Saturday, July 07, 2007

Percutian Star Cruise Virgo

Syoknyer aku baru balik berjalan, sebenarnya CPD training tp habis course je terus dia org bawak naik cruise... Sebenarnya aku pun baru tahu 2 hari sebelum nak gi... teruk kan dengan tak prepare apapun nasib baik duit gaji dah masuk kalau tak org lain dok menyoping aku gigit jari.... tapi abah sporting siap dia bagi aku guna kad kredit dia jika aku tak cukup duit, tapi aku tak guna pun, lagipun belum terdesak lagi...

Hari pertama 28/6
Abah hantar gi Kl ngan mak & adik, kursus kat Crowm Plaza hotel, betul2 depan monorel... hehe ada hati nak gi berjaya times square mlm ni... abah hantar awal so aku ngan adik mkn tgh hari kat KFC. Check in kul satu. Lepas zuhur terus naik tingkat 30, tapi tak ramai lagi yang datang. Best training tu siap dibahagi2 pada kumpulan untuk buat aktiviti. Sebelum bersurai ada penyampaian sijil. aku baru dapat sorang kawan kak Noni, siap kak Noni bagitahu kalau aku takde roomate dia suruh aku tido ngan dia mlm ni.
Habis kat kul 6 >, ingat n ak gi jumpa shidah jap kat menara cosway tapi aku kejar masa sebab kul 7.30 dah start dinner, tapi aku naik pukul 8. Roomate aku tak sampai lagi.... Malam tu dinner tak rasmi, aku pun pakai t-shirt ngan jeans jek, hehe tapi ada la gak yang melaram pakai gaun malam, aku kan sempoi... Dinner stail hidang, ada 10 hidangan. Hidangan yang keempat aku dah tak boleh nak masuk nak tunggu hidangan yang ke-9 ada aiskrim... hehe borak2... ada gak ejen shah alam tapi dia mcm tak ngam jek, malam tu masing2 dah tukar Singapore dollar, aku tak tkr lagi, takper esok pagi mintak2 ada masa.. Balik ke bilik dalam kul 11 mlm, roomate aku dah sampai dari Kepong branch.

Hari kedua 29/6
Lepas sarapan terus kuar gi menara cosway ngan kak Ai, adik dia nurul ngan kak midah roomate aku untuk tukar duit, tapi moner changer tak bukak lagi, gi bank CIMB dan Maybank takde stock pulak... Ah... sudah bas bertolak gi kul 10... Balik semula ke hotel rupanya kat bangunan bersebelahan ada money changer, wat penat je berjalan... Kul 9.30 check out dan gi tunggu bas depan hotel. Bas A & C dah sampai tapi bas kitaorang bas B tak sampai lagi. Alih2 kat kul 12 baru bas B sampai. Alasannya pemandu bas tu pasport dah mati, kena cari pemandu ganti, sampai kat 2 jam... sabar jelah. Untuk memohon maaf syarikat bas belanja kami lunch sebabnya dah takde masa nak berhenti makan sebab nak masuk singapore sekali ngan bas A & C. Oklah makan set Zinger burger KFC. Sampai kat sempadan johor dalam kul 4 >. Masuk singapore dan check in cruise dalam kul 6 > dah dapat bilik msg2. Aku dapat sebilik ngan kakak shah alam branch tapi dia buat tukar suka sama suka sebab geng dia kat bilik lain, tak kisahlah... so aku sebilik ngan kak midah, lepas rehat2 terus gi makan kat Taj Restaurant. Kami berenam, aku, k midah, k aishah, nurl, k noni dan k kiah. Lepas makan jalan2, ada street line show kul 9.30 malam. Best show tu merangkumi silap mata oleh Mike Michael, persembahan akrobatik dan tarian. Habis kat kul 11 malam, balik hotel mandi2. Kuar balik dalam kul 11.30 malam sebab nak amik gambar kat atas kapal... Best dapat geng yang sama2 minat amik gambar. Alih2 kami sambung makan kat Mediteranean lak, minum air panas dan makan roti. Muffin dia banyak tapi aku dah tak larat... Masuk tido dalam kul 12.30.

