semenjak cerita pasal konvoi aku dah lama tak menulis.. bukan takde cerita atau tak sempat nak menaip tapi entah kenapa aku macam rasa x mempunyai perasaan untuk menulis.. lagipun tulisan ini untuk suka2..
sebenarnya aku pun tak tahu nak menulis apa petang2 ni. Oh yer td aku gi SACC bagunan baru kat shah alam, masa masuk memory lane tiba-tiba ada orang cuit aku.. amy rupanya.. budak kkb.. Gi singgah jap kat MPH ternampak kawan lama tapi aku tak tegur sebab waktu time aku ke sana td time solat jumaat & nasib baik jgk mamat tu tak tegur aku kalau tak tentu terkeluar soalan berbisa dari aku kenapa tak gi solat.. Aku heran dengan sesetengah orang lelaki ni.. diberi peluang seminggu sekali untuk solat jumaat pun tak nak dimanfaatkan, entahlah kat kompleks ni pun kadang2 ramai orang lelaki pakai baju melayu time hari jumaat tapi time solat aku tengok dia duduk makan kat tingkat atas ngan muka selamba.. dia orang tak rasa malu ker... mungkin sebab duduk di bandar kot.. cuba kalau duduk kat kampung alamat puas kena leter ngan mak.. oh yer aku baru teringat aku tak bagi lg kat gee address nak ikut kursus bahasa.. entah mana aku campak aku pun terlupa. Minggu lepas geng2 aku dari utara datang.. gee dan sepupunya, termasuk fazi bdk melaka, dan hud roomate aku dulu dari batu pahat. Banyak yang hendak dicerita bila dah berjumpa.. Hud dah bertunang dan insyAllah akan melangsungkan pernikahan pada bulan 12 nanti.. Alhamdulillah... aku gak yang masih tak berubah2.. Aku bawak geng aku gi Nilai Square kat bandar nilai la... Puhh.. punya ler ramai umat membeli belah kat situ termasuk la kami berlima.. Sekarang tengah musim kain corak batik.. aku, gee, hud & fazi pun ikut memborong.. aku yang bawak tapi aku yang lebih memborong.. Tapi tak lama pun dalam sejam je masa yang kami abiskan kat situ.. sebab lepas ni aku nak bawak diorang gi alamanda...makan2.. nak masuk carefour tapi tak sempat sebab budak2 ni nak balik malam ni tapi tiket pun tak amik lagi..Keluar dari alamanda aku bawak diaorang gi masjid putrajaya dan tengok cruise jap kat tasik putrajaya.. Dalam kul 6 aku kuar dari putrajaya dan terus pecut ker kl.. sampai tol sg besi jem teruk..minyak pulak dah nak abis.. akhirnya dlm kul 8 kitaorang sampai kat depan pudu selepas tersangkut kat jem... Selepas hantar diorang aku gi hantar hud kat sunway lak... lepas tu ingat nak tengok anak2 buah aku sebab abg aku ada jamuan makan kat kenduri lob yang dapat pelakon mahligai gading tu.. sampai depan rumah bdk2 aku cal.. bibik ckp bdk2 dah tido, x jd aku nak masuk karang terjaga susah plk aku..
tak lupa jg happy belated to nic 7/9..
1 comment:
kecikkknyaa font kaaauuu.. blur mata aku..
Ahad nie jogginh ye.. gtl kaki kalau tak jogging sambil cuci mata.. best ke SACC? Mcm KLCC dak
Post a Comment