Monday, November 24, 2008

Kena Tagged!

Dot,
Aku pun nak lunaskan tagged arini jg
Amik gambr guna phone & hntr pkai phone gak
aku x leh taged smpai 10 org, aku just taged sorg je
1. Nic
he he nanti aku copy paste je rules nya dr blog ko. Cau cin cau

Mandi hadas

Uih... tgk tajuk macam apa jer... takdelah sebenarnya nak berkongsi serba sedikit apa yang aku belajar semalam. Soalan ini diutarakan oleh Cik Ni. Nasib baik Cik Ni utarakan soalan ni, kalau tak, aku pun tak tahu.

Cik Ni : Ustaz betul ke bila kita dah mandi hadas besar kita tak perlu ambil wudhu balik?

Ustaz : Memang betul tapi ada kaedahnya.. Ustaz pun menerangkan ngan panjang lebar kaedah2nya. Semasa kita cebok, maksudnya kita bersihkan alat sulit kita sambil berdoa : Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala. Lepas tu kita amik wudhu. Selepas berwudhu kita mandi (meratakan air ke seluruh badan) tanpa memegang alat sulit. Maka selepas mandi kita tak perlu ambil wudhu lagi. Tapi bila ketika mandi kita terpegang alat sulit kita secara automatik, wudhu kita tadi telah terbatal, maka kena la amik wudhu kembali sebelum bersolat. Masalahnya kita kalau mandi memng tak sah kalau tak gosok bahagian tu, rasa tak bersih kan. So memng kena amik wudhu balik la.

Cik Ni : Soalan kedua ustaz, memegang kemaluan membatalkan wudhu kan? Saya nak tahu area yang boleh membatalkan wudhu

Ustaz : Kemaluan tu hanya di kawasan 'bibir' lubang hadapan dan belakang sahaja, kalau tepegang punggung tu tak termasuk dalam area membatalkan wudu'

Kami betul2 berterima kasih pada cik Ni kerana bertanyakan soalan sedemikian. Kat kelas ni boleh bertanya apa jua bentuk soalan pada ustaz, tapi aku ni kira kategori penyegan, kalau ada soalan aku suruh makcik2 ni yang bacakan soalan. hehehe. Terima kasih ustaz diatas penerangan yang diberikan

Tak sabar nak tunggu esok!!!!!!
Esok akan bertambah lagi umur!!!!
Tapi aku bertanya sendiri pada diri apa yang aku telah lakukan selama 30 tahun ni!!!!
Aku memng nak belajar lagi kalau boleh, tapi tak tahulah my mom bagi ke tidak, dia takut aku belajar tinggi2, takder org nak meminang aku, selama ni pun bukan ada org nak aku gak.... sabar jerlah

Saturday, November 22, 2008

Musim Cuti sekolah

Cuti sekolah datang lagi.... maknanya banyak la kenduri kahwin yang akan berlangsung...
Esok jer, ada kenduri kat belah mak aku jenjarom, atok sedara belah abah aku kat sijangkang, makcik aku lak wat kenduri berkhatan, tu tak campur lagi ngan jiran depan rumah.

Aku tak kisah banyak kenduri sebenarnya, cuma aku tak sanggup tengok mak aku yang nanti keletihan sebab pergi sinoman, sebab semua sedara mara. Tapi bila aku volunteer nak gi lak, mak aku lak tak bagi pergi, bukan apa sebab mak aku tak nak aku kena perli kat rumah sedara mara atau jiran2, maklumla aku kan sepatutnya dah berkahwin.... huhuuu.... kalau perli2 dicarikan takper gak... hehehehe

Tak kisahlah cuma aku tak berapa suka masyarakat kita yang sinoman jer org tua2, bila anak2 dara yang datang, nanti diperli2, bukan nak bagi kata semngat, 'baguslah anak ni muda2 datang' maklumlah time kenduri la nak siang, basuh ayam lah, kalau rumah aku sendiri aku tak bagi mak aku wat banyak2, tapi bila mak aku balik sinoman, pening kepala lah, sakit badanlah... bila ditanya "mak kat sana tadi wat apa", "basuh ayam" jawabnya, "takde org, mak ngan acik sekian2 jer"... Kadang cakap lebih2 karang buat tambah sakit kepala jer, jadi aku diam ajelah... sabar jelah


