Monday, December 01, 2008

Lagi 12 hari...

Tak sabar rasanya... 12 hari lagi akan ke Penang... Malam tadi tido sampai termimpi2 jalan2 kat sana. Teruk kan aku ni.... hehehe

Berkobar2 nak gi kerja pagi tadi, ingat aku dah terlambat lah, rupanya masing2 bagi sms masuk lambat. Sabar jerlah...

Hari ni client pagi2 dah bising coz harga insurans kan dah naik. Masalahnya bukan kita sajer2 yang naikkan harga. Benda ni semua dalam sistem... aku nak wat camner, tadah jerlah...

Lagi satu pasal "gift', bila kita beli insurans kenderaan, syarikat2berlumba antara satu sama lain mengeluarkan hadiah yang dapat menarik perhatian pembeli, masalahnya sekarang, bank negara keluarkan arahan "no more gift", yang kena kitaorg la jugak. Kadang2 aku tak tahan aku sound gak ' kalau cik tak percaya, cik boleh pergi syarikat situ sini', yerlah geram la bila client cakap kami simpan gift customer, nak wat per? takde faedah pun..... Ni macam hari lepas geram jer nampaknya... sabor jerla...

No comments: