Thursday, May 31, 2007

Ayat-ayat cinta oleh Habiburrahman El Shirazy

Malam tadi aku baru selesai baca buku ni. Aku start baca sebulan yang lalu. Aku sebenarnya jenis yang tak sabar bila baca buku, nak habiskan dalam masa satu hari gak sebab jenis tak sabar... cuma bila baca buku ni aku memng tak boleh nak habiskan dalam satu hari sebab buku ni membuatkan aku berfikir sambil membaca kembali apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Banyak surah2 dalam al quran yang diambil sebagai rujukan. Untuk sinopsis aku malas nak menulis so saper2 yang nak baca boleh klik ke Goresan Pena Yunita
Aku sebagai seorang muslimah rasa malu sebab aku bukan seorang muslimah yang sempurna, terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu aku perbaiki. Aku pernah bercita-cita untuk belajar di Mesir tapi yerla seperti yang aku katakan terlalu banyak kelemahan dalam diri, nak masuk sekolah agama pun tak lepas, aku menangis sebab tak dapat masuk SAMTAR masa tingkatan 1 dulu... Aku akan menanam cita2 baru dan membuat peta hidup untuk tahun2 yang akan datang. Untuk permulaan aku akan masuk kelas balik mungkin untuk memperbaiki bacaan Al-Quran atau untuk hafazan. Aku tahu bukan mudah... tapi aku rasa lum terlambat... Doakan aku berjaya.. InsyaAllah....

Penulis yang sama juga ada membuat buku baru bertajuk Ketika Cinta Bertasbih... tapi tak tahu dah ada di pasaran Malaysia ke belum... Boleh gak klik kat As-Sarawaki untuk buku2 yang lain

Birthday Amalia dan adik dan SUMOLAH

18 hb birthday amalia, celebrate kat Taman Rakyat Taman Seri Andalas... makan chiken chop... aku tak tahu nak bagi apa nasib baik masa turun penang aku beli tshirt kat bukit bendera, aku balut semua2 t shirt so semua dapat hadiah.. bukan kedekut tapi tak dan nak cari gift... hehe

Keesokan harinya 19hb renovate ofis, tukar carpet, so kena angkut meja keluar, penatnya aku rasa sampai sekarang, lepas maghrib baru balik, tu pun sebanranya tak habis kemas lagi tapi dah tak larat rasanya..

20 hb birthday my beloved sister, yang ke 20... tak sangka cepat sungguh masa berlalu, kitaorang celebrate sekali masa birthday amalia haritu. aku buatkan kek coklat untuk dia. Selain tu, aku bagi buku bertajuk menjadi wanita yang paling bahagia.



Aku baru teringat nak cerita pasal Sumolah. Bagi aku sumolah cerita terbaik yang pernah dihasilkan oleh Afdlin. Aku memang dah lama minat citer2 dia... Kesempatan bertemu empat mata dia di Jaya Jusco Bdr Baru Klang 11 hb memang best, nasib baik aku ada adik yang sporting, dapatlah bergambar ngan Afdlin & Mr Honda dalam citer tu. Tapi aku rasa terkilan gak sebab kutipan untuk cerita ni tak memberangsangkan.. Mungkin sebab sekali ngan Spiderman 3 kot. Rakyat Malaysia yang kurang menyokong cerita tempatan... masa aku beli tiket untuk citer Sumolah orang depan aku nak book tiket untuk Spiderman pada hari sabtu, tapi semua dah sold out, alangkah bagusnya kalau untuk citer Sumo pun begitu gak... Takpelah untuk afdlin jagan cepat mengalah, teruskan menghasilkan citer yang best2... Tapi ada kenangan yang tak dapat dilupakan, masa masuk panggung dah la tempat aku diduduki oleh sepasang couple tapi rupa2nya tiket couple tu untuk keesokan hari... sorry yer... habis citer lak aku terpelecok kat tangga kuar, nasib baik sempat bergayut kat tangga kalau tak macam nangka busuk la aku jatuh gedebuk... kena beli sandal baru nampaknya... hehe salahkan kasut lak... takdelah...

Gi Penang 14-17 mei


Selamat Tinggal Penang



Buah pala

Bz sungguh lepas balik dari Penang, tak menyempat jek nak update blog. Pengalaman yang tak akan ku lupakan sampai bila2... hehe dah lama sebenarnya nak tak naik feri, gi penang baru berpeluang naik feri, 2 hari berturut dari seberang jaya aku naik bas ke jety untuk naik feri ke pulau... terimbau kenangan lama masa study dulu.. Cuma terkilan sedikit tak dapat mendaki bukit jambul disebabkan cuaca yang tak berapa baik.
Hari yang pertama aku jumpa yam kat Gelugor dan suruh dia pinjamkan motor untuk aku bawak jalan2, aku bukan tak boleh nak naik motor kalau kat selangor cuma family aku kurang bagi. Tapi kat Penang pengangkutan utama selain bas dan feri aku bawak motor dan membonceng motor.hehe... sampai pancit motor gee masa tido kat seberang jaya jap.. Sebenarnya banyak tempat lagi yang aku tak gi, dan ini kali pertama aku gi penang tak lalu jambatan pulau pinang... Tq bebanyak Nic sebab offer aku utk ikut... Tapi lain kali gi aku nak shopping. Kali ni gi tak dan nak jalan2 kat komtar, aku bukan apa aku pernah hilang motor masa gi shoping kat KBJ,kang tak pasal2, dah la pinjam motor, karang hilang sape yg nak tanggung hehehe
Hari akhir ikut Nic gi Kuala Muda sambil baca novel Senafas Rindu... balik sepanjang jalan hujan gerimis... Alhamdulillah selamat sampai hehehe

Saturday, May 05, 2007

Book Fair 2007

Tahun ni aku gi 2 kali, macam tahun2 lepas, hari pertama untuk survey2 dan hari kedua untuk membeli. 1 mei aku gi ngan seorang kawan tapi tak best la pulak gi ngan dia sebab dia terus cari benda yg dia nak beli, kalau aku lak aku akan round dari satu kedai ke satu kedai, tapi dah ikut org terpaksalah... Tahun ni karangkraf kat bawah. Ada sesi photo untuk cover majalah lagi.. Cuma RM25.. Aku beli buku Ramlee Awng Murshid mcm biasa. Ada promosi 3 buku RAM RM45.. Yang paling best dapat jumpa junior aku masa nak kuar dari PWTC.

Esoknya 2 Mei aku gi lagi ngan adik aku lak...Bagi aku tak rugi sebab ada benda yang nak dicari cuma aku rasa sedih sikit sebab ada seorang kawan aku yang cakap membazir bila tgk banyak novel2 aku kat rumah yang melambak2 tu. Aku ckp ngan kawan aku, bila aku ada rumah sendiri aku akan wat sebuah bilik khas untuk buku2 sahaja kira mcm librarylah... Argh tak kisahlah bukannya duit dia yang aku belanjakan..

Aku naik komuter park kereta kat Klang. Sampai dalam kul 2. Sampai2 terus cari kwn aku. Ni salah seorang kawan yang aku respect, sanggup turun dari Penang semata2 nak gi pesta buku.. Chat2 jap, aku baru dtg diaorang dah nak balik hehe. Mula2 jalan kat atas, aku beli 2 buku kat creatif. Sempat amik gambar ngan Ahadiat Akashah lagi. Masa jalan2kat gerai Utusan ternampak mcm semalam yang cover utk majalah cuma rm20, aku pun apalagi ajk adik aku, siap kena make up lagi.. hehe tapi cuma pakai eye shadow, lipstik & bedak je, kitaorg amik gambar utk majalah Hai, kelako pun ada gak sebabnya org tu tanya adik aku.. kawan ke?.. muka aku tak mcm adik aku ke..

Last sekali baru gi karangkraf. Aku beli lagi 3 novel. Hehe sempat bergambar ngan Anis Ayuni & Damiya Hana.. Kuar dari PWTC dalam kul 6. Dah penat jalan baru terasa lapar, makan jap kat Kenny Rogers, naik komuter balik dalam kul 7, sampai kat klang dalam kul 8. wah puas sungguh berjalan arini kira balas dendam semalam tak dapat jalan, balik tu sempat singgah tesco lagi beli barang dapur... hehe balik rumah tunjuk mak gambar yang kitaorg amik cover majalah HAI tu, abah siap suruh kitaorg bingkaikan lagi, hehe best, best best....

Exam 28hb apr

Aku kuar ofis kul 12.15 sampai kat sek bukit tinggi lebih krg 12.45. Mak bapak yang hantar anak2 semua parking depan sek menyebabkan jalan jadi jem, aku wat u turn dan parking dalam Tesco.
Sampai2 tgk semua org dah start... Argh... mana aku nak tukar bj ni... cari toilet tak jumpa nasib baik ada bilik persalinan. Lepas tkr uniform aku berlari ke arah sifu aku Mr Ed. Sorry sy lambat... Takper... lum start lagi...
Semua bdk tgk je ke arah aku mesti diaorg pelik, mana taknya aku sorang2 je orang dewasa yang gi exam semua budak2 sekolah rendah, dan ada sebilangan bdk sek men. Aku wat muka selamba duduk je kat belakang tu... Memang ramai yang amik. Aku termasuk kump yg last sekali bg tali pinggang putih. kat kul 2 kot baru kump aku punya giliran... Kelako pun ada gak, aku bawak kamera tapi siapa yang nak amik gambar hehe aku nak amik gambar bdk2 sebelum aku tapi beg aku betul2 sebelah org yang tgh exam tu... sabar jerlah...


- Selamat pengantin baru wat Yaya anak pakcik aku & happy birthday wat hanisha... (ani siap bg sms sebab aku terlupa wish utk tahun ni, aku terlampau bz 28hb tu sampai terlupa, balik exam sibuk ngan sinoman hehe)

Friday, April 27, 2007

Al Fatihah

24hb malam aku terima khabar kurang baik dari Ila mengatakan mak sahabat kami Che'ah iaitu makcik Jamiah Ismail telah kembali ke rahmatullah. Malam tu aku tertido lepas magrib jadinya tgh malam aku baru dapat tahu. Semalam aku berkesempatan ziarah jap. Kasihan Che', semoga che' tabah dan aku berdoa semoga makcik ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin

Wednesday, April 25, 2007

April yang sibuk

Hampir sebulan aku tak update blog.. Bz yang melampau dicampur ngan org2 yang suka mengambil tahu apa yang aku sedang taip menyebabkan dari ke sehari aku tak leh nak update... Hari ni bos kursus jadi kesempatan tiada org di ofis membuatkan aku sedikit tenang untuk menaip...

Awal bulan april 7 & 8hb jadual aku bertindih amat padat antara kursus2 & hari kenduri Ell. Aku tak gi kursus kat Equatorial Cameron & kursus kat Hotel Impian Morib. Nasib baik ada org ganti. Masa time lepas nikah Ell aku offer nak amik gambar dia, tapi nasib tak menyebelahi aku gambar satu roll tak jadi, kata tkg cuci mungkin kodak lama. Nasib baik ada back up so keesokan harinya aku suruh dia bergambar semula... I'm really sorry ell.. Aku berdoa semoga kalian berdua bahagia selamanya.. best sebab dapat jupa member2 lama. Kak Rozie, Asmah, Saba & Ustaz..

Minggu kedua bulan April lak aku disibukkan ngan Majlis Makan Malam Bekas Pelajar Sek Men Telok Panglima Garang. Aku sanggup ponteng class taekwando coz nak tunjuk muka masa meeting, yerlah nanti org cakap ajk time meeting tak pernah nak nampak muka.. aku pun gilah ngan Ema, balik dah kat kul 11 >. Biasalah tu kalau meeting tak balik lambat bukan meeting namanya. Tapi terkejut gak ramai gak ajk untuk malam 14 hb tu. Oleh kerana ada sedikit salah faham antara aku ngan guru, aku jadi kelam kabut pada hari khamis & jumaat sebelum berlangsungnya majlis. Pagi sabtu tu pulak aku hantar mak gi majlis Maulud kat bt 7. lepas zohor baru aku tunjuk muka kat dewan. Tgh sibuk2 menampal nombor meja Kusmin datang tolong...Tugas aku sebenarnya kat bhgn pentas tapi entah mcm mana aku termasuk la plk kat bhgn nombor2 ni... tak kisahlah Labu... sambil melipat2 kertas dan sambil2 melihat raptai persembahan bdk2 yg akan buat persembahan malam ni aku tgk cuaca mcm dah mendung sangat. Takut pun ada gak yerla kalau hujan takut majlis jadi kecoh plk. Alhamdulillah malam tu majlis berjalan ngan lancar sekali cuma ada beberapa org yang tersalah meja.. tapi semuanya dapat diselesaikan. Alhamdulillah yang tak terhingga gak sebab sebanyak 110 buah meja yang terjual tak termasuk meja VIP.. Tapi yang terkilan sikit sebab aku tak berkesempatan ngan Waheeda walaupun sebenarnya aku boleh je msk laluan belakang pentas tu.. huhuhu... Takpelah yang penting semuanya dah selamat. Walaupun tak dapat hadiah jabutan bertuah aku berpeluang beramah mesra ngan cikgu2 lama... alhamdulillah, alhamdulillah....