Aku tak tahu lagi planning nak bawak anak buah aku gi mana, planning nak gi bagan lalang dah lama dah, cuma tak pergi2 lagi, rindu tul nak rasa laut. hehehe

Bulan depan insyAllah aku akan gi Penang bersama2 Fazi, aku tiap2 tahun memng kena turun Penang, acara wajib.. hehehe. Aku 'racun' fazi ikut aku gi Penang, si fazi lak 'racun' aku suruh ikut dia turun Kelantan, maka alkisahnya dari penang kami akan terus kelantan bertiga ngan Gee sekali... Jalan sakan la gamaknya aku. Semoga perjalanan kami berjalan ngan lancar & dipermudahkan... Tak sabar rasanya... Aku bukan apa... nak mendaki Bukit Jambul.

Dah berapa tahun aku turun Penang tak berkesempatan nak naik. Semoga time aku gi, cuaca baik & ada kelapangan untuk aku mendaki. Siap berpesan lagi ngan Fazi, "ko tak nak ikut aku pun takper", "ko jalan2 la gi Kompleks Bukit Jambul", aku tak kisah nak mendaki sorang2, tapi bila difikir balik dah lama aku tak naik, tak tahu macaman situasi kat situ. Semoga semuanya tak berubah.... Rindu tul....

Monday, November 17, 2008

Kuih Talam Ubi

Skrg ni asyik nak mkn kuih ni. Tiap2 hari mesti beli. Kbtln aritu bcerita ngan kak maah psl kuih ni.
Tiba2 pg ni dia bg kuih yg dia wat sendiri. Terharunya aku... Thanx akak..
aku ni mmg bermusim suka pd satu2 benda. Mcm prnah satu ketika aku asyik nk wkn mc flury je tiap2 hari. Nasib baik mc d kt bwh tu jer, kalau tak, tak tahula he he

Wednesday, November 12, 2008

Bebas

Aku ingin terbang bebas seperti burung, tapi apakan dayaku...
kenapa apabila cakap bebas aku terfikir pasal burung, padahal taktahu burung tu ntah bebas ntah tidak dia terbang kat mana2 tu... iyalah, semalam masa aku lalu kat jalan kebun, burung tu terbang rendah jer, aku cakap dalam hati kalau lori yang lalu alamat memng kena... burung ni... apara fikir yang bukan2...

Banyak impian masih lum tercapai, kadang2 bila difikir2 adakah aku boleh mengapai impian tu, aku sendiri pun tak tahu.... semoga Allah memudahkan segala urusanku di masa2 akan datang

Hari ni edisi merapu ntah apa2... aku berasa sakit, geram, macam2 ada... Geram ngan karenah client yang dia selalu ajelah yang betul, walaupun dia tak tahu apa2... cakap wat menyakitkan hati aku jek

Aku target tahun depan aku nak duduk menyewa kat shah alam, tapi mak bapak aku bagi ker? Aku takder jawapan untuk pertanyaan itu. Bukan apa aku boleh duduk asing kalau dah kahwin, kadang2 aku berharap aku akan kahwin ngan org yang kerja jauh2 supaya aku boleh belajar hidup sendiri bersama, macam masa aku duduk kat Penang dulu. Itu adalah pengalaman yang aku rasa paling bermakna dalam hidup aku, bukan bermakna bila aku duduk sendiri langkah aku akan menjadi makin panjang... tapi.... susah nak cakap... bukan nak lari dari masalah.... tapi.... banyak la tapi aku ni.... arghhhhhh....

Friday, November 07, 2008

Elena di Arunamari

Eleena ni sakit2 pun msh smpat 'peace' lg.
2 jari kena jahit, berebut penyepit ayam ngan kak cik waktu wat mkn2 kt rmh.
Org braya kt rmh, di braya kt hospital...
Bila ditanya "sakit eline", dia geleng kepala.. "Tak" jawabnya. Kebal sunguh anak buah aku yg sorg ni.
Tp bila tringt2 blk kjadian tu aku yg ngeri, mana taknya darah menitis2 kt laluan menuju ke sinki.. Ish....

