Saturday, January 14, 2006

Lembu korban

Hari raya aildiladha disambut ngan meriah ditempat aku, bezanya cuma tahun ni lepas solat raya lembu tak sampai lagi, setiap tahun ada jer kes lembu mati terjerut talilah, larilah, dll lagi. So pada tahun ni lembu2 diturunkan satu persatu terus dari lori bila ia nak disembelih, banyak jugak yang liat2 takut lak tiang lampu tu tumbang jer... Alhamdulillah kerja2 menyembelih start dari kul 9 pagi dan selesai semuanya sebelum zohor, menu tahun ni daging msk kicap, sup tulang, selepas zohor aku munjung ke beberapa buah rumah, rumah aku dikunjungi oleh adik-beradik abah sebab nenek aku beraya kat rumah, selepas isyak baru selesai semuanya, walaupun penat tapi aku rasa tahun ni adalah yang paling meriah sekali, baik di surau dan di rumah.

Sensitif
Td pagi aku sms Mr J ajak dia gi tgk konsert diraja, tapi dia kata dia tak tgk konsert. Apa dia ingat aku kaki konsert ker, nilah 1st time aku nak gi, itupun ngan mak & adik aku, selama ni aku minat Af tak pernah sekali pun aku tgk konsert Af kat stadium.. Ah lantaklah apa dia nak fikir.. Buat apa fikirkan pasal org lain asal aku dah pelawa dah, entah kenapa aku rasa sensitif sikit bila dia balas sms aku... tak tahu... mengapa... Malam ni ada citer Kabhi Khusi... tak sabar nak tgk.. tapi aku pening bila dah tgk sebab aku akan menangis setiap kali tgk citer tu... sabar jelah..

No comments: