Thursday, November 27, 2008

Hati...ku di Haru... Biru

Macamana nak cerita yer..... alkisahnya berlaku semalam...


Kisah 1

Alamak!!!! dah kul 7.45 pagi aku lum bersiap lagi. 'Dah lambat'... gerutu ku dalam hati..Aku kalau dah lambat makin gabra huhuhu. Sebelum kuar bilik sempat aku on kan tel. Bukak2 terus dpt sms dari maxis. Aku dapat 4 miss call dari no yang sama kul 7 pagi tadi. Kenapa yer.... ada apa2 jadi ker, dalam hati dah fikir benda2 buruk, tapi aku tak rasa apa2 pun (selalunya bila ada benda terjadi kita secara automatik boleh terasa kan).

Telefon jugak lah walau pun aku tahu memng aku dah terlambat nak kuar gi kerja...

Aku :Hello.... E ada?

Sana : Sha yer? "Happy Birthday 2 u, happy birthday 2 u"

Aku : Fuh!!! lega... dalam hati, sabar jer minah ni telefon aku pagi2 nak wish aku rupanya... Terima kasih2. Sihat? kenapa tak gi kerja lagi? Aku bertanya sebab aku tel rumah dia...

Tapi aku tak boleh lama bercakap2 sebab aku memng dah terlambat ke tempat kerja. Apapun spanjang ke tempat kerja aku tersengih jer memanjang sebab E masih ingat hari lahir ku walaupun dia wish terlewat sehari... heheehe

Kisah 2


Petang semalam masa balik kerja aku terkejut lagi sekali bila dapat sms dari seseorang yang aku tak sangka akan bagi aku sms. Kenapa aku berkata begitu? Kami tak la rapat sgt dan setahu aku dia memng tak tahu tarikh lahirku. Rupa2nya ada seorang ku yang rapat dengan kami beritahu dia supaya wish kat aku.... hehe kelako pun ada gak....
Dari petang berlanjutan ke malam kami berbalas sms... Aku rasa hatiku berharu biru ketika bersms dengannya. Tapi aku cepat tersedar, siapalah aku ini kan huhuhu. Tak kisahlah... yang penting aku ada gak teman untuk bersms.... hehehehe
Jangan cepat terperasan "cik sha"


+=+ terima kasih tak terhingga pada semua yang telah mendoakan aku di hari lahirku. doaku semoga kita semua dimurahkan rezeki & dipermudahkan Allah dalam segala urusan

Monday, November 24, 2008

Kena Tagged!

Dot,
Aku pun nak lunaskan tagged arini jg
Amik gambr guna phone & hntr pkai phone gak
aku x leh taged smpai 10 org, aku just taged sorg je
1. Nic
he he nanti aku copy paste je rules nya dr blog ko. Cau cin cau

Mandi hadas

Uih... tgk tajuk macam apa jer... takdelah sebenarnya nak berkongsi serba sedikit apa yang aku belajar semalam. Soalan ini diutarakan oleh Cik Ni. Nasib baik Cik Ni utarakan soalan ni, kalau tak, aku pun tak tahu.

Cik Ni : Ustaz betul ke bila kita dah mandi hadas besar kita tak perlu ambil wudhu balik?

Ustaz : Memang betul tapi ada kaedahnya.. Ustaz pun menerangkan ngan panjang lebar kaedah2nya. Semasa kita cebok, maksudnya kita bersihkan alat sulit kita sambil berdoa : Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala. Lepas tu kita amik wudhu. Selepas berwudhu kita mandi (meratakan air ke seluruh badan) tanpa memegang alat sulit. Maka selepas mandi kita tak perlu ambil wudhu lagi. Tapi bila ketika mandi kita terpegang alat sulit kita secara automatik, wudhu kita tadi telah terbatal, maka kena la amik wudhu kembali sebelum bersolat. Masalahnya kita kalau mandi memng tak sah kalau tak gosok bahagian tu, rasa tak bersih kan. So memng kena amik wudhu balik la.