Testing phone

Testing 1,2,3...

Wednesday, November 05, 2008

Rindu tul...

rasa rindu nak menaip kat sini... dah berkurun aku tinggalkan... bz memnjang jer kejanya...

sebenarnya aku tunggu takder org kat ofis baru ada privacy nak menaip,

kadang2 benda nak cerita dah ada tapi bila tiba2 ada org datang terus terbantut idea, ataupun bunyi telefon berdering2... Urghhhhh... sabar jerlah

Rasa cepat tul masa berlalu, sekejap je dah nak raya haji la pulak...

malam tadi start balik kelas selepas 2 bulan bercuti, yeah aku dah masuk taeguk 4, walaupun tak tahu aku dah pass taeguk 3 ke lum... kelako, macam tai chi pun ada gak pergerakannya, kaki aku dah start cramp balik... huhu dan aku perasan pagi tadi belt aku tertinggal kat class.

Ngan muka tebal aku sms sir mintak tolong dia simpankan belt aku.... Baru cuti 2 bulan dah lupa, kalau cuti lagi lama aku tak tahulah....

Wednesday, June 04, 2008

Tak Larat....

Semalam hari paling piawai aku rasa... dah lama tak exercise terlampau... alih2 time clas kena lari pecut ngan lompat katak. Tgk memang senang budak2 tu wat dulu.. Alih2 time aku mcm takleh lompat jek... Aku surender.. skip 2 lompatan... teruk kan... memng teruk... badan jer besar.. budak2 kecik semua leh wat... memng la... budak2 la banyak tenaga. Paling besar pun budak lelaki tingkatan 1..Keringat usah dikira... rasa dah lencun habis... Aku ingat lepas tu latihan yang ringan alih2 kena wat imbangan badan....

Aku tak tahan rasa macam dah nak pening2 lalat. Mr tanya aku... you nak muntah? Aku angguk terus meluru ke bilik air. Bilik air full la pulak. Dua2 pintu ada org. Alamak, aku dah nak terkeluar ni....

Mr : Its ok, u can throw kat sink
Aku : Uwek... uwek... Yark... Hampeh tul semua benda yang aku makan tgh hari tadi dah keluar.

Sinki jadi tersumbat... Tunggu budak yang dalam bilik air keluar, baru aku amik segayung berulang2 untuk menjirus kat sink la pulak... Takde keja.. cari keja la pulak aku ni...

Mr : Are u ok
Aku : okkkk...

Dah putih balik sinki tu aku kerjakan, aku terus duk melepak kat belakang sambil tgk budak2 lain wat... huhuuhu malu... lantaklah...

Sambung buat latihan imbangkan badan guna jari depan sambil bengkokkan lutut dan lantun2 badan... Kaki aku dah cramp rasa macam lutut aku dah bergoyang2... kelako pun ada gak...

Akhir clas Mr bagi lecture pada kitaorg... apa yang kitaorg wat ni sikit, kalau latihan sebenar, imbang badan tu je dah makan masa 2 jam.. kita org baru 15 minit wat pun dah tak tahan... Banyak yang kena batang hidung sendiri apabila dia cakap berlatih time class je mana cukup patut 3 minggu sekali. Mana ada masa dalam hati aku balas balik.. Huh..tapi kalau ikutkan pun aku mana ada masa nak join clas ni... itupun aku ada matlamat, kalau tak...

Time balik turun tangga memang sakit kaki sangat. Teringat masa naik gunung kinabalu dulu, camni la rasanya nak turun tangga. Makan minum kat Kayu jap. Kau just sumbat barli suam.. nak makan, aku tak laSampai rumah time nak tidoo aku lumur minyak kapak seluruh kaki berharap supaya bangun pagi esok kaki aku ok...
Bangun pagi tadi alhamdulillah tak sakit sangat... cuma tadi gi beli paper turun tangga memang masih sakit...

p/s ; Takziah pada temanku Norzie. semoga ibumu ditempatkan dikalangan org yang beriman. Al Fatihah....