Pagi 15hb lak aku ada kejohanan bowling anjuran Puteri Umno Dun Cjangkang. Aku terpaksa mengimport Linda & membernya untuk bermain bagi team aku sebab kekurangan org. Bertempat di Fajar Banting, memang fun betullah. Kali terakhir aku main dulu 2 tahun yg lepas kot, itupun bks peljar yg anjurkan... hehe kira2 ni mengasah bakat balik la.. Selesai semuanya dalam kul 12 tgh hari. Balik2 lepas zuhur aku terus lelap sampai petang sebab dah tak larat rasanya....


Minggu ketiga 21 April lepas balik kerja aku dan budak2 ofis ada kejohanan bowling anjuran Kurnia Klang di Sunway Pyramid. Kitaorg sampai lambat. Start kul 2 tapi kitaorg sampai kul 3 sebab ada beberapa hal. Disebabkan 2 org budak ofis tak nak main, kitaorg terpaksa mengimport Farhan (anak ofice mate) & kawannya utk bermain bagi pihak secara bergilir2. Baliknya aku dan kak Zana gi jalan2 dan makan kat A & W. Kuar dari Sunway lebih kurang kul 5>.


Malam tadi masa class aku sorang je org dewasa yang ada. Minggu lepas Mr Ed takde, minggu ni aku tgk dia tukar cermin mata baru, nampak terlindung sikit bila dia pakai. tapi time mengajar dia bukak. Malam tadi belajar lagi benda baru.. sambil pancit2 aku, tgh2 wat latihan aku boleh cakap chop...chop kat dia sebab aku nak berhenti minum.. lepas habis latihan dia suruh kitaorg semua duduk... argh lega... rupanya dia suruh luruskan kaki dan sentuh ibu jari kaki... aku makin tak larat kalau dia suruh sambung balik mungkin aku boleh pitam malam tadi... Aku rasa kena makan suplement la sebab bila class jek aku rasa makin tak bertenaga, peluh tak usah cakap la, rasanya macam boleh diperah baju aku... Sabtu ni aku ada exam.. Siap dia ingatkan aku suruh datang kul 12.30 tgh hari... Aku keja, gamaknya kena balik cepat... tak tahu lah kena tunggu sabtu ni... entah2 aku sorang2 je org dewasa...hehehe tak kisahlah

Wednesday, March 21, 2007

Jumaat 2 minggu lepas gi Mid Valley time balik keja ngan Nic... Tq so much kerana menemankan aku yg beriya2 nak tgk pameran gajet... tapi tak beli apapun... Yang bestnya aku beli tape dvd murah jek kat situ rm 15 jek... dan... yang plg tak boleh nak dilupakan aku tersenyum lebar kat Dr Fazley... Mula2 Nic yg terperasankan Dr tu kat kedai komputer, aku pun menoleh la, entah mcmana aku senyum, dr balas senyuman aku, aku apalagi makin lebar la tersenyum entah2 mcm kerang busuk... tapi aku cpt tersedar... Ya Allah malunya... hehe nasib baik kami dipisahkan oleh cermin kalau tidak mungkin tangan aku dah naik untuk melambai... fanatik ke???? hahaha...

Sabtu 10/3 aku cuti sebab nak masuk sukaneka kat depan rumah, tahun lepas aku miss menganyam ketupat, tahun ni aku cuba2 nasib dapatlah tempat ketiga... tapi tu kita tak aci sebab penyertaan untuk beliawanis tapi yang masuk makcik2, mana aku boleh lwn ngan diaorang. Aku juga masuk pertandingan pau, nak amik gambo kat tempat pau alih2 lepas dapat keputusan semua org serbu makan, abis lah terus... Tapi kali ni pau aku tak naik, tak mcm yang aku buat 2 minggu lepas, tak tahu la apa yang silap, mungkin sebabnya aku mcm malas jek nak buat kot pagi tu, aku suruh mak aku kejut kul 6 alih2 kul 5.30 pagi dia dah suruh aku bangun... dengan muka mamai aku terus amik tepung dan uli, tu yang mungkin tak berapa cun... tapi apapun aku cuma boleh berpuas hati ngan dapat saguhati jek... Tapi lepas aku bertanyakan ngan makcik aku yg merupakan tukang masak rupanya ragi yang aku guna dah masuk angin, sabar jerla.. yerla sebab ragi tu aku dah guna 2 minggu sebelumnya sebab nak buat test dulu jadi ke tidak, masa menguji mmg la naik gebu tu yang aku berani masuk untuk pertandingan tu.....
Untuk sukaneka budak2... aku bawak A & B tapi kedua2nya tak menang sebab bila suruh masukkan air dalam botol, air yang diperah meleleh keluar... Malam tu lak ada malam muhibbah, yang paling aku suka bab makanan, ada mee kari, soto, rojak & kuih-muih... nasib baik aku dah baik tekak apalagi aku melantak la semua... Tahun ni aku tak bernasib baik untuk mendapat cabutan bertuah, mak aku memang tiap2 tahun bertuah so tahun ni dia dapat.... lepas tu mak aku dapat lak dapat tempat kedua masa lawan boling padang (baling buah kelapa ke gelung rotan)...

Minggu lepas 1st time Mr Ed panggil nama aku masa latihan, selalu dia tak panggil dia terus je betulkan tapi sebab malam tadi kami berlatih melihat cermin, aku rasa mcm dah betul tapi sebab tgk mcm terbalik rupanya... malam tadi aku plg banyak kali kena tegur sikit2 Berry sikit Berry dia panggil nama aku, malu gak ngan budak2 tu... aku rasa aku dah buat btl2 tapi ada je salah aku, bukan nak tarik perhatian yer tapi entah kenapa malam tadi semuanya mcm tak kena... tapi yang bestnya sebelum balik Mr Ed hantar sampai depan pintu, bukan aku jer semua student dia hantar sampai depan pintu... hehe terperasan la tu... nanti la time exam aku akan amik gambar Mr Ed tu boleh la korang tengok betapa hencemnya dia... di mata aku lah... hahahhaahahahah

Malam tadi lepas habis class Mr Ed bagitahu lagi kesilapan aku, dia suruh aku wat betul2 time exam karang, tapi aku ni berat mulut time ditegur bukan tahu nak balas balik, angguk jer dan terus ucap tq jek, tak tahu nak menonjolkan diri langsung... pemalu la katakan... Pirrahhhhhh..

Wednesday, March 07, 2007

Apa2 jeklah

Aku dah dapat balik suara aku, walaupun belum sepenuhnya sembh tapi sekurang2nya org lain paham la bila aku bercakap cuma batuk aku masih belum surut... nasib baik time keja dia ok tapi bila senja menjelma jek sampai ke pagi batuk aku tak henti2... aku dah la penakut makan ubat.. semalam tgk eleena demam, bunyi dia batuk, rasa sedih sangat, yelah aku yang dah besar ni bila batuk rasa sakit dada, ini kan pula budak yg tak sampai setahun tu batuk... sekarang memang tgh musim agaknya, selain demam dan batuk penyakit tangan kuku & mulut gak, sebab ahli family kak ina, k zana dan yg terbaru semalam anak k farid... takut gak aku... semoga tak merbahaya...

Exam aku ditunda ke 7 hb april tapi aku baru teringat Elly kahwin time tu... mana boleh aku tak gi... Aku mintak Mr Ed tunda, dia ingat aku yg kahwin... Hehehe kalau I yg kahwin I jemput U... balas aku... Malam tadi ada budak karate baru masuk, bila tgk baju dia pakai lain sikit, dia dah stop dari tempat lama baru 2 bulan... tapi rasa mcm tak best sgt la pulak bila dah ramai sgt org dewasa coz Mr Ed tak leh nak menumpukan perhatian lebih kat aku... hehe jeolous ke???? kwang kwang... heheh
Masa time class mlm td phone aku berbunyi lama... Ah sudah... saper lak yang call aku ni... rupa2nya budak persatuan suruh aku dtg meeting.. aku bg excuse aku ada hal... aku dah semakin sibuk...Persatuan nak buat majlis makan malam 14 april, puteri lak nak wat aktiviti sukan bulan 3 & 4 ni... tapi aku merancang nak join kelas yoga lak... hahaha bila tgk gerakan yang lemah lembut tu rasa nak join lak...

Ean bertunang ari minggu lepas, cantik.. make up sendiri lagi, kat bilik semua geng2 sekolah dia, aku rasa mcm kurang masuk jer so aku lepak ngan makcik2 kat dapur sambil wat berkat... Dia dapat org Perepat... tapi mmg family dia sporting tul... Mula2 atuk dia mintak tempoh seminggu, lepas tu 3 bulan, alih2 wat keputusan bulan 8 ni akan langsung.. hehe tak lama lagi akan bergelar isteri org..... Aku doakan dia akan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Pada mulanya aku tak nak gi sebab batuk aku lum reda... hehe tapi bila teringat yg ean selalu temankan aku bila aku ada program tak sampai hati lak..
Lepas asar gi rumah Cik Mon tapi pintu rmh berkunci, tel tak berangkat... alih2 aku dan mak balik, lepas maghrib Cik Mon tel rupanya dia tido lepas makan ubat.. Alahai... rasa terkilan la pulak, tapi mmg time aku sampai pagar dia bermangga... tak ada jodoh nak berjumpa agaknya.

Friday, March 02, 2007

Suara Serak

Dah lama rasanya tak menaip... bz ngan apa2 ntah... Dah 3 hari suara aku serak.. bila aku bersuara bunyi mcm apa jek...tak tahu nak digambarkan... Jadi dah 3 hari juga aku menjadi budak yang pendiam sikit... Tapi yang tak bestnya bila time customer datang, ada yang suruh aku balik... masalahnya aku tak sakit cuma suara je yang rock... hehe.. bersyukur sungguh kita semua dianugerahkan dengan suara .. bila dah takde suara baru rasa selama ni kalau takde suara mcm mana aku nak cakap, masa hari pertama lagi best aku pakai bahasa isyarat... Mcm2 petua yang org bagi, minum air asam jawalah, makan madulah semua aku dah try... hari ni marketing C bagi tahu lak kena cari air kelapa muda... petg nanti aku akan minum...

Selasa lepas masa dah nak abis class Mr ed suruh aku tunggu utk amik borang utk exam... Hehe aku dah boleh exam, maksudnya aku dah boleh tkr belt... best... best...

Friday, February 16, 2007

Bengang sangat...

Tadi masa rehat sedang aku enak2 tido di sofa depan tiba2 terdengar goncangan kat pintu ofis.. Aku yg masih terpisat2 mencari kunci dan membuka pintu.. Boleh wat insurans tak? Aku dgn nada malas menjawab Masuklah... Aku bukan apa time ari jumaat jer ofis aku tutup dari kul 1 - 2 untuk beri peluang kepada lelaki2 Islam menunaikan solat Jumaat.. Sabar jelah.. Baik je mamat tu duduk azan dari radio pun berkumandang... Aku cepat2 uruskan supaya dia cepat keluar dari ofis... Tapi belum pun mamat ni siap urusan dia ada lagi org menguak pintu ofis.. Boleh saya buat insurans ker? Org2 ni tak nampak ker ofis aku gelap, aku pun memng malas nak bukak lampu sebab belum kul 2, aku lebih rela wat kerja dalam keadaan gelap kepada org2 yg tak paham bahasa ni..Org yg kedua ni aku boleh maafkan sebab dia cina.. Kalau aku tahu tadi aku ikut ngan budak2 ofis jalan2... tapi masalahnya kepala aku tadi rasa berat sgt... diganggu pulak tido aku... makin bengang dibuatnya... Kepala aku makin berdenyut2.... Sabar jelah... semoga cepat masa berjalan ke pukul 5.30...

Wednesday, February 14, 2007

Entah apa2 ntah

Malam tadi aku baru berjumpa Mr Siva, salah seorang lagi tenaga pengajar.. Masa wat stretching tu dia nampak mcm susah sgt yg melibatkan kaki kiri... dia cakap lutut dia pernah koyak dulu... Ngeriiii aku dengar... Cara pengajaran dia slow sikit tapi lebih difahami mcm org yg lambat tangkap mcm aku ni... Tapi dia ajar kitaorg tak lama sebab lepas tu Mr Ed lak amik alih... Malam tadi teruk aku kena buli ngan Mr Ed... hehe aku kena jadi model kat depan.. selalu yg kena jadi model si Raj tapi mlm td dia tak dtg so aku la kena...budak2 punyalah gelak terutama si danish... kelako pun ia gak... Tapi mlm td mmgbest sikit sebab banyak aku pelajari... partner aku kak amy pun suka banyak tanya soalan berbanding ngan aku asyik diam, mengangguk jer bila cikgu ckp, bila disuruh wat asyik wrong, wrong, wrong jer... hehehe kelako betul... tapi tulah dunia aku sekarang memang best sangat... setiap minggu ada jer peserta baru masuk.. terutama budak2... hahahaha

Malam tadi balik kelas budak2 tanya aku bila aku nak kahwin... hehehe... aku suruh budak2 tu berdoa macam Nabila dalam cerita Mutiara Hati, doa semoga aku cepat bertemu jodoh... Jodoh tu apa mak lang? Tanya si Balqis... Sabar jer aku... hehehe

Saturday, February 03, 2007

Class Mr Edward

Selasa lepas ada kakak tu bersama 2 anaknya join class... Kak Emy namanya, guru kat port klang... aku ceria jek malam tu, Mr Edward pun tegur aku... Suka lah.. ada kawan baru masuk... sebab sebelum ni aku join class ngan budak2 jer.. tapi aku tak kisah ngan budak2 lagi best... tgk gelagat diaorang... lagipun Mr Ed akan bg perhatian yg lebih kat aku... hehehe..

Selasa lepas gak dia perasan tgn aku yang luka... sebab masa mula2 masuk pun dia dah cakap tgn akan melicit ... so kira tanda aku wat ngan bagus lah tu... kwang2... Memang enjoy tul lah kelas dia, so kalau saper2 nak release tension boleh join ngan aku sebab time tu lah aku nak melepaskan semua yang terbuku di hati ngan jerit sepuas2nya.. Kiapp..............


##################################

Pesanan seorang jiran

Sebulan yang lepas kakak selang 3 buah rumah dah berpindah rumah balik ke kgnya kat labohan dagang. Kakak tu aku kenal dari zaman anak dara, sampai dah kahwin dan sampai ada anak 2, dia mmg nak duduk kat situ tapi tuan rumah tak nak jual rumah tu..
Sehari sebelum pindah dia berikan aku cadar, mak ngan abah dihadiahkan kain batik, aku tak tahu nak hadiahkan apa sebab aku tak sangka dia akan berpindah keesokan harinya.. sebelum dia masuk kereta nak berpindah dia sempat bersalaman ngan jiran2 yang datang termasuk aku... Sambil dia peluk aku dia berbisik... semoga B cepat ditemukan jodoh ngan org yang baik... InsyaAllah.. dia pun paham perasaan aku sebab dulu pun kakak ni lambat bertemu jodoh... Sebelum ni pun selalu dia cakap supaya aku cpt bertemu jodoh tapi entah kenapa aku rasa sedih sgt masa dia dah nak bertolak tu... Aku berdoa semoga dia berbahagia dan selamat di mana jua dia berada

********************************

-Congratulations to my best friend Manja diatas kenaikan pangkatnya
- tak lupa gak Happy Birthday to Ell semoga panjang umur & dimurahkan rezeki
-aku baru teringat birthday Mr J juga dalam bulan Feb ni... Doaku semoga dia dipermudahkan segala urusan, semoga dia cepat bertemu pilihan hati, semoga dipanjangkan umur, dan apa2 saja yang terbaik untuknya.. Amin

Gubahan Bunga

Kelmarin bersempena Hari wilayah & Thaipusam aku & nic telah join bengkel mengubah bunga anjuran Puspanita, sempena ngan Flora M'sia Fest... Mulanya aku nak amik bengkel landskap tapi disebabkan aku malu nak gi sendiri coz bengkel landskap 2 hari.. hehe so aku pun joinlah bengkel sama2 ngan nic.. Sebenarnya tangan aku memng keras sikit, kalau bab nak mengubah2 mmmg takde bakat langsung... tapi setelah mengikuti bengkel ni aku rasa bolehlah... ada gak bakat terpendam rupanya (angkat bakul sendiri) kwang..kwang..

Bengkel tu memng enjoy tul, walaupun dia tak berapa ajar sgt cara2 nak buat tapi bila kita wat sendiri dan kita boleh bw balik hasil yg walaupun tak seberapa kita akan berasa lebih berpuas hati sebab itu hasil tgn kerja kita sendiri... Bengkel start lepas acara perasmian dalam kul 10...

Mula2 belajo ikat riben untuk hand bouquet..aku dapat bunga carnation warna kuning.. bunga tu baru tiba semalamnya so semua masih kuncup2... so kami kena urut2 dulu bahagian bawah bunga tu supaya cepat mekar.. kelas kedua belajo gubah bunga untuk dinning table... bunga daisy warna pink... ketiga untuk coffee table guna purple & white orchard..


Dinning Table

Coffee Table
Akhir sekali kami dibahagikan kepada 3 group untuk menggubah bunga menggunakan pasu besar... sebelum terlupa nama cikgu tu Miss Eva.. Aku masuk group yg gubah bunga untuk bakul buah2an... Ketiga2 gubahan yang besar dijadikan hadiah untuk pemenang yang menggubah paling cun pada bengkel tersebut...

Hadiah Tempat Ketiga
Habis dalam kul 5 kami bergerak ke Alamanda untuk jln2, mkn2 dan sebelum balik aku singgah beli buku Hatiku di Harajuku oleh Ramlee Awang Mursyid utk Ell bersempena birthdaynya ari ni.. Sebenarnya adik aku dah lama beli buku tu tapi aku tak berapa suka sgt ngan cover dia... tapi entah mcm mana tiba2 bila aku dah start baca aku rasa aku dah jatuh cinta ngan watak2 dalam karya Ramlee ni.. Tu lah org kata jgn judge buku by its cover... Setakat ni aku dah habis baca buku tu dan Bagaikan Puteri dan akan cari lak Cinta Sang Ratu












Friday, January 19, 2007

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah... Azam tahun lepas pun tak tertunai lagi... InsyaAllah... semoga Allah berikan aku kekuatan dan keazaman untuk aku mencapai azam yang masih tak tertunai lagi... So just nak berkongsi doa akhir tahun dan awl tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Sesiapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Thursday, January 11, 2007

Hari ni ada kejadian memalukan berlaku.... hehe kad nak masuk parking aku tercampak keluar masa aku nak swipe... nasib baik takder org kat belakang aku... kalau tak malu siot... terus bukak pintu dan amik kad yang tercampak, nasib baik tak terjatuh kat longkang... kalau tak lagi malu...hehe...

selasa malam aku start join class taekwando... mulanya mak macam tak bagi aku pergi... aku tahu mak risau tgk aku masuk mcm2 tapi dari aku tak wat apa2... memang best, mulanya nak tgk jer, tapi bila Mr Ed suruh aku join sekali aku pun tak melepaskan peluang... yang kelakarnya geng2 aku semuanya budak2, coz adult class kul 6.30 ptg... aku mana la sempat sampai rmh time tu... tapi takper sekurang2nya Mr Ed bg perhatian yg lebih kat aku.. hehe... best sgt2, siap dia puji lagi kata aku mcm teror jek... sebenarnya aku dah pernah join taekwando tapi sebab jurulatih aku tkr tempat kira belajar tak habis.. aku tak mengaku mulanya aku pernah join tapi masa daftar tu kakak aku bukak rahsia kat Mr Ed..kantoi... ah tak kisahlah... Balik dari clas aku borak2 ngan mak tapi mak mcm tak layan jer kat aku.. aku tahu dia mesti kecik ati kat aku sebab aku gi jugak join clas tu... Tu belum aku bagitahu impian aku nak naik gunung mulu lak.. kalau aku bagitahu tak tahulah... hehe

Saturday, December 30, 2006

Selamat Aidil Adha & Tahun Baru 2007

Semalam masa nak gi rumah angah, tayar kereta aku pecah.. aku drive jgk sampai ke kedai depan sebab aku tgk angah takde kat rumah... tukar tayar baru... uhuk uhuk aku sebanrnya nak wat service duit tu dah wat gi betulkan tayar la pulak... nasib.. teruk betul la aku ni sekurang2nya masa tayar tu pecah kereta aku tak apa.. Alhamdulillah... aku pun tak apa2 hehe

Esok.. raya haji... dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya aidil adha pada semua... mohon maaf kalau ada salah & silap... hari ni aku keje mcm biasa mungkin nak balik awal sikit nak anyam ketupat & buat kek belang, tahun ni mak tak suruh aku wat kuih... hehe best2..

Lusa.. tahun baru... banyak kejadian suka & duka berlaku sepanjang 2006 ni... Ada antaranya aku masih tak boleh nak lupa bila bab2 yang banyak menyentuh perasaan.. semoga tahun 2007 menjanjikan kebahagiaan buat aku & semuanya...

Dah lama sebenarnya aku cari benda ni... kebetulan aku dapat email dari kawan aku minggu lepas

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi
Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta

Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambamu ini

Ya Allah
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
Dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Saturday, December 16, 2006

Langkawi trip 5-7 Dis

Sebenarnya aku dah lama citer pasal aku gi holiday langkawi... tapi disebabkan kesibukan yang melampau membuatkan niat aku terbantut... Hari ni tgh aku lapang aku takde mood nak menaip lak...
boring... boring sungguh keje sorang2 camni... tapi nak buat camne... hehe ramai menghabiskan cuti hujung tahun..
Tadi jenguk blog kak chetam jap... wah best sungguh trip dia gi Bali... Mah, kalau ko nak gi honeymoon gi Bali aku cdgkan ko tgk blog dia coz lengkap ngan citer dan yang paling banyak gambar... citer pasal gambar... haritu aku beli video camera, hehe benda yang paling aku nak2 tapi bila dah dapat rasa mcm menyesal lak beli sebab bila aku bukak laman web sony ternyata harga dia lebih murah... aku kena tipu da.. kalau tahu aku amik camera digital... sabar jelah... tapi hati aku masih geram sampai sekarang..... sabarlah hati...

Entah apa yang aku merepek ni aku pun tak tahu... tgklah karang2 kalau aku rajin aku akan update balik... kwang, kwang, kwang

Selamat pengantin baru wat my best friend Rahimah ngan pasangannya Mr H... Doaku semoga kalian berbahagia selamanya... Nanti dah kahwin jagn lupakan aku ye mah....

Saturday, December 02, 2006

cinta

semalam aku cuti menghabiskan cuti tahun yang tinggal berapa kerat je lagi ni...cuti aku tak boleh carry forward so kalau aku tak habiskan kira rugilah kan... tapi bila difikir2 balik kalau aku cuti lagi la awal aku start wat kerja rumah, semalam aku mengerjakan dapur je dah dekat 2 jam...
Semalam juga aku bawa Mira, Ami, Qis & Sara tgk citer cinta... memang aku dah lama nak tgk sebab utama nak tgk Que hehhe... mmg best... tp aku tak naklah rewind balik apa yang aku dah tgk semalam... cukuplah aku cakapkan mmg terhibut.. dan air mata aku menitis sebab di penghujung jalan citer tu ada yang menyentuh hati aku... mmg tak rugi tgk...Lepas tu kitaorg gi makan kat food court JJ, jumpa Nor jap sambil bdk2 mkn airkrim mc donald, sampai rumah dah nak dkt maghrib...

Tuesday, November 14, 2006

Kebetulan @ suratan

Entah kenapa yek setiap hujung tahun aku akan mengalami sakit... hehe tahun lepas aku terkena ekzima.. tak tahu punca.. tahun ni lak aku kena sakit perut yg teramat seperti kena sengunggut tu tapi tak baik2...Dah check doc tapi tak tahu punca... siap kena scan lagi mcm org mengandung... doc kata kalau tak baik lagi dalm minggu ni aku kena refer hospital besar... hehe takut.. aku bab2 hospital ni bila dengar seriau... so kena kuatkan minda... itu yang penting... hehe mcm berani jek aku ni... alhamdulillah sekurang2nya ia suatu kaffarah (penebus dosa) bagi aku kan ....

(Hadis riwayat al-Bukhari) Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)“Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.”

Wednesday, November 08, 2006

Alhamdulillah

Malam tadi ell bg sms dia dah bertunang mlm semalam... aku tak terkejut sbb aku tahu family dia mmg jenis tak buat besar2an.. lepas beberapa sms dia call.. time tu aku baru nak balik dr rmh nenek... aku tanya bila nak langsung..ell ckp sebelum ayah dia gi haji 22hb ni... cepatnya... aku cakap... tapi dia mintak tempoh tunggu ayah dia balik haji... apapun aku sentiasa doakan rakan2 aku lekas bertemu jodoh... alhamdulillah... doa rakan2 ku telah diperkenankan olehNya

Khamis minggu lepas Farid kwn aku dr Melaka turun, aku amik half day masak spageti & bihun tomyam.. aku jemput bebrapa kwn lain. Masa aku nak jmput ema, dia bagitahu berita sedih mak dia masuk wad kena mild strok... aku ingat nak menziarah ptg tu sebelum balik rumah masak tapi aku kuar ofis kat kul 3... sampailah mak dia kuar hospital isnin lepas baru aku berpeluang tgk...
Masa bulan puasa ayah Ell & bapak kak Su pun sakit.. Aku berdoa semoga wak turgiah (mak ema) wak Saironi (ayah Ell) & pakcik Mohamed (bp kak su) cpt sembuh..