Cik Ni : Soalan kedua ustaz, memegang kemaluan membatalkan wudhu kan? Saya nak tahu area yang boleh membatalkan wudhu

Ustaz : Kemaluan tu hanya di kawasan 'bibir' lubang hadapan dan belakang sahaja, kalau tepegang punggung tu tak termasuk dalam area membatalkan wudu'

Kami betul2 berterima kasih pada cik Ni kerana bertanyakan soalan sedemikian. Kat kelas ni boleh bertanya apa jua bentuk soalan pada ustaz, tapi aku ni kira kategori penyegan, kalau ada soalan aku suruh makcik2 ni yang bacakan soalan. hehehe. Terima kasih ustaz diatas penerangan yang diberikan

Tak sabar nak tunggu esok!!!!!!
Esok akan bertambah lagi umur!!!!
Tapi aku bertanya sendiri pada diri apa yang aku telah lakukan selama 30 tahun ni!!!!
Aku memng nak belajar lagi kalau boleh, tapi tak tahulah my mom bagi ke tidak, dia takut aku belajar tinggi2, takder org nak meminang aku, selama ni pun bukan ada org nak aku gak.... sabar jerlah

Saturday, November 22, 2008

Musim Cuti sekolah

Cuti sekolah datang lagi.... maknanya banyak la kenduri kahwin yang akan berlangsung...
Esok jer, ada kenduri kat belah mak aku jenjarom, atok sedara belah abah aku kat sijangkang, makcik aku lak wat kenduri berkhatan, tu tak campur lagi ngan jiran depan rumah.

Aku tak kisah banyak kenduri sebenarnya, cuma aku tak sanggup tengok mak aku yang nanti keletihan sebab pergi sinoman, sebab semua sedara mara. Tapi bila aku volunteer nak gi lak, mak aku lak tak bagi pergi, bukan apa sebab mak aku tak nak aku kena perli kat rumah sedara mara atau jiran2, maklumla aku kan sepatutnya dah berkahwin.... huhuuu.... kalau perli2 dicarikan takper gak... hehehehe

Tak kisahlah cuma aku tak berapa suka masyarakat kita yang sinoman jer org tua2, bila anak2 dara yang datang, nanti diperli2, bukan nak bagi kata semngat, 'baguslah anak ni muda2 datang' maklumlah time kenduri la nak siang, basuh ayam lah, kalau rumah aku sendiri aku tak bagi mak aku wat banyak2, tapi bila mak aku balik sinoman, pening kepala lah, sakit badanlah... bila ditanya "mak kat sana tadi wat apa", "basuh ayam" jawabnya, "takde org, mak ngan acik sekian2 jer"... Kadang cakap lebih2 karang buat tambah sakit kepala jer, jadi aku diam ajelah... sabar jelah


Aku tak tahu lagi planning nak bawak anak buah aku gi mana, planning nak gi bagan lalang dah lama dah, cuma tak pergi2 lagi, rindu tul nak rasa laut. hehehe

Bulan depan insyAllah aku akan gi Penang bersama2 Fazi, aku tiap2 tahun memng kena turun Penang, acara wajib.. hehehe. Aku 'racun' fazi ikut aku gi Penang, si fazi lak 'racun' aku suruh ikut dia turun Kelantan, maka alkisahnya dari penang kami akan terus kelantan bertiga ngan Gee sekali... Jalan sakan la gamaknya aku. Semoga perjalanan kami berjalan ngan lancar & dipermudahkan... Tak sabar rasanya... Aku bukan apa... nak mendaki Bukit Jambul.

Dah berapa tahun aku turun Penang tak berkesempatan nak naik. Semoga time aku gi, cuaca baik & ada kelapangan untuk aku mendaki. Siap berpesan lagi ngan Fazi, "ko tak nak ikut aku pun takper", "ko jalan2 la gi Kompleks Bukit Jambul", aku tak kisah nak mendaki sorang2, tapi bila difikir balik dah lama aku tak naik, tak tahu macaman situasi kat situ. Semoga semuanya tak berubah.... Rindu tul....

