Dah lama aku tak menulis... sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan tapi sebab kesuntukan masa yang teramat menyebabkan aku takde masa nak menulis. Alhamdulillah dalam seminggu ramai orang berkunjung ke kedai menyebabkan aku tak menang tangan. Ditambah lagi nak musim2 perayaan semua orang nak benda cepat, dah tahu nak raya lain kali buatlah awal tapi biasaler time raya ler client2 aku dapat bonus dan nak balik kg lagi baru ler tergesa2 nak suruh kita orang buat cepat. Takpelah dah tiap2 tahun berlaku macam ni, orang kata dah masak dengan asam garam client yang tak reti2 nak paham...
Semalam aku berbuka di dalam kereta masa nak naik highway kesas ke banting, sedihnya tak boleh nak citer la. Dahlah dalam kereta cuma ada air masak yang tahun bila punyalah.. Punca utama kesesakan kat sek 25 tu sebab air naik dan ada kereta wira stuck kat tgh jalan.. Mr J lak tersangkut kat sek 23.. macam berjanji lak. Dia ajak berbuka sama tapi rasanya hujan2 macam ni tak selesa ler nak berbuka kat luar lagi pun aku takut mak aku berleter krg walaupun hati aku meronta2 nak gi... Gataiii.. Aku sampai rumah dalam 7.40... Bila sampai rumah aku happy sebab mak buatkan aku air sirap selasih..sayang mak, nasib baik tak berbuka kat luar..
Hari isnin 24 hb si putih mati... tahu waktu sahur bila mira menjenguk... Bising sekejap lah waktu sahur tu bila mira menjerit kat belakang.. tak tahu sebab apa.. ada cecair hitam mengalir dari telinga dia.. Gambar putih kot yang dalam photo album, semalam pulak sowol yang mati... aku dapat tahu bila mira beritahu masa aku berbuka. Aku sedih2 gak tapi sesedih mak & Mira sebab bukan aku yang jaga diorang, entah aku dah takut nak jaga apa2 sekarang sekurang2nya kalau benda tu mati akutak ler terasa sangt. Aku teringat dulu mira langgar pokok yang aku jaga sampai tak lalu makan. Pokok tu aku buat cantuman, sayang sangat, alih2 mira naik basikal terlanggar, cantuman yang aku buat tertanggal.. sedih tak leh nak habaq camne, tu ler sekarang kalau nak jaga2 ni aku malas sikit setakat belai2 bolehler..
Aku dah menulis dari pagi tapi baru sekarang sempat disiapkan.. Buzyyyy... Email pun dah beberapa hari aku tak tengok.. mesti penuh inbox aku... arghhhhh
2 comments:
Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir batin.. apa plan tawun ini.. Tapi aku 2 weekend ada final exam.. uwaaaaa.. tensi gilos aaa. kita buat raya ke-4 amacam. oh yeee.. umah ug...
Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir batin.. apa plan tawun ini.. Tapi aku 2 weekend ada final exam.. uwaaaaa.. tensi gilos aaa. kita buat raya ke-4 amacam. oh yeee.. umah ug...
Post a Comment