Saturday, May 24, 2008

Tahniah

Ramai tul kawan2 aku menyambut kelahiran bulan Mei ni. Haritu Anne sms dapat baby girl pada 13.5. Tak sempat lagi nak jenguk dia. Tak lama lepas tu Ana tel aku ajak munyen Tet yang juga baru lepas melahirkan baby boy. Bila ajak2 kwn lain untuk tgk Tet rupa2nya kawan yang aku ajak pun baru lepas melahirkan, si Tipah juga dapat baby girl. Tak lama kemudian aku juga baru dapat tahu kawan aku Mai juga selamat melahirkan baby girl nama Sofea Hairina. Minggu lepas balik kg pun dapat berita Linda sebelah ofis aku pun bersalin baby girl 17hb
Alhamdulillah... Tahniah diucapkan kepada umi2... InsyaAllah ada kelapangan akan aku datang munyen, tapi tak tahu lagi bila. Esok sepupu aku kahwin pun aku masih bekerja lagi hari ni... huhuhu.. Takpe aku rewang start petang ni sampai esok...
Semalam gi kedai cermin mata, biasalah aku kalau pening sebab mata aku dah kurang power, memng dah bertambah, aku baru tahu ada cermin mata yang cerminnya boleh tukar ikut cuaca, so sebab dah berkenan punya pasal aku bayar deposit, dan boleh bayar ansur2 lak tu, mungkin aku akan amik cermin mata tu dalam masa 2 bulan lagi. sebulan bayar rm200. Teruk kan cermin mata jek harga dah dekat setengah ribu. Sebenanrnya aku boleh dapat lebih murah kalau silau aku tak teruk... takper sekurang2nya aku boleh nampak walaupun kena pakai cermin mata kan...

Wednesday, May 07, 2008

Nekad

Aku kena buat pilihan sama ada aku suka / tak suka... sama ada aku rela atau aku x rela....
huhuuuhuhu... sungguh susah buat pilihan kan.
Aku terpaksa melepaskan FF sebab aku nak masuk kelas kat Shah alam
Aku dah cuti 2 bulan untuk kelas taekwando aku sebab sekarang asyik balik malam. Malam tadi baru start balik. Memang piawai tul, langsung takde stamina, nampaknya aku memng kena maintain kelas taekwando sebab aku berazam nak dapat tali pinggang hitam..... hehe InsyaAllah...
Semoga urusan aku dipermudahkanNya...

Alhamdulillah

-Elly kawan aku dah selamat melahirkan baby girl di hospital Klang kul 5.30 petang pada 04.05.2008. Semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan urusan oleh Allah.

- tak lupa juga tahniah pada Fiza Abidin yang telah selamat melahirkan baby boy pada 23.03.2008. Dapat sms dari beliau selepas 29 hari berpantang.

Saturday, April 19, 2008

The Forbidden Kingdom

Tgk malam tadi, balik keja terkejar2 ke JJ Bukit Tinggi untuk membeli tiket. First time beli tiket couple seat... hehehe jangan fikir yang bukan2, aku tgk ngan adik aku...Dalam perjalanan pulang sempat singgah rumah abg aku, kak ipar aku wat pulut kuning sempena anak buah yang sulung khatam Quran... Alhamdulillah... Balik... mandi manda, makan2 dan kuar lagi bersama adik ke JJ balik.
Citer dia memng best sebab aku memng suka Jet Li. Part masa dia lawan ngan Jackie Chan kat kuil lama tu memang hebat... Sinopsis aku malas nak taip... saper2 nak baca sinopsis just baca kat sini

Monday, April 14, 2008

Pesta Buku Antarabangsa 2008

Tiap2 tahun memng takkan miss acara wajib nih, tahun ni seperti tahun2 lepas akan gi 2 kali... tahun ni perjalanan amatlah adventure... sampai terlajak2 lagi. Tahun ni bawak mak, sambil gi pesta buku, mak lepak rumah nenek. Nak gi pagi2 sebenarnya tapi tel nenek sedara yang kat keramat tak dapat jek alih2 kul 11 baru kuar rumah. Park keta kat Putra Taman Jaya coz nak turun kat Jelatek, sekali sampai kat jelatek rupanya kitaorg dah terlajak satu stesyen, sepatutnya turun kat Dato keramat, kelako pun ada gak sebab turun2 stesyen rasanya rumah nenek aku tu dekat jek... ni leh tak berjumpa lak... biasalanya bapak aku la yang drive gi kl... ni 1st time naik pengangkutan awam terlajak lak...amik teksi untuk gi rumah nenek, tak sempat panas punggung dah sampai.. sampai2 rumah nenek aku dah baru la pulak.. dulu rumah papan sekarang rumah batu... warna kuning lagi... masuk2 tak sampai 10 minit mintak kebenaran mak dan nenek untuk kuar balik gi Pwtc.

Patah balik ke stesyen Masjid jamek, tukar Star lak untuk ke Pwtc. Ceh... macam teror jek.. yerla belajar dari pengalaman lagipun peta transit ni memng sentiasa dalam dompet aku, kalau tak, tak lepas nya aku ni. Sampai kat Pwtc dalam kul 1. Ya Allah.... lagi ramai dari minggu lepas, nak celah2 kat gerai Ana Muslim ingat nak belikan buku untuk anak sedara mmg takleh nak celah, terlampau sesak... kedepan sikit nampak Kak Norzailina & Damya kat Karangkraf, apalagi beli buku trio 3 buah dan sebuah buku kak Norzailina. Nak bayar punya la panjang, dah habis bayar, tandatangan dan bergambar2 baru terperasan majalah orkid untuk Dot... hehe nasib baik teringat, beratur lagi, adik lak nak beli buku Gayour dah habis kat rak, baik jer aku suruh dia jumpa Gayour sendiri alih2 Gayour bawa beberapa buah buku dia. Tunggu adik bayar, bergambar2 siap gayour tu lukis gambar dia kat buku tu... hehehe... pusing seround lagi sebab ada novel yang aku nak beli tapi tak ada.

Naik ke tingkat satu, gi gerai yang kat seberang sungai, sebenarnya nak beli buku Chef tapi ternampak Salju Sakinah lak, suruh adik beli chef, nampak iki kat situ tapi malas nak tegur, macam bz jek...

Dah dapat buku yang aku nak baru patah balik gi dewan yang kat belah depan lak. Mula2 gi gerai Ameen
sebab ingat cerpen untuk kak su ada, rupanya takder, nampak buku tu jual online kat Ujanailmu, tapi malas nak beli online... Adik nak beli paper beg APO.

Tahun ni tak membeli langsung buku katCreative... mungkin sebab budget yang kurang untuk tahun ni ditambah dengan org yang begitu sesak, so kitaorg pun jalan jek, cari2 gerai Jemari Seni beli buku untuk Dot.

Jalan2 lagi baru terjumpa gerai yang dapat potongan 20% untuk semua bukunya.. sedih sekejap sebab aku beli Tautan Hati tadi dapat 10% jek.... Jalan2 lagi baru terjumpa gerai Karnadya. Kat sini belikan buku untuk Alia ngan Balqis. Tajuk buku pun dekat2 nama diaorg.

Kalau ikutkan hati nak jalan lagi tapi mengenangkan tak solat & makan lagi, kitaorg pun belah, masa kat surau jumpa penulis Shamsiah Mohd Noor. Lepas solat gi beratur kat Pizza Hut coz adik nak makan lasagna, tapi bila sampai turn kitaorg rupanya lasagna dia tak buat time tu... sabar jerla...

Balik naik Star balik ke Masjid Jamek dan tukat Putra ke Dato Keramat, Sampai rumah nenek dalam kul 5.30 petang, hujan turun lebat time tu... sampai2 jek rupanya nek usu ngan nek ida pun turun gak, anak2 nek ru pun balik... macam balik kg jer rasanyer... semua berkumpul... makan2, borak2 kat kul 6.30 naik Putra balik untuk balik... Sampai kat Perwira makan kat gerai depan sebab nampak abang aku makan kat situ baru balik rumah... Puhhhh... penatnya jalan ari ni tapi memng syok sangat...

