
Aku rasa macam baru semalam cik yati wat kenduri kahwin Ean. Kali terakhir jumpa arwah masa menghantar Ean bertandang ke rumah lelaki 26hb haritu. Semalam 02-09-2007 dlm kul 5 pagi dapat panggilan dari wak Jaiman mengatakan cik yati dah meninggal. Inalillah. Bila mak cakap aku terus capai phone dan sms jiran2 sekampung. Cik Yati dimasukkan ke hospital klang pada hari jumaat, puncanya cuma sakit perut menurut Ean, hari sabtu operation usus. Operation berjalan lancar cuma ada jangkitan kuman, takut effect kat jantung...
Aku anggap cik yati mcm mak aku sendiri. Aku berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.
P/s : Akak doakan Ean dan keluarga tabah & banyak2 bersabar..
Selamat Pengantin Baru juga wat Norzita. Balik layat aku tumpang kereta Ila untuk gi kenduri Nor.