Hari Ketiga 30/6
Kononnya masing2 dah janji nak bangun awal nak tgk sunrise tapi takde saper pun yang call bilik aku, alih2 lepas kul 10 baru turun sarapan, itupun sarapan punya tempat dah nak tutup kul 10.30. Habis b'fast gi jalan2 tgk gambar2 yang pihak cruise amik kat pintu masuk. Aku beli 2 gambar je. Untuk gambar je berabis 22 sing dollar, lebih kurang kat RM50 la gak... Banyak lagi gambar aku, masa time makan kat taj tu tapi takperlah aku pun ada bawak kamera sendiri. Lepas tengok gambar gi bahagian atas dek lak nak amik gambar, dah penat bergambar gi lunch lak, kat cruise ni yang paling best sebab asyik makan jek, lepas makan masuk bilik jap untuk tido. Kul 3 kuar balik, konon nak tengok movie kul 3 tapi tempat penuh.. oh yer geng kami dah bertambah seorang ahli - Azu. Tadi masa lunch nampak dia sorang2 mkn ngan pak aji ajak di join sekali. Jalan2 dan bergambar2 lagi. Rasanya semua tempat dah jelajah. Petang tu ada barbeque kat dek 12, apalagi makan lagi... tapi masa makan nak berkejar untuk amik gambar sunset lak, terpaksalah cepat2 menghabiskan hidangan. Memng cantik tgk sunset dari atas kapal, lepas habis bergambar sambung makan kat Taj. Malam tu ada yang nak tgk show ada yang malas, aku rasa mengantuk sangat, apalagi layan mata, ajak Azu tido sebilik ngan kitaorang sebab kat bilik tu ada katil extra.

Hari Keempat 1/7
Kul 8 pagi dah naik atas b'fast. Kul 9 dah kena chck out bilik, bawak beg ke deck 7 tempat berkumpul. Nasib baik dah clearkan bill mlm tadi so nanti terus kuar jek. Lagi 1 jam nak kuar, k midah baru perasan tiket dia takde, apalagi kami semua kelam kabut, aku patah balik bilik nak cari. nasib baik boleh buat kad ganti, bila aku check beg dia rupanya ada kat dalam gambar yang dibeli tapi dah buat kad baru pun tak kisahlah.. Sempat berborak ngan auntie singapore, dia selalu naik cruise sebab nak gi kasino, kat luar lebih mahal katanya...lah.
Kul 11 dilepaskan kitaorang. Naik bas untuk ke Orchard Road, diarong bagi masa 3 jam untuk jalan2. aku bawak kakak2 tu gi tempat yang aku gi masa ngan ema tahun lepas, memng shoping abis kakak tu, berabis kat 50 sing dollar la gak... Abis 3 jam bas datang, kitaorang hanya sempat mkn tengah hari fishball sebab nak masuk kedai makan Islam kat situ terlampau ramai org. Kuar dari sempadan lebih kurang kul 5. Berhenti kat Pagoh dalam kul 7. Sampai KL Sentral kul 10 >. Nasib baik abah amik. Selamat sampai ke rumah dalam kul 11.30 malam... Alhamdulillah...

Kesimpulannya memang best naik cruise ni, enjoy habis sebab 6 X sehari makan, ada show percuma boleh tgk wayang lagi, kalau bawak anak ada Kids centre, maksudnya kalau ibu bapa nak tgk show tak nak bawak anak boleh tinggalkan anak diorang kat situ... saper yang suka swim boleh swim tapi kena pakai swim suit la, saper yang suka gi gym boleh cuba pelbagai alat kat situ cuma make sure bw kasut sukan, aku nak masuk tapi geng lain tak bw, ada kick boxing lagi & semuanya free. Apa lagi yek boleh tangkap gambar banyak2.. heheh
Aku tak tahu laluan sebenar dari mana ke mana cuma aku tahu aku berada di perairan Indonesia bila MAXIS line bertukar kepada NAVITAS 1, dan berada di Singapore balik bila line tu bertukar SingTel...

p/s : Selamat Pengantin Baru wat Tulip. Semoga berbahagia selalu... :).. Nanti jgn lupa hantar email kat akak yer sebab akak tak tgk ko bersanding...

No comments: