lama tak menulis.. bukan takde cerita atau tak sempat nak menaip tapi entah kenapa aku macam rasa x mempunyai perasaan untuk menulis.. lagipun tulisan ini untuk suka2..
sebenarnya aku pun tak tahu nak menulis apa petang2 ni. Oh yer td aku gi SACC bagunan baru kat shah alam, masa masuk memory lane tiba-tiba ada orang cuit aku.. amy rupanya.. budak kkb.. Gi singgah jap kat MPH ternampak kawan lama tapi aku tak tegur sebab waktu time aku ke sana td time solat jumaat & nasib baik jgk mamat tu tak tegur aku kalau tak tentu terkeluar soalan berbisa dari aku kenapa tak gi solat.. Aku heran dengan sesetengah orang lelaki ni.. diberi peluang seminggu sekali untuk solat jumaat pun tak nak dimanfaatkan, entahlah kat kompleks ni pun kadang2 ramai orang lelaki pakai baju melayu time hari jumaat tapi time solat aku tengok dia duduk makan kat tingkat atas ngan muka selamba.. dia orang tak rasa malu ker... mungkin sebab duduk di bandar kot.. cuba kalau duduk kat kampung alamat puas kena leter ngan mak.. oh yer aku baru teringat aku tak bagi lg kat gee address nak ikut kursus bahasa.. entah mana aku campak aku pun terlupa. Minggu lepas geng2 aku dari utara datang.. gee dan sepupunya, termasuk fazi bdk melaka, dan hud roomate aku dulu dari batu pahat. Banyak yang hendak dicerita bila dah berjumpa.. Hud dah bertunang dan insyAllah akan melangsungkan pernikahan pada bulan 12 nanti.. Alhamdulillah... aku gak yang masih tak berubah2.. Aku bawak geng aku gi Nilai Square kat bandar nilai la... Puhh.. punya ler ramai umat membeli belah kat situ termasuk la kami berlima.. Sekarang tengah musim kain corak batik.. aku, gee, hud & fazi pun ikut memborong.. aku yang bawak tapi aku yang lebih memborong.. Tapi tak lama pun dalam sejam je masa yang kami abiskan kat situ.. sebab lepas ni aku nak bawak diorang gi alamanda...makan2.. nak masuk carefour tapi tak sempat sebab budak2 ni nak balik malam ni tapi tiket pun tak amik lagi..Keluar dari alamanda aku bawak diaorang gi masjid putrajaya dan tengok cruise jap kat tasik putrajaya.. Dalam kul 6 aku kuar dari putrajaya dan terus pecut ker kl.. sampai tol sg besi jem teruk..minyak pulak dah nak abis.. akhirnya dlm kul 8 kitaorang sampai kat depan pudu selepas tersangkut kat jem... Selepas hantar diorang aku gi hantar hud kat sunway lak... lepas tu ingat nak tengok anak2 buah aku sebab abg aku ada jamuan makan kat kenduri lob yang dapat pelakon mahligai gading tu.. sampai depan rumah bdk2 aku cal.. bibik ckp bdk2 dah tido, x jd aku nak masuk karang terjaga susah plk aku..

tak lupa jg happy belated to nic 7/9..

Saturday, September 03, 2005

Gambar konvoi

so inilah antara gambo2 aku berkonvoi... tq nic diatas kecanggihan tel berkameranya... ish isk nak kena tukar jgk ni.. kena tungguuu dapat bonus kot... untuk story yg lebih lanjut just scroll je ke bawah sikit kay...