Monday, November 17, 2008

Kuih Talam Ubi

Skrg ni asyik nak mkn kuih ni. Tiap2 hari mesti beli. Kbtln aritu bcerita ngan kak maah psl kuih ni.
Tiba2 pg ni dia bg kuih yg dia wat sendiri. Terharunya aku... Thanx akak..
aku ni mmg bermusim suka pd satu2 benda. Mcm prnah satu ketika aku asyik nk wkn mc flury je tiap2 hari. Nasib baik mc d kt bwh tu jer, kalau tak, tak tahula he he

Wednesday, November 12, 2008

Bebas

Aku ingin terbang bebas seperti burung, tapi apakan dayaku...
kenapa apabila cakap bebas aku terfikir pasal burung, padahal taktahu burung tu ntah bebas ntah tidak dia terbang kat mana2 tu... iyalah, semalam masa aku lalu kat jalan kebun, burung tu terbang rendah jer, aku cakap dalam hati kalau lori yang lalu alamat memng kena... burung ni... apara fikir yang bukan2...

Banyak impian masih lum tercapai, kadang2 bila difikir2 adakah aku boleh mengapai impian tu, aku sendiri pun tak tahu.... semoga Allah memudahkan segala urusanku di masa2 akan datang

Hari ni edisi merapu ntah apa2... aku berasa sakit, geram, macam2 ada... Geram ngan karenah client yang dia selalu ajelah yang betul, walaupun dia tak tahu apa2... cakap wat menyakitkan hati aku jek

Aku target tahun depan aku nak duduk menyewa kat shah alam, tapi mak bapak aku bagi ker? Aku takder jawapan untuk pertanyaan itu. Bukan apa aku boleh duduk asing kalau dah kahwin, kadang2 aku berharap aku akan kahwin ngan org yang kerja jauh2 supaya aku boleh belajar hidup sendiri bersama, macam masa aku duduk kat Penang dulu. Itu adalah pengalaman yang aku rasa paling bermakna dalam hidup aku, bukan bermakna bila aku duduk sendiri langkah aku akan menjadi makin panjang... tapi.... susah nak cakap... bukan nak lari dari masalah.... tapi.... banyak la tapi aku ni.... arghhhhhh....

Friday, November 07, 2008

Elena di Arunamari

Eleena ni sakit2 pun msh smpat 'peace' lg.
2 jari kena jahit, berebut penyepit ayam ngan kak cik waktu wat mkn2 kt rmh.
Org braya kt rmh, di braya kt hospital...
Bila ditanya "sakit eline", dia geleng kepala.. "Tak" jawabnya. Kebal sunguh anak buah aku yg sorg ni.
Tp bila tringt2 blk kjadian tu aku yg ngeri, mana taknya darah menitis2 kt laluan menuju ke sinki.. Ish....

Testing phone

Testing 1,2,3...

Wednesday, November 05, 2008

Rindu tul...

rasa rindu nak menaip kat sini... dah berkurun aku tinggalkan... bz memnjang jer kejanya...

sebenarnya aku tunggu takder org kat ofis baru ada privacy nak menaip,

kadang2 benda nak cerita dah ada tapi bila tiba2 ada org datang terus terbantut idea, ataupun bunyi telefon berdering2... Urghhhhh... sabar jerlah

Rasa cepat tul masa berlalu, sekejap je dah nak raya haji la pulak...

malam tadi start balik kelas selepas 2 bulan bercuti, yeah aku dah masuk taeguk 4, walaupun tak tahu aku dah pass taeguk 3 ke lum... kelako, macam tai chi pun ada gak pergerakannya, kaki aku dah start cramp balik... huhu dan aku perasan pagi tadi belt aku tertinggal kat class.

Ngan muka tebal aku sms sir mintak tolong dia simpankan belt aku.... Baru cuti 2 bulan dah lupa, kalau cuti lagi lama aku tak tahulah....