P/s :
-Dot aku baca dulu buku tu baru aku pos atau kalau ko turun shah alam baru aku bagi... heheh
- Nic take care & banyakkan sabar, bila aku dapat sms ko aku pun rasa sedih gak... sekarang memang tengah musim budak demam kot.. aku sentiasa doakan Faris sihat supaya boleh kita jalan2 lagi....

Friday, April 11, 2008

Habiburrahman....

Aku memang suka sangat ngan karya2 beliau. Yang sedihnya aku baru dapat tahu dia datang ke pesta buku tahun ni. Jika aku tahu, sudah tentu aku keja half day hari ni.... sedih sangat. :(
Takpe... mungkin ada hikmah tersembunyi yang aku tak tahu... Aku berdoa semoga beliau panjang umur supaya tahun hadapan beliau akan turun lagi dan semoga aku tahu kedatangannya awal2

Sunday, April 06, 2008

Kerja...

Sekarang bangunan tempat ofis aku menyewa ada undang2 baru... kena bukak 10 pagi - 10 malam, 7 hari seminggu. Kalau tak kami disuruh pindah ke tingkat atas..Ni pengurusan baru punya citer la ni... bengang jerla... dah la org2 nya takde keja, kul 8 malam round keliling, saper2 tak buka kedai amik gambar untuk jadi bahan bukti campak kitaorg kuar

So sekarang kitaorg bergilir2 kerja sabtu dan ahad, aku dah kerja untuk sabtu dan ahad ni, so aku akan cuti pada sabtu & ahad depan. Macam2 dalam kepala aku nak buat time cuti tapi bila betul2 cuti lain lak jadinya...

Bulan ni ngan bulan lepas aku off taekwando jap sebab kena balik malam kdg2, lagipun test minggu depan, ff pun aku dah lama tak gi. Penat.... balik keja malam pun kadang2 jem teruk kat 1 jam gak sampai rumah... sabar jelah...

Monday, March 31, 2008

Kursus Solat & Muhasabah Diri

Tarikh 30 Mac 2008 (Ahad)
Tempat Main Auditorium, UIAM, Gombak
Masa 8.30 pagi - 6.45 ptg
Penceramah : Ustaz Zaharuddin


Alhamdulillah, berkesempatan gak aku ikuti kursus anjuran UZAR ni. Dah lama nak join tapi selalu ada je hal. Kali ni aku pujuk my sis join. Kesian dia baru balik keja aku dah usung dia... Sorry sis, akak tak de kawan nak gi... huhu, sekali sampai sana terjumpa makcik sedara aku, hehehe kalaulah tahu dari awal...


Banyak info yang diberi uzar start dari amik wudhuk sehinggalah selesai solat. Memang ramai sungguh yang hadir. Masa rehat sempat beli buku terbaku Uzar~ Formula Solat Sempurna. Saper2 nak beli on line pun boleh. Banyak maklumat ada dalam tu.


Di akhir kursus memang menaikkan bulu roma sikit. Kami tgk video di mana mayat terseksa di dalam kubur dan kami juga didendangkan dengan lagu oleh kumpulan Raihan. Memang rasa insaf la time tu..

Patutla uzar cakap ini kursus terakhir dia untuk tahun ni rupanya beliau nak melanjutkan pelajaran lagi. Mgkin 3 tahun lagi baru balik M'sia. Semoga segala urusan uzar dipermudahkan oleh Allah.

Terlalu banyak aktiviti lain yang aku nak join hehehe tapi takde geng antaranya

Botany Walk & Hunting ~ 5 April 2008 (tapi time ni aku keja, kenapa la suka wat ari sabtu, ptg tu lak nak gi pesta buku... bz nyer.....