Thursday, September 01, 2005

Konvoi Merdeka 2005

Konvoi merdeka tahun ni oleh Puteri Umno Kuala Langat jelajah selatan dari sijangkang (kuala langat) - pagoh (muar) - melaka - pd - putrajaya - kuala langat. Sebenarnya aku dah create citer untuk konvoi merdeka ni dari A sampai Z tapi sebab aku tak sempat nak save aku punya citer so aku story serba sedikit jelah pasal konvoi ni.
28hb kul 8.30pg sebanyak 20 biji kereta dihdpan kediaman Dato Fatah dilepaskan untuk mula berkonvoi sambil diiringi oleh polis trafik ke tol Nilai. Masuk highway dah takde polis escort. Sampai tol pagoh lebih kurang kul 11.30pg. Kereta amy pancit.. nasib baik suami dia teror.. tak sampai 5 minit tayar kereta sudah siap ditukar.. Masuk pagoh kami disambut dengan meriah oleh pergerakan puteri Umno bahagian Pagoh siap ada bunga manggar, paluan kompang dan gendang, siap dapat bunga telor setiap seorang lagi... macam gi kondangan la pulak.. cuma tak menyumbang jer...
Dalam kul 2.30 ptg bergerak ke Melaka. Kena bayar tol Rm7.40 dari Pagoh ke Melaka.
Selepas melepasi tol Ayer Keroh polis trafik dah siap menunggu untuk mengiringi kami ke bandar hilir... cheh.. rasa macam menteri lak bila semua kenderaan bagi laluan pada kami semua untuk lalu. Sampai di bandar hilir kat depan muzium kami semua ada tugas yang perlu diselesaikan... iaitu menjahit bendera..
Kul 4.30 petang setelah selesai menjahit jalur gemilang dan minum petang aku & geng sempat membeli belacan & ole2 untuk untuk dibawa blk. Selepas itu kami semua bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Port Dickson Beach Resort.
Sebelah malam ada jamuan barbeque sponsor oleh YB Bibi Sharliza... Nyam nyam memang menyelerakan... sampai dah tak larat aku nak makan. Selesai malantak kami semua ada permainan Ular beracun. Geli geleman gak walaupun hanya guna ular plastik jer.. Anis dah menggeletar semacam sebab memang dia takut ngan ular..
Aku tak tunggu lama sebab perut aku dah meragam... aku naik atas bilik dan apalagi tido awal...
Pagi 29hb kul 8.00 pagi semua orang breakfast. Nasi lemak dan roti bakar.. lepas breakfast ada senam robik dan sukaneka. Aku masuk kumpulan itik.. kuek..kuek..
Satu kumpulan ada 6 orang.. Macam2 acara dan acara yang tak boleh dilupa ialah mencari kuaci putih di dalam tepung.. Kumpulan aku menang 3 acara..
Nak mandi laut tak dapat sebab cuaca tak mengizinkan..
Selepas makan tengah hari dalam kul 1 tgh hari bergerak ke putrajaya..ke kementerian pengajian tinggi.. Di putrajaya kami disambut meriah oleh dato Shafie dan ketua puteri Umno Malaysia .. Kak Noraini dalam kul 2.30 ptg
Selesai penyerahan bendera dan minum petang kami bergerak balik ke Kuala Langat. Mula2 ke Pejabat Daerah Kuala Langat kunjung hormat dengan d.o dalam kul 5 ptg. Semua pekerja dah nak balik.. so kita oarng tak boelh lama kat situ selepas menjamu ala kadar kita orang bergegas ke Majlis daerah Kuala Langat & jumpa s/u.. Selepas itu ke pejabat en Hasiman untuk penyerahan bendera.. Setelah selesai kami semua sambil diiringi polis patah balik ke Telok untuk merentangkan bendera Dato Shafie di pagar masjid Telok Panglima Garang.. Setelah selesai kami semua balik semula ke Sijangkang untuk merentangkan Jalur Gemilang Dato Fatah di hadapan Esso. Ah.. leganya apabila semua dah selesai... Tapi sebelum itu kami dijamu sekali lagi oleh En Leman makan sate bersebelahan Petronas batu 9 kebun bharu... Malangnya Anis ada class kul 8 so group kita orang pun minta diri dulu sebab aku nak hantar dia lagi ke Port Klang.. Aku sampai rumah dalam kul 8.30 lebih....
Ucapan penghargaan untuk Kak Ojen, Amy, dan ajk dan semua ahli konvoi... u all semua world....tahun depan jgn lupa ajak aku lagi... bye... gambo2 kat atas kay
Paling tak lupa group satu kereta... Nic, Aen & Anis... :)