Tgh hari sabtu utk bdk2 ofis aku ngan mak wat pecal, sayur nangka msk cili api, ayam goreng & tempe msk rempah & daging msk kicap.. Petang tu gi jap rumah angah makan mee kari. Balik dari rumah Angah, Dot datang... aku baru nak muyen dia.. dia dah dtg dulu... tapi baby asyik meragam je kat rumah.. sebelum balik suami dot bg aku & mak kain batik... alhamdulillah bertambah kain batik aku... masa dot nak balik Lumi datang... alhamdulillah.. tak penat aku masak kalau ramai yg dtg

Raya ke 12 hari baru berpeluang jalan kerumah sedara mara dengan mak & abah... yg kelakarnya.. aku yg dah melebihi suku abad ni pun dapat duit raya.. rezeki

haritu mmg tak disangka2 asyik makan je dr 1 rmh ke 1 rmh lepas tu gi rumah atuk sedara dibekalkan ngan buah kuini, gi rumah nenek sedara kat jenjarum plk dibekalkan ngan keledek... memng puas kami berjalan pada hari tu, cuma ada tinggal beberapa rmh lagi yg tinggal.. abah janji nak jalan minggu ni.. tapi tiap2 malam nak kuar asyik hujan jek... camner yek.. takper raya kan sebulan... hehe

Raya kali ni walau pun aku tak berkesempatan gi beraya sgt tapi bila ikut makcik2 kat tmn tu beraya best lak... wlaupun aku sorg2 anak dara aku tak kisah... cuma malam ke 2 mira ikut, kira ada 2 anak dara lah... memng best sgt.. pengalaman raya yang tak mungkin aku akan lupakan

Friday, October 27, 2006

Selamat Hari Raya

Hari ni 4 syawal.. aku dah start keje... sorg2 lak tu... huhuhu...
Sepanjang ramadhan aku sibuk terlampau menyebabkan aku tak sempat nak update langsung...
Jadi pagi2 ni aku nak refresh balik kejadian pahit manis yang berlaku sebulan lepas.... Rasa mmg banyak nak tulis tapi bila dah start nak menaip rasa blank lak... menyampah tul la...tak kisahlah janji layan....

Sebelum raya aku sempat mengecat siling rumah... penatnya hanya Allah yang tahu... aku ingat senang nak mengecat tu tapi rasanya leher aku semakin panjang coz mendongak lama...kih kih kih

Cuti deepavali aku mengambil kesempatan untuk membuat 3 jenis kuih sehari... lepas sahur je aku bancuh untuk wat mazola, dah tengah hari sikit aku wat biskut makmur.. Malam tu terawih paling cepat habis, mana taknya 9.15 dah siap, sempat lagi beraya gi rumah ganesan ngan Zam & Mah, balik beraya aku ingat kuih dah siap rupanya mak aku suruh aku habiskan wat biskut mazola.. kat kul 2 pagi la jg berjaga..

Ahad malam lepas balik terawih terus start menganyam. Bila dah siap tak cukup 100 lak, dah la daunnya comel2, yang panjang2 belah luar, yang kecik2 semua belah dalam... geram jek rasa... esoknya masa nak start masak suruh angah beli lagi 30 biji yg dah siap anyam... tahun ni 1st timemunjung ketupat.. selalu nasi impit jek...


Semasa bulan ramadhan ada beberapa perkara yang membuat aku sedih sangat bila nampak org yg mampu utk berpuasa tapi tidak berpuasa... Siap suruh anak beli roti canai lg.. Nak je aku suruh JAIS serbu rumah diaorg.. lepas tu merokok di sebalik kereta... Nak ku tegur dah besar panjang... nak kata tak tahu, tahu... tapi time beraya... amboi melaram baju baru lagi... takde ke rasa malu di hati diorg ni... Ya Allah bukakanlah pintu hati2 mereka utk bertaubat...

Tahun ni gak aku bajet rm400 utk duit raya.. so kalau sesiapa rasa dia masih layak utk terima duit raya boleh mintak kat aku... hehhe kalau duit tu wat beli kamera digital kan best... hehehe.. dahla beberapa hari sebelum raya diut aku melayang kat rm400 gak utk cermin mata baru... nak buat camner dah mata aku rabun... time raya ni je la aku mampu sikit nak pakai yang baru....hehehe

Apapun selamat hari raya untuk seluruh umat muslimin & muslimat... Maaf kalau ada salah dan silap...

-tahniah wat jem kerana pd 17hb oct telah selamat melahirkan baby girl nasrin nazifa... (,")

Friday, September 29, 2006

Teringat zaman dulu2

Malam tadi aku solat terawih sebelah cikgu yg mengajo aku masa kt sekolah rendah. Bila teringat balik, betapa nakalnya aku time tu... Aku pernah kena cubit, rotan dan seperti biasa kena denda berdiri di luar class atau kena berdiri atas kerusi. Bila fikir balik semua pengajaran yang aku terima dululah yang menjadikan aku sebagai manusia.. lagipun cikgu2 mudah ingat pada pelajar yang nakal macam aku. hehe
Dulu masa sekolah aku takut ngan cikgu tu, kalau terjumpa ke kalau boleh aku akan mengelak.. bila fikir2 balik rasa kelako jek...tapi perkara yg aku tak boleh lupakan bila aku kena cubit time cikgu mengajar, kalau tak silap aku darjah dua. Cikgu tu cubit kat bahagian perut lagi.. hehe lagi satu time darjah enam aku kena pukul kat telapak tangan coz fail 1 paper...entah kenapa aku memng kurang suka subjek tu.. bila jumpa cikgu2 tu sekarang aku akan ingat balik.. tapi aku tak tahu samada cikgu tu ingat pasal kejadian tu ke tidak.... mintak2 tak ingat lah yek

Semalam gi bazar ramadham kat pkns... bukan aku tak nak gi tapi bila aku gi mesti kenal org yang menjual.. takbeli rasa segan lak.. lagi satu sebelum gi aku kena budget siap2...kalau tidak..habis semuanya aku pulun.. teruk kan.. punya la puasa menahan lapar dan dahaga tapi bila nampak mcm2 juadah... hawa nafsu aku rasa semua aku nak rasa.. tu yang aku jarang gi bazar ramadhan... mesti kurang pahala aku kan... huhuhu Ya Allah terimalah ibadat ku... Amin

Hari ni aku pakai jubah.. biasalah jumaat aku sering pakai jubah... ada budak sebelah ofis selalu cakap dia suka tul ngan jubah2 aku.. hari ni lak aku gi ofis dia, dia minta supaya jubah aku ni diberikan kepada dia... apa hukum kalau aku tak bagi jubah tu pada dia... coz jubah tu dibelikan oleh abah... haritu aku dgr ustaz beri ceramah kalau kita penuhi hajat org time puasa ni pahala berlipat ganda... budak tu betul2 berhajat ke... aku lak yang rasa serba salah....

Saturday, September 23, 2006

Ramadhan

Rasa mcm sekejap je.. dah bulan puasa... Alhamdulillah...
Malam tadi ada ceramah kat surau oleh Ust Alwi...Banyak maklumat aku perolehi malam tadi.. Antaranya bila time bulan posa kaum ibu selalu bertanya pada si suami ' Nak buka apa hari ni time suami nak gi kerja. ust cakap suami jgn jwb. Kalau suami jwb... dua2 tak dpt apa2... yerla pukul 5pg tadi baru bgn sahur kul 7.30 nak gi kerja dah ditanya nak makan apa ptg ni.. tapi aku selalu tanya mak aku.. time kerja.. lepas ni bila dah tahu insyaAllah la aku tak tanya...
Selain itu ust juga menyentuh time kita memasak bila jiran terhidu.... dan dalam hati jiran tu tertanya apa yang kita masak.. dan kita tak bg masakan tersebut pada jiran tu dah kira berdosa... Bila dihitung2 banyak tul dosa aku...
Semoga ibadat pada bulan puasa ini dipermudahkan dan di terima olehNya

Tadi ex bf call... isteri dia dah bersalin pada 5.9 anak lelaki... nama Muhd Alif Zafran..
Semalam tel Dot..dia bersalin 17 hb 9...anak dia lak nama Muhd Ashraf Zafran... Nampaknya nama Zafran glamer sekarang ni.. hehe tahniah ku ucapkan...

Selamat menjalani ibadah puasa... ----,-'-<@ d'-'b (",)

Thursday, September 21, 2006

Bithday Emak

20 hb September genap umur mak 55 tahun.. AKu belikan bekas kuih raya yang mak aku berkenan...Balik keje singgah rumah budak2 coz ada benda nak hantar kat Angah.. Dalam kul 7 balik singgah pasar jap untuk beli makanan wajib (tempe) dan beberapa kuih lain. Sampai kat rumah dah maghrib. Lepas maghrib aku dgr suara budak2 lak... La kalau aku tahu bdk2 nak datang aku bawak dari tadi.. Dalam kul 10 abah ajak celebrate kat Jenjarum.. Mulanya aku tak nak makan nasi tapi lauk betul2 menyelerekan..Antara lauknya buruh puyuh goreng, sayur campur, tomyam hehe.. makan sampai kekenyangan..sampai rumah dalam kul 11.30 malam... mata aku dah tak leh nak buka...
Selamat Ulang Tahun mak... semoga panjang umur, semoga murah rezeki, semoga apa yang mak buat dipermudahkan olehNya.. dan yang paling penting akak sayang kat mak.. cuma aku confuse kad yang aku pos tak sampai2 lagi...

p/s : tak lupa juga selamat bernikah kepada office mate linda.. walaupun aku tahu selepas dia bernikah tak kisahlah.. doaku semoga kalian berbahagia ke akhir hayat.. lain kali kalau wat apa2 jgnlah senyap2... kan benda baik perlu dihebahkan..

JeJaK KaSiH

Balik keje ari isnin gi amik Hud kat Sunway. Hud ni roomate aku masa study kat utara dulu...Sampai rumah dalam kul 7.30. Kul 9.30 gi kedai Elly jap.. lepak sampai kul 11.15 baru balik. Pagi selasa hud ikut aku keje jap sampai kul 12.30 tghari. Bawak Hud gi JJ jumpa asnah, makan2... borak2 & aku beli hadiah untuk mak & dot sekali. Dalam kul 4 kuar JJ gi sek 13 shah alam lak jumpa Sham... minum2...borak2 kat al-Rafi Bistro. Dalam kul 5.30 baru kuar dari shah alam, masuk glenmarie untuk ke subang, sampai Sunway..hud suruh berhenti jap kat KFC, hud bekalkan aku KFC lak, lepas tu kawan dia bagi aku kupon 10 kupon KFC beserta kupon diskaun... wah... bagusnya alamat bulan puasa ni berbuka ngan KFC jer la gamaknya..hehehe rupanya sampai kat Sunway kwn Hud dah tunggu... sampai rumah..kak liza lak hantar laksa, malam pula abah balik bawa nasi beriani gam batu pahat. Alhamdulillah rezeki makanan banyak tul.. boleh ler aku bawak bekal esok pagi...
Apapun walau pertemuan sekejap2 tetapi penuh bermakna, banyak cerita bile sesekali berjumpa.. entah bila akan bertemu lagi.. padahal bukan jauh sgt pun tapi disebabkan kesibukan msg2 maka tak sempat nak berjumpa...

Larian Shah Alam 10km

17 Sept ... Tapi aku & Nic sampai lewat dalam 10 minit, kategori B dah lama lari.. alih2 lari ikut kategori F & G. Kategori budak sekolah menengah... Malu gak bila ada budak yang menegur.. tapi kitaorg selamba jek... time lari tiba2 dikejutkan degan siren polis.. rupa2nya ada kategori OKU memintas kami. Lari dalam 1 jam lebih. Larian kali ni tak terasa sangat sebab aku familiar jalan dan cuaca pun baik.. mmg seronok jer lari tu.. tapi aku semakin malas, rasa memng nak lari tapi minda aku kata relax maka jadilah acara berjalan2 sampai ke garisan penamat. Selepas larian apalagi beratur kat tempat air Milo, b'fast cornflake lagi.. memng mengeyangkan.. lepas tu apalagi acara bergambar, dgr lak nyanyian dr pretty ugly... wah seronoknya ada artis la pulak.. Selepas PU kami semua dihiburkan oleh Farah AF. Ada pakcik sporting yang menari bersama2 Farah.. Lepas acara penyampaian hadiah utk kateori L kami pun beredar balik.
Aku bawak Nic makan kat Restoran Hakeem sek 7. Balik tu singgah JJ jap coz abah mintak kek buah semalam..ingat nak cari bahan2 sikit.. Balik sampai rumah dalam kul 12.30 terus senseng lengan dan mula bancuh nak wat kek... Kukus dalam 4 jam.. Petang tu aku gi rumah sepupu aku jap munyi sambil pulangkan bj pu3. Sampai rumah aku tgk kek aku mendap di bahagian tengah.. huhuh tensionnya... tak tahu apa yang salah mungkin kaup balik terlebih kot.... :(

Thursday, September 14, 2006

Pagi ni aku dikejutkan dgn hujan yang sgt lebat... Aku sampai lewat kat ofis.. biasalah kalau hujan jalan mesti jem.. kalau jd superwoman best gak... agak2 lambat jek boleh terbang... hehehe

Minggu lepas pertunangan my best frend.. Nic.. Semalam dia demam lak... cian dia.. sempat lagi aku gi rumah dia semalam amik pelam... ingat nak wat malam ni kerabu tu kalau sempat... bila memikirkannya pun aku dah terliur...nyam nyam...

Mingu ni lak kalau takde apa2 aral melintang nak join larian Shah Alam...

Wednesday, September 06, 2006

Meluat...

i hate her.. i dont know why.. she always make me tempered...

aku tak kisah dia nak makan atau kuar ngan saper sajer tapi jgn bgtahu aku ko lunch ngan orang tu...

benci betul la..apa ko rasa kalau ko berada di tempat isteri dia.. kalau pun ko cakap ko hanya makan2 ngan kawan baik ko tapi ko kena juga ambil kira perasaan org lain gak.. dari semalam aku malas nak cakap ngan minah tu...

lantaklah... bencinyer....... aku bukan jelous tapi aku meluat......

Friday, September 01, 2006

Konvoi Merdeka Kuala Langat 30 & 31 hb Ogos 2006

Tidak seperti 2 tahun lepas destinasi pada kali ini ialah di Teluk Rubiah, Perak. Sebanyak 32 biji kereta telah mengambil bahagian, aku tak kira lak berapa peserta sbb ada 1 kereta 3 orang ada 1 kereta 7 orang. Pada kali ini juga ada peserta lelaki tidak seperti 2 tahun lepas semua perempuan. Pada tahun ni kami digabungkan bersama belia MAYC. Pergi kami diberi baju belia bewarna merah dan esok balik kami semua kena memakai baju pu3 warna pink termasuk lelaki jg.. Aku biasaler menaiki kembara bersama Ean, Nic & Mira.
Check point pertama di Majlis Daerah Kuala Langat. Tepat kul 9 kami memulakan perjalanan. Hujan gerimis mengiringi perjalanan kami. Ketika di pertengahan jalan iaitu di TPG kami berselisih dengan perarakan sekolah tabika perpaduan. Kami di dalam kereta tidak ketinggalan melambai kepada budak2 yang kelihatan sungguh seronok... sampai di batu 5, hujan turun dengan begitu lebat.. disebabkan ada bendera diatas cermin menyebabkan wiper sebelah kiri kereta aku tidak berfungsi. Kami sampai ke Pejabat Belia seksyen 7 lebih kurang pukul 10 pagi. Cuaca yang sejuk menyebabkan ramai peserta berpusu2 untuk ke tandas. Kedatangan kami disambut oleh YDP majlis belia diiringi oleh En Razak. Kami disana dalam 1 jam. Lebih kurang pukul 11.30 kami bertolak ke Tanjung Karang. Pada kali ini kami agak ketinggalan kerana ada beberapa peserta ingin ketandas menyebabkan kami terpaksa memecut seketika untuk mengejar kembali rakan kami yang lain. Sampai di Tanjung Karang dalam kul 1.30, kami dijamu dengan makanan yang sungguh enak sekali. Antaranya sambal udang petai, iwak lele bercili, sayur sawi masak sos tiram, batang keladi, ayam goreng dll, memang class lah.. Selepas kenyang perut kami dijamu, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Rubiah (TR) Lumut Perak. Kami sampai ke TR Golf & Beach Resort dalam 5.30 petang. Selepas mendapat kunci kami mendapat chalet yang sungguh cantik dan selesa, sepatutnya ada acara sukan pada petang itu, tapi disebabkan cuaca gerimis acara terpaksa dibatalkan. Kami mengambil keputusan untuk berjalan di sepanjang persisiran Teluk..Pada belah malam acara dimulakan dengan menjamu selera. terima kasih menteri perak kerana menaja penginapan dan makanan kami pada malam itu. Malam merdeka acara dimulai dengan pembacaan puisi oleh ahli pu3 dan belia MAYC, acara diteruskan dengan siapa yang kena. Ean kena menyanyi ala miming lagu Radja, aku & MIra join acararebut kerusi. Dalam kul 11 aku balik awal ke bilik sebab dan mengantuk. MIra masih stay lagi sampai laungan merdeka.
Keesokan pagi selepas sarapan kami memulakan perjalanan dalam kul 9.30 pagi. Dalam perjalanan ke Selangor kami bertembung dengan sekumpulan mat motor yang melakukan adengan2 rempit, Kak Ojen selaku ketua terpaksa berhenti seketika untuk menasihati mat2 motor tersebut.. Sampai di Sementa lebih kurang kul 1 kami lunch di pejabat belia klang di sementa dan disambut oleh dato Rahman Palil. Setelah usai konvoi kami bergerak ke Sijangkang untuk kunjung hormat ke rumah Dato Abdul FAtah. Setelah ucapan oleh Hj Sulaiman dan En Rahman Yasin kami bergerak pula ke rumah Ibu. Di rumah Ibu kami dijamu laksa.. Fuh makin penuh perut.. makin mengantuk dibuatnya... Selepas itu kami bergerak ke Banting. Dalam perjalanan aku sempat menelefon Ganesan untuk melambai kami. Ganesan & rakan Pbpskmtpg mengadakan pertandingan layang2 di sek Telok. Di banting kami disambut oleh YB Hasiman Sidon. Sepatutnya acara kami habis di situ tetapi YB menjemput konvoi semua ke Kg Sawah kerana ada sambutan kemerdekaan di sana. Aku bersama Kak Su Seri Cheeding mengambil keputusan untuk tidak turut serta kerana memndangkan hari yang dah petang dan aku lum solat lagi maka kami mengambil keputusan untuk melencong balik... Sorry Kak Ojen & terima kasih di atas segalanya...On d way balik ingat nak singgah jap tgk pertandingan layang2 tapi si zamri tak balas sms lak, apalagi kami dah terlajak. Setelah selamat sampai ke rumah aku disambut oleh anak2 buah aku dengan laungan merdeka. Lebih2 lagi si D.. EKA! EKA! alang, EKA! Sungguh terhibut hilang terus penat aku...
Bila aku cakap ngan abah ada pertandingan lyg2 kat telok apalagi abah pun bawak budak2, aku & Mira ke Telok balik. Sempat berborak ngan En Razak, Iwan & Ganesan, Si zamri diapit oleh 2 jejaka yang aku tak kenali menyebabkan aku segan nak bertegur dengannya hehehe mesti dia kata aku sombong, sorry zam.. Malam tadi masak ayam goreng pandan baki hari tu, wah seronok tengok budak2 tu makan.. Selepas budak2 balik baru aku boleh masuk tido....zzzzzz

Tuesday, August 22, 2006

Selamat Pengantin Baru CT

Alhamdulillah... Ct telah selamat menjadi isteri kepada Dato K. Walaupun banyak sungguh spekulasi sebelum majlis berlangsung apapun aku memang hormat bila CT masuk masjid bertudung litup, tak seperti artis lain bila nak bernikah di masjid hanya selendang jek ngan rambut terjurai, baju jarang & mcm2 fesyen lagi.. Aku nak cakap lebih takut aku lak terbuat time aku kahwin esok... semoga ia jadi pengajaran kepada diri sendiri

Selamat pengantin baru juga wat As kwn faridah - semoga berbahagia selalu

No baru
Sepatutnya aku guna nombor baru dari semalam tapi sim kad pulak rosak, sabar jelah padahala aku guna sim kad lama tak pernah rosak pun, ni baru seminggu dah rosak, apa lah... ramai org bertanya kenapa aku tukar nombor, kalau boleh aku pun tak nak, tapi pelan aku dah tak sesuai , sepuluh ringgit jek sewa, aku suka pakai bil sebab aku boleh tahu kemana panggilan itu dibuat..

Thursday, August 17, 2006

Lama tul...

Lama tul aku tak update.. bz sesangat... ari tu aku ada cakap pasal tak sedap hati je kan.. rupa2nya nenek aku sakit, 3hb masuk hospital jap, 6hb sumer adik beradik bapak aku dah berkumpul kat Olak lempit sebab nenek aku sesak nafas, tapi baru aku tahu rupa2nya nenek aku puasa sambil wat jamu.. Bila kuar hospital nurse semua pesan suruh nenek berehat cukup2... yerla nenek aku memikirkan kalau bukan dia yg wat jamu tu dah takde org kat kg tu yg buat... aku cucu dia pun bukan nak mewarisi bakat dia...

12 hb - Mesyuarat perwakilan Puteri kul 8 malam di Dewan Sri Jugra. Perasmi Dato Azalina. Pagi2 lagi sebelum gi kerja aku dah mengagau nak cari baju utk Nic, Nasib baik sepupu aku tgh berpantang boleh aku pinjam baju dia jap. Ptg balik keje singgah hosp jap tgk kak bib. Malam tu punya la cepat kuar rumah kul 7.15, kesian kat Nic siap kelam kabut, rupa2nya kat kul 9.30 baru start.. sorry Nic & Ean. Tapi kali ni persidangan plg cepat pernah aku hadiri sebab dah malam. Kul 11.30 malam baru start bersidang, sampai rumah kul 1 pagi... hehehe..

13 hb - Pagi2 lagi dah bangun cuci baju, kul 9 gi rumah nenek kenduri sempena nenek dah sihat dan biasaler org jawa ni banyak kenduri, kenduri sebelum puasa, buat nasi ambeng lagi. Nenek aku dah pindah ke Cjgkg balik, nenek nampak gembira, almaklumler sumer anak dia berkumpul, aku memang suka bab kenduri2 ni... Ptg tu gi munyi tgk Juli. Lupa lak nama anak dia coz panjang sgt. Kul 6 lebih lak gi ngan Nic tgk Kak Bib baru kuar hospital. Habis kenduri dalam kul 11.30 malam... huhu tak dapat nak tgk FFM.. nak tgk Que sebenarnya... ahaks

16 hb - Suria datang kompleks ngan Amir & Ikhlas & Chinta. Masa aku nak balik si Chinta nak ikut aku lak, sampai Su kata dia menangis masa kuar dari lif, aku confuse muka aku sama ke ngan Su sampai anak dia punya la tarik baju aku nak ikut.. Balik aku singgah rumah bdk2, dah seminggu tak jumpa Eleena..rindu tul. Tgh2 tgk tv sambil pangku Eleen tiba2 dia menjerit macam apa jer... pujuk2 bawak ke keluar pun tak mahu senyap, alih2 aku bagi kat kakak aku, baru nak bermanja dah menangis... sabar jerla.. masa aku nak balik rumah lak si Danisha meraung nak mengikut, masalahnya dah malam.. kesian lak aku tgk.. Sebelum balik singgah rumah Ean jap amik baju dan bagi borang imigresen.. rupa2nya minah tu nak gi Bali... seronoknya..

Monday, July 31, 2006

I dont know

Dont know why... lately ni aku rasa macam tak sedap hati jek... Selalu gak aku rasa macam ni tapi bila sesuatu kejadian dah berlaku ia akan lesap mcm tu jek... misalnya kalau aku rasa ada sedara terdekat meninggal aku akan rasa something tapi bila dah berlaku ia akan hilang... tapi entah kenapa dah lama dah aku rasa... semoga takde apa2 yang buruk menimpa aku, keluarga atau saper2 yg terdekat ngan akulah... Sebenarnya aku malas nak fikir... tapi kali ni rasanya lain macam sangat...
Tak kisahla.. mcm biasa aku nak imbas kembali beberapa perkara yang aku dah buat

23 Julai - Chiken Run 4 Charity
Anjuran Kenny Rogers, biasalah aku gi ngan Nic. Aku rasa 3.5 km tu dekat jek tapi rupa2nya aku tak boleh tak berhenti... memng betul2 dah pancit la aku sekarang ni... Lepas larian ada mcm2 pertunjukan. Paling best oleh Fitness First.. membuatkan aku teruja nak join class diaorang...
Balik dalam kul 10, mandi kat masjid besar, lepas tu gi masjid sentul ada bacaan tahlil untuk arwah Nana. Tak ramai pun yang datang, tapi apapun segalanya berjalan ngan lancar
Kuar masjid dalam kul 1, balik singgah ke Mid Valley, takde apapun yang best, jalan2, dah penat kitaorng balik, tapi yg tak sangka jln2 pakai baju kurung gitu... hehe cam kontrol ayu jek...