Shoe String Run ~ 20 April 2008. ( mcm nak ajak anak2 sedara aku tapi kesian, pagi sangat la pulak rasanya, tapi dekat je kat Bukit kemuning!!!!, perasan benda ni time gi ff, huhuhu)


Friday, March 28, 2008

Tak sabar...

Tak sabar rasanya nak tunggu ari ahad ni.... hehehe... Siap paksa adik ikut lagi. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kami pada hari tersebut.....

Saturday, March 22, 2008

Selamat

Alhamdulillah, aku bukan merajuk atau apa tapi entah kenapa takde hati nak menulis. InsyaAllah selepas ni akan menulis balik. Lagipun untuk luahan diri sendiri kan.

Saturday, December 01, 2007

Di hari Lahir ku... 25hb Nov

Pagi2 lagi aku dah bersiap2 nak kuar, nak sahut cabaran mendaki bukit jugra tu.... Masa tgh bersiap nampak kad atas meja... Oh... dari adik aku rupanya... Sebelum kuar rumah, mak peluk dan cium aku, hehe selalu aku yang cium mak dulu, mak wish kat aku, sedih lak aku....
Perjalanan ke Jugra mengambil masa 1/2 jam, jauh tu tempatnya.... dah la aku drive sorang, sampai2 kat sana je baru berap kerat je yang datang... Biasalah...
Sebelum start mendaki ada senamrobik, seronok gak... Kitaorang berlepas dalam kul 8.30 pagi. Aku bawak kamera masa mendaki tu, tapi karang kalau aku asyik nak amik gambar jer, tak terkejar lak aku ngan budak2 lain, masa trek dah menurun baru aku amik gambar, masa trek naik memng mencabar, laluan licin... masa menurun lak bahaya sebab berlari kat laluan bertar, tak berani nak lari laju2 takut terbabas... Sebenarnya ramai budak remaja belia belasan tahun yang join, aku ingat harapan untuk aku menag amat tipis. Tapi alhamdulillah umur bukan penghalang, yang menang semua otai2...
Tempat pertama auntie tu dalam lingkungan umur 40 kot, sebab anak dia semua dah besar2, semua ikut sekali, kedua budak umur 20-an, ketiga... aku lah yang genap umurnya 30 tahun... hehehe... kira hadiah di hari lahir. Balik dalam kul 11. Sampai rumah dalam 11.30, sarapan, mandi dan sambung tido sampai lepas zohor.
Anak2 buah aku sibuk bertanya nak celebrate kat mana... Alih2 lepas asar diaorang datang, aku goreng kentang & sosej jek sebab kul 4 kitaorang baru lunch. Lepas isyak dalam kul 11 kitaorang satu family celebrate kat jenjarum, tempat biasa... Ramai sangat org... terpaksa tunggu lama sambil layan separuh akhir juara lagu...
Malam tu budak2 tido kat rumah. Charmila 1st time tido rumah. sebelum ni dia memng selalu nak tido rumah tapi abg aku lum percaya kat dia lagi... tapi dia memang nak sangat.... Oklah cuma memng dia memng suka sangat mengigau...Sabar jelah

Pagi isnin aku sepatutnya memng cuti, tapi sebab kena bawak adik untuk wat pasport. daalm kul 11 kitaorang balik. Jalan jem.. teruk sangat. masa pergi jem, balik pun jem... apa la kejadahnya... bukan time org balik keja pun lagi... Kitaorg singgah JJ baru kat bukit tinggi.... Punya lah ramai orang, tu ari isnin, time org keja, time cuti tak tahu lak pulak aku... alah biasalah kedai baru, tapi semua kira macam ada class punya... menyebabkan orang ramai takut nak masuk kedai2 tu....

Oh yer lupa lak... tahun ni aku dapat hadiah seluar nike... abang & kakak aku bagi (katanya untuk aku pakai masa gi Fitness first) hehehe... kak Su pun bagi seluar gak, seluar slack warna putih, kak zana bagi aku Quran... macam mas kahwin lak... aku memang nak beli Quran ni sebab masuk kelas balik kan... quran yang aku ada sekarang masa aku tadika punya dulu, satu lagi tafsir, kelas lak belajar guna muka surat... hehehe toche...toche....