Konvoi merdeka tahun ni oleh Puteri Umno Kuala Langat jelajah selatan dari sijangkang (kuala langat) - pagoh (muar) - melaka - pd - putrajaya - kuala langat. Sebenarnya aku dah create citer untuk konvoi merdeka ni dari A sampai Z tapi sebab aku tak sempat nak save aku punya citer so aku story serba sedikit jelah pasal konvoi ni.
28hb kul 8.30pg sebanyak 20 biji kereta dihdpan kediaman Dato Fatah dilepaskan untuk mula berkonvoi sambil diiringi oleh polis trafik ke tol Nilai. Masuk highway dah takde polis escort. Sampai tol pagoh lebih kurang kul 11.30pg. Kereta amy pancit.. nasib baik suami dia teror.. tak sampai 5 minit tayar kereta sudah siap ditukar.. Masuk pagoh kami disambut dengan meriah oleh pergerakan puteri Umno bahagian Pagoh siap ada bunga manggar, paluan kompang dan gendang, siap dapat bunga telor setiap seorang lagi... macam gi kondangan la pulak.. cuma tak menyumbang jer...
Dalam kul 2.30 ptg bergerak ke Melaka. Kena bayar tol Rm7.40 dari Pagoh ke Melaka.
Selepas melepasi tol Ayer Keroh polis trafik dah siap menunggu untuk mengiringi kami ke bandar hilir... cheh.. rasa macam menteri lak bila semua kenderaan bagi laluan pada kami semua untuk lalu. Sampai di bandar hilir kat depan muzium kami semua ada tugas yang perlu diselesaikan... iaitu menjahit bendera..
Kul 4.30 petang setelah selesai menjahit jalur gemilang dan minum petang aku & geng sempat membeli belacan & ole2 untuk untuk dibawa blk. Selepas itu kami semua bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Port Dickson Beach Resort.
Sebelah malam ada jamuan barbeque sponsor oleh YB Bibi Sharliza... Nyam nyam memang menyelerakan... sampai dah tak larat aku nak makan. Selesai malantak kami semua ada permainan Ular beracun. Geli geleman gak walaupun hanya guna ular plastik jer.. Anis dah menggeletar semacam sebab memang dia takut ngan ular..
Aku tak tunggu lama sebab perut aku dah meragam... aku naik atas bilik dan apalagi tido awal...
Pagi 29hb kul 8.00 pagi semua orang breakfast. Nasi lemak dan roti bakar.. lepas breakfast ada senam robik dan sukaneka. Aku masuk kumpulan itik.. kuek..kuek..
Satu kumpulan ada 6 orang.. Macam2 acara dan acara yang tak boleh dilupa ialah mencari kuaci putih di dalam tepung.. Kumpulan aku menang 3 acara..
Nak mandi laut tak dapat sebab cuaca tak mengizinkan..
Selepas makan tengah hari dalam kul 1 tgh hari bergerak ke putrajaya..ke kementerian pengajian tinggi.. Di putrajaya kami disambut meriah oleh dato Shafie dan ketua puteri Umno Malaysia .. Kak Noraini dalam kul 2.30 ptg
Selesai penyerahan bendera dan minum petang kami bergerak balik ke Kuala Langat. Mula2 ke Pejabat Daerah Kuala Langat kunjung hormat dengan d.o dalam kul 5 ptg. Semua pekerja dah nak balik.. so kita oarng tak boelh lama kat situ selepas menjamu ala kadar kita orang bergegas ke Majlis daerah Kuala Langat & jumpa s/u.. Selepas itu ke pejabat en Hasiman untuk penyerahan bendera.. Setelah selesai kami semua sambil diiringi polis patah balik ke Telok untuk merentangkan bendera Dato Shafie di pagar masjid Telok Panglima Garang.. Setelah selesai kami semua balik semula ke Sijangkang untuk merentangkan Jalur Gemilang Dato Fatah di hadapan Esso. Ah.. leganya apabila semua dah selesai... Tapi sebelum itu kami dijamu sekali lagi oleh En Leman makan sate bersebelahan Petronas batu 9 kebun bharu... Malangnya Anis ada class kul 8 so group kita orang pun minta diri dulu sebab aku nak hantar dia lagi ke Port Klang.. Aku sampai rumah dalam kul 8.30 lebih....
Ucapan penghargaan untuk Kak Ojen, Amy, dan ajk dan semua ahli konvoi... u all semua world....tahun depan jgn lupa ajak aku lagi... bye... gambo2 kat atas kay
Paling tak lupa group satu kereta... Nic, Aen & Anis... :)
No comments:
Post a Comment