Friday, September 29, 2006

Teringat zaman dulu2

Malam tadi aku solat terawih sebelah cikgu yg mengajo aku masa kt sekolah rendah. Bila teringat balik, betapa nakalnya aku time tu... Aku pernah kena cubit, rotan dan seperti biasa kena denda berdiri di luar class atau kena berdiri atas kerusi. Bila fikir balik semua pengajaran yang aku terima dululah yang menjadikan aku sebagai manusia.. lagipun cikgu2 mudah ingat pada pelajar yang nakal macam aku. hehe
Dulu masa sekolah aku takut ngan cikgu tu, kalau terjumpa ke kalau boleh aku akan mengelak.. bila fikir2 balik rasa kelako jek...tapi perkara yg aku tak boleh lupakan bila aku kena cubit time cikgu mengajar, kalau tak silap aku darjah dua. Cikgu tu cubit kat bahagian perut lagi.. hehe lagi satu time darjah enam aku kena pukul kat telapak tangan coz fail 1 paper...entah kenapa aku memng kurang suka subjek tu.. bila jumpa cikgu2 tu sekarang aku akan ingat balik.. tapi aku tak tahu samada cikgu tu ingat pasal kejadian tu ke tidak.... mintak2 tak ingat lah yek

Semalam gi bazar ramadham kat pkns... bukan aku tak nak gi tapi bila aku gi mesti kenal org yang menjual.. takbeli rasa segan lak.. lagi satu sebelum gi aku kena budget siap2...kalau tidak..habis semuanya aku pulun.. teruk kan.. punya la puasa menahan lapar dan dahaga tapi bila nampak mcm2 juadah... hawa nafsu aku rasa semua aku nak rasa.. tu yang aku jarang gi bazar ramadhan... mesti kurang pahala aku kan... huhuhu Ya Allah terimalah ibadat ku... Amin

Hari ni aku pakai jubah.. biasalah jumaat aku sering pakai jubah... ada budak sebelah ofis selalu cakap dia suka tul ngan jubah2 aku.. hari ni lak aku gi ofis dia, dia minta supaya jubah aku ni diberikan kepada dia... apa hukum kalau aku tak bagi jubah tu pada dia... coz jubah tu dibelikan oleh abah... haritu aku dgr ustaz beri ceramah kalau kita penuhi hajat org time puasa ni pahala berlipat ganda... budak tu betul2 berhajat ke... aku lak yang rasa serba salah....

1 comment:

Nic said...

lapar arini sbb semlm tak makan nasi.Semlm tak gie tadarus sbb tak terbangun pagi. Terukkan, tapi aku keep my finger across, insyaAllah mesti buat.
Semlm ptg konon berbuka ngan h.. tapi aduiiii ntah berapa kali aku kena marah. bengang aku. Ada 1 perkara yg buat aku sedih. Aku taula aku bkn pilihan dia, alah.. dia keep on ckp camtu, tp dia gak yg cari aku sll. tp 1 thing yg aku sedih, aku nie kdg2 macam last choice jek. Mentang2lah dah tua pun, so ingat janji kawin jek ke. kes hantaran tuhle, nanti klu kita jumpa aku cite.