Monday, January 16, 2006

Larian Siemens & Konsert Diraja


Hari ni seluruh badan aku rasa sengal semacam sebab gi larian siemens sejauh 10km dengan takder training. Aku akui aku dah pancit semenjak bersara jadi wataniah dulu, aku buat 10km hampir 2jam baru sampai ke garisan penamat.., teruk tul, camner nak naik gunung camni... huhuhu..dahlah aku berlari (berjalan sebenarnya)dalam keadaan mata aku bengkak akibat tgk citer Khabi Khusi malamnya.. Tido kul 2 pagi kul 5 pagi dah bangun.. 3 jam jer aku tido memang patut aku takde tenaga. Balik dari larian jumpa imie ngan fazi nak bagi tiket konsert diraja, sarapan roti canai ngan Nic kat kedai mamak tepi pasar seni. Balik naik bas, kena tambang rm4.80 dr kl ker telok, kira oklah.. walaupun tak sampai 5 penumpang, bas tu terus bergerak meninggalkan perhentian bas klang. Perjalanan balik dalam 1 jam..
Dalam kul 5 ptg imie call beritahu dia takleh gi.. Motor dia wat hal kat pandan Indah, baru sampai rumah dalam keadaan hujan lebat, kesian imie dahlah pagi td besusah payah datang dari bangi ke datarn semata2 nak amik tiket alih2 tak dapat pergi.. Fazi pun takleh gi sebab kereta kawan dia rosak. takpe mungkin ada hikmah disebalik kawan2 aku tak dapat nak gi.. Kuar rumah dalam kul 6.30, sampai2 kat stadium dah nak masuk waktu maghrib so kitaorang terus solat dulu, ramai sgt dalam surau terasa seperti berada di tanah suci bila orang berebut2 nak dapatkan tempat utk b'solat, sedang kami mencari2 tempat dudk kat dalam stadium tiba2 aku rasa seperti nama aku dipanggil, rupa2nya ganesan, kecik sungguh dunia ni aku rasa, tak lama kemudian zam & jiji pun datang sertai ganesan, aku biasaler ngan Ely, dah nak start baru Nic datang & the geng, nasib baik masih ada tempat kosong. Ramai yang buat persembahan antaranya noraniza idris, dayang nf, azzarina, ameliya, zahid, ramli sarip dll dan penutup oleh Mawi. Mawi habis jer aku seret mak, adik & elly kuar, amik supper kat khemah dan terus balik, sampai rumah dalam kul 11.15, tak dapat pun jumpa Nor sebab masa nak kuar tu dah bersesak orang ramai kat perkarangan stadium. Tq byk2 Nor, mandi pagi2, esok2 jemputlah lagi.. peribahasa apa da aku ni.. walaupun penat tapi keseluruhannya aku rasa sungguh seronok mungkin sebab aku tak pernah tengok konsert kot, sarkas pernahlah itu pun masa umur aku 5 tahun..

Saturday, January 14, 2006

Lembu korban

Hari raya aildiladha disambut ngan meriah ditempat aku, bezanya cuma tahun ni lepas solat raya lembu tak sampai lagi, setiap tahun ada jer kes lembu mati terjerut talilah, larilah, dll lagi. So pada tahun ni lembu2 diturunkan satu persatu terus dari lori bila ia nak disembelih, banyak jugak yang liat2 takut lak tiang lampu tu tumbang jer... Alhamdulillah kerja2 menyembelih start dari kul 9 pagi dan selesai semuanya sebelum zohor, menu tahun ni daging msk kicap, sup tulang, selepas zohor aku munjung ke beberapa buah rumah, rumah aku dikunjungi oleh adik-beradik abah sebab nenek aku beraya kat rumah, selepas isyak baru selesai semuanya, walaupun penat tapi aku rasa tahun ni adalah yang paling meriah sekali, baik di surau dan di rumah.

Sensitif
Td pagi aku sms Mr J ajak dia gi tgk konsert diraja, tapi dia kata dia tak tgk konsert. Apa dia ingat aku kaki konsert ker, nilah 1st time aku nak gi, itupun ngan mak & adik aku, selama ni aku minat Af tak pernah sekali pun aku tgk konsert Af kat stadium.. Ah lantaklah apa dia nak fikir.. Buat apa fikirkan pasal org lain asal aku dah pelawa dah, entah kenapa aku rasa sensitif sikit bila dia balas sms aku... tak tahu... mengapa... Malam ni ada citer Kabhi Khusi... tak sabar nak tgk.. tapi aku pening bila dah tgk sebab aku akan menangis setiap kali tgk citer tu... sabar jelah..