30 Julai - Bancaan
Kata org Jawa mcm makan2 gitu, makcik aku bagitahu suruh tolong2 masak. Aku ingat ada kenduri mcm biasa rupa2nya makcik aku nak suprisekan nenek aku... ada upacara potong kek lagi... Dah lama anak beranak nenek tak berkumpul macam ni.. aku dari pagi kerja aku kena goreng ayam ala2 kentucky gitu, sambil menggoreng aku makan, orang datang aku makan, sampai sakit perut aku.. ingat nak puasa hari ni tapi sebab dah sakit perut terus tak jadi... Alhamdulillah syukur.. cukup makan... hehe memng happy bila seluruh ahli keluarga berkumpul

Tuesday, July 18, 2006

Kamera, Senam Robik & MV Doulos

15 Julai - Masa time kejer aku lari gi PAS jap nak beli hadiah si C. Semalam aku dah beli hadiah Danisha baju tido tapi aku tak belikan utk C, takut merajuk lak, maklumler bdk2. Time nak kuar tu tgh ada promosi kamera digital Ben Q. Dia tgh promosi utk weekend dapat harga RM399. Memang teringin nak beli dah la ringan rasa mcmtapi bila fikir2 balik Maxis dah 2 bulan tak bayar, cermin mata lak dah pecah, so aku kena fikir benda yang penting dulu... Huhu tapi aku akan beli gak kamera tu satu hari nanti, mungkin aku akan amik jenama Canon mcm kamera lama aku. Balik keje gi subang parade cari kenny rogers utk join chiken run 4 charity. Lepas tu aku nak bayar bil maxis sekali tp update la plk, lepas tu gi jalan2 jap kat carefour. Balik aku cadang nak iku jalan dalam lalu kota kemuning, alih2 aku tersesat jap sampai jalan tanah merah, aku nak telefon tnya jalan bateri aku kong lak, aku pun apa lagi pakai redah jelah, alih2 berjaya gak cari jalan keluar tembus ke bt10.. Bila sampai rumah baru perasan kereta aku penuh ngan tanah merah jek... sabo sabo...

16 Julai - Pagi gi senamrobik ngan mak, sebenarnya aku dah lama ajak mak utk join tapi baru kali ni dia nak ikut, gi dalam kul 7.15 balik dalam kul 9.30 pagi, balik singgah jap pasar taman perwira utk beli sarapan. Nic ajak gi tgk book ship mv doulos tapi aku lum masak so aku suruh dia gi dulu. Lepas siap semuanya aku ingat nak gi port kul 3 alih2 sepupu aku masih kat pj, apalagi aku ikut mak gi tahlil jap kat rumah mek.. Lepas asar baru aku gi port klang ngan adik. Ya Allah ramainya umat.. tak sangka lak aku begitu panjang barisan nak sampai ke terminal jeti tu. Boleh dikatakan 1% je orang melayu, plg ramai orang cina, tapi mungkin jg sebab org melayu tak tahu pasal benda ni. Kalau nic tak beritahu aku pun tak tahu pasal benda ni. Sampai jek atas kapal, la rupa2nya sikit ke pameran buku tu, aku & adik beli gak buku... Ingat nak berlama2 kat situ tapi sepupu aku dah sms dia nak balik jb lepas maghrib, apalagi aku pun bergegas keluar & terus menuju ke rumah dia membawa kiriman pecal utk sepupu aku. Sampai kat rmh sepupu aku dijamu mee hon goreng & kolek (pengat), sebelum balik makcik aku bekalkan aku kolek tu.. Dah la tadi sebelum gi port aku makan banyak kat rmh mek, makan soto & roti jala.. sebelum balik aku singgah rmh bdk2 utk bagi hadiah yang aku dah beli semalam. Danisha punya b'day13hb julai. Aku belikan baju tido ngan charmila sekali. Bila aku sampai dia terus bukak baju yang sedang dipakai dan pakai baju yang aku beli. Rasa berbaloi sgt... Masa tgh main ngan budak2 abah telefon dia kat Kayu Nasi Kandar. Apalagi aku ngan Mira pun patah balik ke Klang utk join mak & abah. Aku order roti nan & ayam tandoori. Kongsi ngan Mira. Balik dalam kul 11 malam. Memang melantak sungguh aku hari ni.. hehehe

Family Day at Tiara Beach Resort Port Dickson 08 & 09 Julai

Sampai dalam kul 5 ptg. Abah tinggalkan aku utk mandi manda. Bilik memang cantik. Tapi bilik budak2 jauh dari bilik kitaorg. Bawak A & B gi mandi. Malam ada barbeque. Macam2 makanan tapi makanan kureng sikit, tak tahu lah macam rasa tak masak lah, keras la & mcm2 lg. Ada cabutan bertuah. Aku dapat grand prize, hadiah oven. Mcm tahu2 jek aku suka buat kek kebelakangan ni... hehe aku tak sangka lak aku dpt, abah dapat khemah.. memang aku yang nak khemah tu pun sebenarnya... lepas makan bwk budak2 gi tgk tv kat skrin besar kat bawah tu, mata mengantuk gi tgk cerekarama kat atas lak.
Pagi esoknya nak mandi kolam awal alih2 hujan gerimis melanda. Apa lagi turun sarapan jelah.. dalam kul 10 baru reda sikit apalagi tukar baju & bawak bdk2 mandi. Dalam kul 11 naik utk bersiap balik. On d way balik abah gi turun lubuk china jap cari kwn lama tapi malangnya kawannya dah meninggal 2 tahun lepas.. Sampai kat Nilai berhenti makan tgh hari. Sampai rumah dalam kul 4 ptg. Aku tak gi pun meeting utk Wira Jaya, sorry... aku kepenatan...

Thursday, July 13, 2006

Mati itu pasti

Tadi masa aku bukak forum aku terkejut mengenai pemergian seseorang. Mulanya aku tak berapa kenal siapa orang yang dimaksudkan, tapi bila aku bukak ta azhari baru aku tahu... cik nana yang pernah ddk semeja ngan aku masa kat GJ 2006.
Bagi aku dia seorang yang peramah... dia jg nampak so sweet, al Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin..
Aku tahu mati itu pasti tapi aku seperti tidak bersedia utk menghadapi mati, entahlah.. sebab tak tahu bila kita akan mati, esok, lusa atau seperti kata kak elaira sedang menaip blog ni pun kalau dah sampai ajal kita ia akan terjadi juga. Aku tak nafikan aku takut, memang takut, aku jadi insaf sekejap... cukup dah ke amalanku??? sempat ke aku nak minta maaf kepada orang2 yang pernah aku buat silap, sudah terbayar ke semua hutang2???? Bila aku fikirkan kembali terlalu banyak lagi benda yang belum aku buat, dan tak tahu bila aku nak buat, terlalu banyak impian yang hendak dicapai, tapi aku tak tahu bila impian aku akan tercapai...
Kelmarin, aku dapat sms dari shahrin memberitahu mengenari pemergian mak Iwan. Semoga maknya ditempatkan dikalangan org yang beriman. Al Fatihah juga untuk mak Iwan.
Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf terutamanya pada keluarga aku sendiri... dan juga kepada sesiapa sahaja yang pernah aku buat silap.. dan juga ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mak aku sebab lahirkan aku ke dunia...
Ya Allah matikanlah aku dalam iman, matikanlah kami semua umat islam dalam iman... Amin...

Saturday, July 08, 2006

Yeah.....

Dkt sebulan aku tak update... huhuhu bukan malas tapi kesibukan melampau... Hari ni aku kerja sorang2 coz sume org gi Family Day... Aku pun gi gak tapi PD bukan jauh sangat so mungkin aku bertolak lepas balik keje... Kita orang satu ofis akan bercuti di Tiara Beach Resort. Malam ni ada barbeque lagi... Tak dapat aku nak bayangkan...Ok...Aku cuma nak refresh apa yang aku dah buat kat sebulan yang lepas

Senamrobik anjuran puteri 24hb Jun & 2hb Jul
Diadakan di sek men sijangkang jaya & sek ren keb kebun bharu. Artis undangan Khai AF. Aku memng suka aktiviti2 kecergasan mcm ni. Masa kat sijgkang aku bawak mak, A & B. Rahimah & Zeti gi sendiri. Masa kat Bt 10 aku gi sorang2 naik motor, memng enjoy... lepas penat bersenam kami dihiburkan oleh Khai. Masa kat Cjgkang dapat duduk semeja sarapan ngan Khai lagi... hehe.. Masa kat bt 10 sebenarnya ada program sukaneka tapi aku cabut dulu sebab masa aku kuar rumah takde sorang pun yang bangun lagi, aku takut mak risau, lepas 2 lagu khai nyanyi aku terus cabut.. sorry amy, bukan aku tak nak join tapi masa yang kurang sesuai..

Servis Kereta
Aku rasa macam dah tak mampu lagi la nak pakai kereta tu.. Sabtu lepas 1 Jul, aku servis kena 652.50. Dahla duit minyak sebulan lagi, aku rasa macam nak naik bas, tapi parents aku bagi ker? entahlah.. tapi kalau naik bas pun pergi balik kat rm7 gak, camner yek... phening.. phening...

Kek Hangus, Ketupat & Sakit Mata
Balik kerja sabtu lepas, aku berkesempatan utk wat kek gula hangus. Aku memang dah lama nak buat tapi aku tak jumpa resipinya. Alih2 haritu masa aku sibuk2 buka blog orang lain aku terjumpa resipi kat blog chetam. Yang bestnya masa aku tgh panaskan gula, aku cuba nak merasa gula tu dah hangit ke lum.. aku gi cuit pakai tangan alih2 jari aku lecur coz panas yang tak terhingga... hehe maca kebal jek aku ni.. Esoknya masa sarapan balik dari senamrobik, bapak aku pecah rahsia dia tak suka kek cokelat sebenarnya, aku pun cakap ni bukan kek cokelat, ni kek gula yang dihanguskan baru dia suap 2 ketul masuk mulut, mungkin nak jaga hati aku kot... tak kisahlah.. aku nak hantar gi rumah budak2 tapi sekarang dia orang tgh kena sakit mata... so aku takut terjangkit lak.. hehe...
Mak & abah gi Johor dari hari khamis, balik malam sabtu tu coz hantar pengantin anak cik Shahruddin.. Mak beli daun ketupat sebab kat sana murah lak. RM2 jek. Ahad malam tu aku menganyam dapat 31 kelongsong, ari isnin mak masak, macam raya lak.. balik keje aku hantar gi rumah bdk2... cian tul... si elena pun kena sakit mata. kak liza lak masa aku dtg dia pakai cermin mata hitam...

Musim bunga
Sepanjang perjalanan ke Klang depan TESCO sekarang tengah musim bunga berkembang, aku rasa damai & tenang je bila lalu kat situ... Kalaulah aku boleh amik gambar sambil drive...

Shopping
Sekarang tabiat kurang elok aku suka sangat shopping benda yang bukan2, semalam jek aku belanja kat guardian beli barang entah apa2 kat rm60. Teruk betul la aku sekarang.. pantang nampak benda menarik sikit... mula la asyik nak membeli jek...

Wednesday, June 14, 2006

Pening kepala

dah beberapa hari ni aku rasa pening sikit, salah makan ker? selalu kalau pening mungkin sebab aku termakan mak aji byk.. masalahnya kat rumah masak tak pakai mak aji... mungkin spek mata aku dah nak kena tukar kot.. mungkin gak... sebab haritu aku cuma betulkan spek tapi tak tambah power.. alamat pokai la aku bulan depan.. dah la kereta major service lak bulan depan.. argh makin peninnngggggg.....

Lambat

ahad lepas ada meeting P3, biasalah kedatangan amat mengecewakan. Wakil bhgn tanya kenapa tak ramai orang, aku pun tak tahu nak jawap apa.. sebenarnya aku pun dah malas sebenarnya nak bsidang2 ni aku cuma rajin time ada xtvt jek.. entahlah bila aku rasa nak tarik diri rasa kesian lak kat makcik2 tu.. entahlah aku cuma berharap aku cpt kuar dari kws rumah aku.... ish2...

semalam makcik tu datang lambat lagi, hari2 makcik tu datang lambat... aku tak tahu kenapa? orang2 lain semua dah mula rasa melut.. mana tidaknya masuk keje kul 8.30 makcik tu boleh selamba2 masuk kul 10.30.. entahlah.. nak ditegur nanti dia cakap sebab dia balik lambat.. nak kata sebab piala dunia.. tapi mmg sejak dulu dia dtg lambat, nak kata rumah jauh.. aku lagi 5 kali ganda jauh, nak kata jem.. orang lain tak pula tersangkut.. entahlah...

Monday, June 12, 2006

Senario - Memburu Emas Yamashita


Aku suka, A suka, B tertido, Mira kata ok, berapa bintang aku tak tahu nak bagi.. reason utama nak tgk coz ada Que Haidar, Muka mamat ni mcm Mr J. Dari mula sampai akhir ada muka dia... Tak dapat tgk Mr J dapat tgk que pun jadiklah.. kesian aku... huhuhu.. apapun aku percaya ada hikmah. Tgk kat JJ. Kuar pwgam gi surau tsrmpak ngan Ina Ezu. Gi makan2, aku mkn nasi goreng ayam lada hitam. aku ingat ayam tu jelah yg masak pakai lada hitam.. ni tidak nasi goreng tu semua dia goreng pakai lada hitam, rasa mcm makan nasi orang berpantang jek. aku tak habiskan takut panas.. Sementara A & B main2, aku & Mira masuk MPH dan Popular, Balik dalam kul 9, itupun bila teringat ada AF da.. sabar jeklah...Kul 11.30 baru aku balik rumah lepas abis tgk AF kat rumah Angah....

Sungai Congkak

Bestnya bila dapat tahu cik Ean nak gi... aku pun nak ikut sama, kami pergi 3 kereta, Izan ngan kawan dia, Cik Ean 1 kereta, aku berempat. Disebabkan masalah yang tak boleh nak dielakkan aku tak dapat mandi bersama... ruginya... airnya sejuk.. sebelum gi biasalah aku bawa bekal nugget & hotdog je. Masa time mandi aku tukang hulur makanan kat budak2. Gi dalam kul 11.30, balik dalam kul 5.30 petang. Ingat nak singgah Putrajaya on d way balik tapi keadaan tak mengizinkan jg... balik nampak cik maria & yanti kat rmh angah munyi

Kem Bina Insan



Penceramah : Dr Fadzilah Kamsah.
Tempat : Sek Men Keb Telok Datok Banting (3 &4 Jun 2006)
Memang best tapi disebabkan henpon aku rosak, kosentrasi aku sedikit terganggu, orang sibuk dgr ceramah aku umpama tikus membaiki labu.. huhuhu.. Antara yang ptg aku amik ialah :
Surah utk melembutkan hati -
Surah Taha 1 - 5,
Surah Al Hasyr ayat 21 yang bermaksud Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya
Amalkan membaca 'Azizul Jabarul Mutakabbir

Amalan setiap hari- Menjaga amal ibadat- solat taubat- baca quran- zikir istighfar 70X, LailahailAllah 100X- solat tahajud- solat istikharah- solat witir- maafkan semua orang ( cuci hati, tenangkan fikiran, makbulkan doa, cantikkan wajah)

Itu jek yang ada dalam nota aku, aku tahu sikit sangat sebab petang tu aku bawak Mira, A & B tgk wayang, 4hb lak aku gi Air terjun Sg Congkak ngan Cik Ean & family..

Henpon



Henpon Nokia 3200 ni aku beli 2 tahun lepas, sebelum ni tak dak apa2 problem pun. tiba2 masa pagi nak gi kem bina insan tu dia wat hal lak, sabo jelah, aku hantar kedai betulkan kena rm40, macam pakai phone baru, semuanya dah hilang, gambo bdk2 dulu yg aku simpan pun habis, aku kena tel maxis utk aktifkan GPRS aku balik... sabo jekla.. dah lah minggu lepas aku tolak tawaran orang nak offer henpon baru huhuhuhuh

Tuesday, June 06, 2006

Kerinting


Aku nak wat rambut kerinting semalam, aku tel mak minta kebenaran tapi mak tak bagi... huhuhu sedihnya... nasib baik aku tak wat terus kalau tak alamat aku kena marah lak plk sampai rmh karang, mak cakap rambut aku dah cantik buat apa nak wat rambut kerinting, org lain berlumba2 nak wat rambut lurus aku nak kerinting plk. Aku bukan apa dah lama aku nak wat rambut mcm sharifah haslinda dalam cerita salina. Lepas tu balik kg sepupu aku yg baru kahwin pun wat rambut yang aku suka... bencinya...Aku dah tanya ustaz, hukumnya harus tu yang aku wat keputusan nak buat... macamana yek, ker aku tak cukup manja nak bodek mak aku... kalau adik aku yang pujuk2 mak aku mesti dapat apa yg dia nak punya, tapi bila time aku mesti takleh, bukan aku nak tunjuk kat sapa pun rambut kerinting tu, saja nak melaram kat rumah... aarrrggggghhhhhhhhhhhhh hehe apalah aku ni pasal rambut pun nak sedih.... sabar


p/s : Selamat pengantin baru wat Abdul Latif & pasangannya pada 04/06/06... SEmoga berbahagia selalu

Tuesday, May 30, 2006

Projek Sotong Kering



Aku rasa aku plg last wat laporan ni kot, aku dah lama wat kat notepad tapi tak sempat nak masuk dalam blog... Ni kira paling malas la punya laporan.. kwang2

20hb Mei 2006
07.45 - Aku & Nic bertolak dari Sijangkang, Nic suruh aku drive tapi pagi2 ni jalan lum clear, aku dah lama tak bwk manual.
09.00 - Kami berhenti di Kapar, aku lak pandu, so far boleh ler...
11.00 - Amik keputusan untuk gi Menara Condong di telok Intan, selepas snap 2,3 keping gambar kami meneruskan perjalanan ke Lumut

12.00 - Masa untuk makan, berhenti jap di Petronas, makan roti jala yang dibawa oleh Nic untuk alas perut, parking di Sekolah Rendah di Lumut dan berjumpa Geng Jurnal di Jeti
13.15 - Naik feri untuk Ke Lumut, naik 3 van berwarna pink dan sampai di Golden Beach Resort, kami ditempatkan di Puteri Bayu Beach Resort coz register lambat, aku, nic & azah ditempatkan di bilik no 211. Lepas solat qasar & jamak baru kami turun makan, malangnya kami tak dapat merasa ayam goreng yang enak..huhuhu
15.00 - Sesi perkenalan, muka yang aku tak kenal lebih banyak dari yang kenal, biasaler aku kan budak baru join, memakan masa lebih kurang 2 jam
17.30 - Perlawnan bola tampar, tapi budak lelaki je yang main, apalagi aku & Nic mandi manda di Laut, tak cukup mandi di laut kami mandi di kolam hotel.. seronoknyaaa... dah lama aku tak mandi manda mcm ni...
20.30 - Turun barbeque, sedap hingga menjilat jari.. ada ayam, hot dog, ikan bakar dll. Nasi goreng pun sodap, aku tambah sampai berkali2... Lepas tu ada acara karaoke tapi mata aku dah nak kuyu. Terpegun jap ngan nyanyian Spyz menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama kot, aku naik hotel time attoks menyanyi.. sorry bukan tak sedap tapi mata ni yang dah tak tahan

21 Mei 2006
07.30 - B'fast, tukar baju basah semalam utk island hopping, mula2 tak nak turun snorkelling tapi bila dah masuk kat dalam air rasa tak nak kuar lak, seronoknyaaaa
11.00 - Sambung mandi di kolam mandi

12.00 - Lunch, walaupun takde dalam agenda tapi disebabkan Kak Ros kami semua makan dengan lahapnya (selepas penat berendam), lepas makan2, gi round island lak naik van pink, driver bwk gi kilang apa ntah nama dia, bawak jalan2 tgk kota belanda, shopping2
16.30 - Sessi bergambar dan balik, aku, Tok Rimau, attoks, Spyz, Kak Sheila & anak2nya tak dapat naik van, terpaksa kak ros panggil lagi 1 van... hehe nasib baik tak kena tinggal :)
17.00 - Feri mula meninggalkan Pangkor... huhuhu rasa tak puas...
18.30 - Baru kuar dari Lumut, sempat berhenti untuk amik gambar di sawah padi dan aku lak pandu
19.45 - Aku tersesat masuk Hutan Melintang jap, isk isk maklumlah malam.. mata aku dah lah rabun...sorry ye nic
20.30 - Makan kat Benteng, Sungai Besar, aku order meehon tomyam, nic makan kuey teow goreng.. sedap.. sebab lapar, ni yang wat mata aku layu jek nasib baik Nic lak yang drive
22.30 - Alhamdulillah sampai di rumah.....

P/s.. Tq.. kak elaira & ND diatas sumbangan fotonyer yang cun tu...

Thursday, May 18, 2006

Biarlah Rahsia


Aku banyak keje ni.. tapi disebabkan bos ke 2 aku kuar jap waktu ni.. so aku amik kesempatan utk refresh balik beberapa perkara yang aku nak citer.. tapi sebelum tu, sekarang ni aku suka sgt dgr lagu Biarlah Rahsia...oleh Siti Nurhaliza mcm ada kena mengena jek... huhuhuhu

pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan ku melupakan
tiada pertimbangan

keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta

keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

Hari Ibu & Hari Guru


Hari Ibu
Tahun ni aku tak bagi apa2 pun kat mak aku sempena hari ibu...Aku cuma cium mak & wish Selamat Hari Ibu.. mak.. Aku tak tahu nak bagi apa sebenarnya.. jadi aku lebihkan sedikit duit bulanan mak, kalau2 mak aku nak beli apa2 yang diinginkan. Akak mendoakan mak sejahtera dunia & akhirat... Aku tak tahu.. aku tak leh nak cerita lebih2 karang tiba2 jek mata aku bergenang.. entah apa2 aku ni lum start citer pun nak nangis.. terlalu banyak jasa seorang ibu sebelum dan selepas aku kuar kat dunia ni...

Hari Guru
Aku wish kat beberapa kenalan.. Aku dapat balasan sms dr Tok Mat (ketua masa Rotu dudlu) Dulu Dia pgg rotan ko kata Dia garang, bila Dia lmbt msk klas ko kata Dia mls, bila Dia marah ko kata dia melampau, kini kau adlh Dia...

Sambutan Maulidur Rasul


14 Mei sambutan maulidur rasul baru disambut di tempat aku sekali ngan sambutan UMNO 60 tahun. Aku masuk pertandingan khat yang dianjurkan oleh Puteri. Oleh kerana tidak ramai yang menyertai maka kami telah memujuk ketua Puteri utk menambah hadiah ikut bilangan peserta. Aku dapat saguhati (rm20..ok what)... Pada waktu yg sama pagi tu ada pertandingan marhaban & bunga pahar dari kertas jagung. Pada sebelah malam perarakan diadakan dari Dewan TPG ke dewan SMKTPG. Seronok.. sambil berarak, aku & ean sempat berposing lagi amik gambar. Sampai kat dewan berpeluh gak walaupun tak sampai 1 km pun berjalan... acara diteruskan dengan ceramah oleh Dr Fadzilah Kamsah. Acara habis dalam kul 11.30 malam

Selangor vs Singapura


9 Mei malam aku turut serta dalam rombongan ke Singapura. Kuala Langat menghantar 5 bas, berhenti kat Gelang patah. Fuh... punya la ramai org selangor kat JB subuh tu.. Dalam kul 10 baru bergerak ke S'pore.. Urusan imigresen memakan masa yg agak lama mungkin sebab terlalu ramai nak masuk S'pore serentak.. Dalam kul 1.15 kami sampai di Stadium Nasional di S'pore. Jangkaan aku silap, kami menyangka dia orang berhentikan kami di town tapi itu rupanya agenda sendiri2, aku, Nic dan jiran Nic serta beberapa orang berjalan mencari MRT utk gi Orchard road, setelah lebih kurang 20 minit kot berjalan kami sampai ke stesen Kallang. Utk sampai ke orchard kami perlu menukar tren di City Hall. Fuh.. macam teror je kami2 ni.. Setelah sampai di Orchard kami pun berjalan2 dan aku ternampak House of Condom yang telah diberitahu oleh Nic sebelum ni. Kitaorang nak masuk tapi sebab kami membawa makcik jd niat itu pun kami lupakan sajalah. Jalan2 sampai penat kaki, cari kedai makan takde yang tertulis halal pun, akhirnya kami hanya makan nugget sotong & fillet ikan di salah sebuah gerai yg bertanda halal. Setelah mengalas perut kami mencari masjid. Kami nampak papan tanda masjid Al Falah tu tapi aku tak nampak lambang bulan dan sabit. Rupanya masjid tu di dalam bangunan.. Ramai juga orang menunggu waktu asar ketika kami sampai. Setelah solat dan menyambung rondaan kami buat keputusan utk balik ke Kallang semula. Dalam perjalanan balik ke stadium aku & Nic kelaparan nasi dan kami sempat menyinggah satu kedai Jawa. Aku order nasi + iwak lele. Sedap sambal dia. Satu pinggan 4 dollar s'pore.. Setelah kekenyangan baru kami masuk stadium.
Keadaan dalam stadium tak berapa ramai. Kami masuk dalam kul 7.20. Waktu tu perlawanan antara veteran s'gor dan veteran s'pore (menang 2-1). Setelah mencari tempat duduk baru kami perasan group Sijangkang FC berada di bahagian seberang sana. disebabkan malas nak pindah tempat maka kami pun ambil keputusan utk stay jek kat situ. Perlawanan antara pilihan S'gor lwn s'pore kalah 0-3. Sunggu memalukan.. penat kami datang jauh2..
Apabila kami kuar dari stadium kami cuba mencari bas no 14 tapi tak berjumpa, setelah beberapa kali berpusing2 baru teringat nak telefon Cik Jan. Alhamdulillah telefon Nic ada roaming, kalau tak mahu kami kena tinggal kat S'pore.. Malam tu gak terus balik ke S'gore. Sampai rumah dalam kul 6.05 minit pagi 11/05. Aku terus sambung tido sampai kul 10.30 pagi... hihi cuti ler gamaknya ari ni....

Princess Eleena



Tanggal 6 mei mencatat satu lagi sejarah apabila anak buah aku yang kelima lahir. Melalui pembedahan pada pukul 10.45 pagi di klinik Razif Norana, berat 2.67 kg. Muka dia ikut muka kakak2 dia. Diberi nama Puteri Eleena. Tanggal pusat pada 11 mei malam dan upacara berkhatan dan bertindik dilakukan pada 12 mei oleh nenek aku. Mak Lang doakan semoga Puteri Eleena menjadi anak yang solehah.. Amin...

Tuesday, May 02, 2006



Mak balik 28/4
Jumaat aku gi keje ngan kak zana coz wak shahrin gi Medan, aku bawak kelisa dia, best gak... Balik keje gi JJ, jumpa Nay, borak2, jalan2, makan kat KFC baru balik. On d way balik aku gi Klinik Pritam beli ubat sapu dan beli sabun Oilatum kat Farmasi Tmn Sri Andalas.. Sampai rumah jek aku suruh mira potong cili & aku masak seringkas yg mungkin. Lepas masak aku tido jap, kul 11 mandi, kul 11.15 aku bertolak gi LCC KLIA utk amik mak, Alhamdulillah mak ngan abah sihat, mak belikan aku beg.. yeyey.. seronoknya..Aku tido kat kul 1.30 pagi.
Pagi sabtu pun gi ngan kak zana. ptg tu Nic dtg rumah amik baju, sebenarnya aku nak hantar tapi semalam aku balik lewat.. Ptg tu masak lambat sikit.. lepas masak apalagi aku masuk tido.. bangun2 kul 6.30 ptg... cuci2 muka gi kuar cuci keta sebab baru teringat aku nak berjalan esok...

Larian Amal Jelita 30/4
Pagi macam biasa aku suruh Mira hantar, sampai dalam kul 7.15. Kul 7.30 start lari. Habis dalam 8.45pg. Sampai2 penamat jek aku dah tak nampak lain cuma aku lapar, apalagi amik air milo ngan air kotak, makan cornflake, lepas makan baru jalan ke gerai Jelita. Dapat majalah IR. Tgk penyanyi Nora masak pasta & chef Zam.. sempat menjamu pasta lagi... Kali ni punya hadiah.. Fuh...tempat pertama dapat percutian ke Bali... Seronoknya... Balik dari larian kitaorang jalan kaki gi Sogo, survey je dulu barang apa yang nak dibeli, dalam poket ada rm10 jek. Makan2, Dah kenyang jln kaki balik ofis Nic, gi Masjid Negara utk membersihkan diri. Dah cun baru kitaorang gi Sogo balik. Aku beli jeans, bantal, makanan dll. Nic beli cadar lagi. Aku teringin gak beli tapi nanti aku tak tahu nak letak kat mana.. Dalam kul 3 baru abis shopping. Dalam kul 4 makan2 kat rumah kwn Nic, kenyang tul aku ptg tu.. Balik sampai rumah dalam kul 6.30 ptg.. Tak lama lepas tu Angah datang, aku pun apalagi senseng lengan goreng apa yang patut.. Malam ni aku ada main badminton... Boleh main ke tidak ni.. Penat lari & berjalan pagi tadi pun tak habis lagi ni..

Badminton Piala Dato Fatah
Aku gi ngan Nic & N. Tapi aku sorang je main coz beregu rupanya esok 1 mei. Fuh... penat dah lama tak main alih2 pakai hentam jek... Aku dapat belajar sesuatu yang baru malam ni.. kami dipanggil oleh pengadil masa perlawanan sebab tak tahu bila nak start pukul mesti tersalah ruang. Rupanya ruang belah kanan untuk mata genap dan kiri utk mata ganjil. Yerlah aku budak kg mana pakai ruang kanan ke kiri tu, selalu start dari tgh jek... heheh.. Sepatutnya aku masuk cawangan Wira Jaya tapi disebabkan aku daftar lambat so aku mewakili kg bandar... Tapi kalah pun sebab aku malas nak datang esoknya lagipun aku tak main betul2 cuma sajer2 je nak asah bakat... kesian Nic & N, aku ingat beregu main sekali, Sorry yer aku tak tahu... Malam tu on d way balik kitaorng mkn kat Jenjarom.. Jumpa Wak Amin.. Lepas makan Nic bertanya tentang Jon kat N.. Tq Nic... I really appreciate sgt2.. Malam tu juga aku dapat tahu pasal Jon. Dia juga cuba menjauhkan diri dr N. Apa masalah dia sebenarnya.. aku pun tak tahu.. malam tu N dpt tahu aku rupanya yang bagi kad kat Jon masa birthday dulu... Takkan sebab bagi kad dah marah kot... confuse2... aku nak telefon sgt2 tapi aku tak nak digelar perempuan yang tak tahu malu... dah org tak nak aku nak gi terkejar2 buat apa... cuma aku sedih.. patutlah aku tak pernah terserempak ngan van Jon lagi rupa2nya dia dah lalu jalan dalam... aku punyalah kuar lambat kdg2 sebab berharap dapat terserempak ngan dia tapi rupa2nya dia memang betul2 ingin menjauhkan diri... Mungkin dia ada masalah... Apapun aku doakan yang terbaik utk dia.. semoga dia bertemu dgn org yang dia suka (sambil menaip air mata aku dah bergenang)...huhuhu...

Jodoh tak terancang 1/5
Sepatutnya aku main utk beregu pagi 1 mei tapi disebabkan aku dapat sms lambat dr amy, makanya aku tak gi.. Aku bangun pagi tu membasuh, hantar mak & cik Yati gi pertandingan berzanji. Masa nak hantar tu Cik Yati ada pesan ada sedara dia nak tgk aku, malunya aku, dah lah kes Jon tak settle lagi, ni nak suruh aku jumpa org lain plk..mulanya aku ingat budak tu aje yang nak tgk aku... alih2 mak bapa dan adik serta adik iparnya sekali datang. Perjumpaan dibuat di rumah cik Yati.. aku tak nak komen banyak2 sebab ianya melibatkan ibu bapa, kalau mak bapa dia dah berkenan aku akan redha je.. walaupun aku tahu aku masih ingat kat Jon lagi... macamana ni... pagi tu aku tanya N nak minta kepastian rupanya dia pun tk tahu apa2.. Mak ngan Abah menyerahkan segala keputusan kepada aku... Ya Allah berikanlah aku petunjuk. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik utkku.. tunjukkan aku jalan.. Ya Allah... malam tu mamat tu start bagi sms tapi disebabkan maxis malam tadi ada problem kot maka asyik failed je bila aku nak reply balik... entahlah aku tak tahu...

Friday, April 14, 2006

Heran


Aku heran tul ngan sebilangan org yang menggunakan banyak nombor telefon dan saling bertukar, tapi satu pun takder kredit.. Hampeh tul...Aku bukan apa... kadang2 menyusahkan aku nak bagi sms. Aku tak tahu pada waktu itu dia pakai nombor yang mana... Dahla tak reply sebab takder kredit menyebabkan aku tertanya2 adakah dia mendapat sms aku...aku bukan terlalu berkira utk menelefon... tapi memng aku berkira dengan golongan yang sebegini... Bengang tau tak... membuatkan aku rasa meluat, apala salahnya top up.. bukan utk sapa pun utk kegunaan diri sendiri gak... Tak kisahla... apa yang aku nak sibuk2 pasal orang ni kenapa??? entahla... tapi aku memang terasa sikit...sebab... ia melibatkan aku... :(

Macam Macam


Jumaat
Mak gi umrah ngan abah. Aku & Mira hantar gi airport dalam kul 5.30 pagi. Sempat b'sarapan di KLIA, kul 7.30 aku balik, gi keje dalam kul 9 pagi.

Sabtu/ Ahad
Ari ni tak kejer, dalam kul 9.30 pagi Angah amik bawak gi Johor, Kul 10.30 sarapan pagi kat hentian Ayer Keroh. Kul 1.30 sampai rumah K Ngah. Makan2 dan gi town cari hotel. Kitaorng menginap di The Zone Regency Hotel. Lepas asar berkumpul di rumah pengantin perempuan.. Balik semula ke hotel selepas maghrib. Bersiap utk jalan2 di bawah. Angah bawak makan Mee Rebus. Balik ke hotel dan tido. aku tido ngan Amalia & Mira tido ngan Balqis.
Pagi b'fast kat hotel. Angah b'fast kat luar coz C & D bangun lambat. Angah bawak jalan2 kat City Square JB. Fuh.. ramai org kebetulan plk tgh ada pameran digital.. kalau aku ada bawak duit cash waktu tu tentu aku rembat digi camera @ video cam... heheh. Selepas Zohor berkumpul lagi kat rumah pengantin perempuan.. Lambat sebab tunggu kompang.. yang kesiannya bdk2.. Bila masuk rumah pengantin jer perkara pertama yang dicari ialah air... Sempat la amik gambar pengantin tapi aku tak bergambar ngan pengantin pun sebab terlalu ramai org... Takper tunggu nanti pengantin bertandang ke S'gor jelah. Lepas kenduri jek terus balik. Sampai rumah dalam kul 8.30 malam. Kul 9 malam Elly datang nak amik buku..

Isnin
Pagi ni aku terlambat sikit coz terlalu penat..

Selasa
Sambutan Maulidur Rasul disambut ngan meriah di tempat aku. Pagi2 lagi aku dah menukar kedudukan perabot bilik. sampai sekarang tak siap kemas lagi... hehe pemalas aku ni.. tapi aku akan settlekan semua sebelum mak balik... Malam gi surau ada cukur jambul seramai 7 baby. Dapat berkat lagi. Dan macam2 bunga telor aku dapat, boleh masak sambal telor esok ni... Mulanya aku tak nak bawak makanan balik tapi rupa2nya cik Yati dah siapkan berkat utk aku... Tq...

Rabu
Pagi2 lagi aku dapat panggilan dari Cik zizah mengatakan Wak Ct meninggal. Innalillah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Selepas tu telefon rumah sentiasa berdering.. Bila aku buka handphone lagi banyak miss cal dan sms memberitahu kejadian yang sama. Alhamdulillah walaupun mak aku tiada di rumah wat masa sekarang, tapi jiran2 tetap ambil berat.. Aku sempat layat ngan cik Laili.. aku betul2 duduk depan jenazah masa dikafankan. Dalam kul 9 pagi aku balik dan bergegas ke tempat keje..

Khamis
Hari ni aku dapat panggilan dari Leen, lama sunggu tak dengar citer dia. Aku beritahu pasal blog extotu terus dia masuk. Nor Asnah Yaacob juga rupanya telah berpindah ke JJ Klang, Petang Tok Mat lak tel aku. Dia pulak rupanya ada kat Bukit Jalil. Nampaknya makin ramai geng2 usm berkumpul di selangor/ kl.. senang la nak wat reunion nanti.. Malam aku bengang tul. Aku rasa macam tak nak masak jer tapi sebab aku kesian aku masak la jgk. Bayangkan aku balik2 nasi pun tak masak lagi, sepanjang aku masak dia asyik dalam bilik jer.. Sabarla hati.. Sanggup pula tak makan siang sebab nak tunggu aku masak. Kalau ikutkan jahat aku lantakla korang lapar ke masak ler sendiri.. tapi aku takut karang mak balik ada pulak orng mengadu cakap aku tak masak... Sabar.. sabar