Tuesday, February 10, 2009

Isnin yang bz

Seawal kul 7 pagi dah kuar rumah coz dah janji ngan bdk2 nak gi taman Rakyat. memng nasib agak tak menyebelahi kami, sampai je hujan turun ngan lebatnya. Tapi kami agak bernasib baik, dibuatnya kami kat atas bukit baru turun hujan tak ke naya. alhamdulillah. aku amik keputusan bawak budak2 gi rumah ida kat Bukit rimau. Beli sarapan karipap n keria. Lum sampai rumah ida, kuih dah tinggal suku... termasuk ngan aku2 sekali ngap... maklumlah hujan perut cepat lapar. sampai rumah Ida kami makan2 nugget n kuih yang dibawa. tunggu ida n anak2 dia bersiap bawak budak2 gi main kat playground kat Giant klang... Tapi tak lama sebab anak kedua ida muntah terus mintak balik.... Tak dapat nak bawak gi JJ.. Sampai rumah kat kul 1.

Td pg ada org pesan suruh wat wake up call, bila di tel tak nak bersuara lak... sabar je aku, nasib baik bangun...
Kul 3 kuar rumah lagi ngan mak lak ke Wetland gi rumah Dot. Aku tak tahu pulak mak puasa, bila dot dah siap goreng meehoon mak baru cakap... Sabar jerla aku jadi anak... hehehe. apapun terima kasih Dot di atas bunga yang diberi n gelang yang amat cantik sekali...

Pokok yang diberi Dot


Cantik kan pemberian Dot. Ole-ole dari sabah. Hehe Toche toche

Balik dari rumah Dot nak tgk Ely, lalu depan kedai, tgk kereta dia takder, so aku terus gi rumah kak Izan jiran lama masa kat Taman.

Tapi kami singgah jap sebab tanya khabar alih2 sebelum balik dia bagi pokok2 bunga sampai sebonet... Murah tul rezeki aku ngan mak arini... tapi malu ar... aku cakap lain kali aku datang rumah dia time malam, mesti dia takleh petik pokok apa2 .. hehehe.

Penuh kan boot keta aku. Suami kak izan mengusahakan tempat letak bunga pakai sabut. Siap pagi aku pokok pegaga lagi...

Balik terus letak kat taman rumah aku

Pokok ati2 ni pakai cucuk jer kat tanah. Mintak2 hidupla.. hehhe

Sebelum balik singgah rumah elly sebab melalui jalan yang sama. Sekejap gak sebab bertanya khabar elly n maknya.. Sebelum balik dapat dua pasu dari rumah elly gak... Ni memang betul2 memborong nie

satu warna merah hati, satu warna pink...
Terima kasih semua. walaupun hari memng agak memenatkan tapi aku puas dapat berjalan2... dan dapat pokok bunga... heheheh






Saturday, February 07, 2009

Lama tul bersarang

hahahah, semenjak dua menjak ni aku dah jarang jenguk blog... almaklumla bz terlampau.. tapi aku selalu update fp kan, so kira ok la gak tu kan...

takder menda pun nak citer sebenarnya cuma mengharapkan doa rakan2 agar impian pada tahun ni akan tercapai... Nak wish selamat tahun baru dah lepas, nak ucap selamat maah hijrah pun dah lepas, nak ucap tahun baru cina pun dah lepas... heheh... kira ucap selamat jerlah untuk semua

ari ni kena keja sorang2 tapi takper aku lagi suka sebab boleh settle keja yang menimbun2 atas meja, tapi still tak clear2 gak meja aku ni... hampeh tul la...

tahun ni kononnya nak ada azam baru tapi still la tabiat tido n makan tu masih tak leh nak adjust, pantang letak dan pantang nampak.... huhuhu

banyak menda yang berlaku sebenarnya start dari 1st januari tuh tapi nak citer aku takut benda lum confirm jadi aku akan simpan sorang2 dulu, bila dah terang tak perlu bersuluh2 sok baru aku akan gembar-gemburkan... hehehe, semoga semuanya akan berjalan lancar.... amin

aku baru turun cameron sebenarnya minggu lepas, tapi serik nak gi lagi time musim perayaan. jalan jem teruk dari brinchang nak ke tempat atas2 tu, konon nak gi rose valley la, strawbery farm lah, semua tak dapat nak gi... huhu... apapun aku borong banyak pokok bunga heheh, cuma, terkilan kat satu tepat tu, aku memng dah pegang bunga yang aku nak beli, alih2 ada ular masuk kedai, semua org dah kelam kabut, terpaksa tinggalkan pokok bunga tu walaupun tinggal nak bayar jer lagi... kalau memng bukan rezeki nak wat camner kan....

p/s ;
- kepada kawan2 yang melangsungkan pernikahan- selamat pengantin baru diucapkan
- to elly - walaupun aku tahu ko tak baca blog aku - aku berdoa ko akan tabah menghadapi segalanya...
- to nic - happy birhtday wat faris, ko tahu pasal aku kan, aku cuma minta doa yang terbaik dari ko
- to dot - heheh aku pun nak turun sabah mungkin pertengahan tahun, nak daki tapi lum ada calon yang sesuai nak ikut, so gi jalan2 jerla dulu la kot....