Wednesday, May 13, 2009

Solat Jama' & Qasar

Masa class ahad lepas salah seorg pelajar bertanyakan soalan berkenaan solat jama' ni pada ustaz. Pada dasarnya aku tahu berhubung solat ni tapi setelah penerangan panjang lebar yang diberikan oleh ustaz rupanya memng banyak lagi yang aku tak tahu... Pelajar itu bertanya sebab dia rasa macam payah sangat nak wat solat jama' qasar ni jadi bertanya ustaz samada boleh mengqada' solat yang dia tinggalkan akibat perjalanan yang jauh...

Solat Qasar. Maksud qasar ialah pendek atau ringkas. Maksudnya daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat Maghrib tidak boleh diqasar.

Solat Jama' beerti solat yang dihimpunkan atau digabungkan. Ada 4 solat yang boleh dijama'kan iaitu solat zuhur dengan solat asar dan solat maghrib dengan solat isya'...

Ertinya dalam perjalanan kita diberi kemudahan untuk menunaikan solat secara qasar dan jamak sekaligus. Kita bukan sahaja boleh pendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat malah kita boleh menyatukan 2 solat untuk ditunaikan sekaligus

Contohnya solat zuhur dan asar boleh dipendekkan masing2 menjadi 2 rakaat dan boleh pula didirikan sekaligus kedua2nya sekali. Dibuat dalam satu waktu. Lepas solat zuhur terus solat Asar - tak payah tunggu masuk watu asar. Ataupun kalau kita dlm keadaan yang agak sibuk dalam waktu zuhur kita tunaikan kedua2nya dalam waktu asar.

Selama ni kita belajar niat terlalu panjang..

cth : Sahaja aku solat fardu isya dua rakaat qasar, dijama'kkan kepada maghrib, jamak takdim kerana Allah Taala

Contoh niat di atas tu memng panjang. Tetapi kalau tidak sebut perkataan dijamakkan kepada maghrib pun boleh juga

Ustaz bagitahu cth la kalau kita dari johor ke kelantan. Sampai kat perhentian belum masuk waktu zohor. Jadi untuk sampai ke perhentian seterusnya tentu dah nak masuk asar. Jadi apabila masuk waktu zohor kita hendaklah niat atau ingat dalam hati yang kita akan tunaikan solat zohor ini bersama solat asar. Niat ini wajib. Kalau kita tidak niat, yakni kita terlupa kita tidak boleh wat Jama' Takhir bersama solat asar asar. sebaliknya kita kena qadha solat zuhur tersebut.
Bila berhenti di perhentian pada waktu asar tersebut kita boleh melakukan solat qasar tak kisah solat zohor dahulu atau asar. Boleh mana2 pun dahulu. Niat pun amat mudah ustaz . Contoh niat : sahaja aku solat zohor 2 rakaat kerana Allah Taala. Tak sebut qasar pun takper sebab 2 rakaat tu dah menggambarkan qasar. Tapi kalau sebut lagi baik la. (Jama' ta'khir)

Jama' Takdim pulak. Contoh kita berhenti pada waktu magrib dan kita nak wat solat isyak sekali. Contoh niat : sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat kerana Allah Taala. Kita boleh niat untuk jama'kan solat fardu isyak sebelum habis kita memberi salam. Contohnya duduk tahiyat akhir baru kita teringat untuk jama'kan sekali ngan isya' maka cuma niat dalam hati. Selepas memberi salam kita boleh terus sambung buat solat isya'. Maksudnya niat untuk jama' tadi tak semestinya diucapkan ketika takbiratul ihram.

Sebenarnya penerangan yang aku bagi ni taklah selengkap yang diberitahu ustaz sebab aku tak berapa pandai hendak menyusun ayat. Jika ada apa2 pertanyaan boleh la bagi komen...

2 comments:

fzi said...

Salam. Terimakasih. Huraian yang diberi amat jelas. Akak jadi makin faham pasal solat jamak dan Qasar ni. TQVM...

sha said...

Salam... sama2... ilmu yang sedikit jika dikongsi akan bertambah2.. InsyaAllah