Monday, October 03, 2005

Bola.......

Eeeeeiiii syoknya dah lama aku tak tgk bola kat stadium. Kali terakhir sebelum Danisha lahir kot. Ini kali pertama aku tgk kat stadium bukit jalil. Selalunya aku tgk kat stadium shah alam. Ini jg 1st time aku gi ngan kawan2 selalu aku gi ngan family aku. Hari khamis lg dah kecoh cari tiket, excited sgt.., maklumler rancangan awal nak makan2 kat bagan alih2 ramai yang tak free malam tu apalagi bila ada kawan nak tgk aku pun... hehe.. Aku gi b'3 ngan Nic & Ila. Actually sebenarnya banyak agenda hari sabtu tu, pagi aku keje cam biasa, dalam kul 9 pg kuar jap gi Intan Matang servis keta. Kul 3.45ptg baru siap. Aku ingat kalau balik awal aku nak tgk sales thermos kat subang. Tapi masa tak mengizikan. Sepanjang balik ke rumah ramai penyokong selangor berduyun2 pergi ngan mengibarkan bendera s'gor. Jeles aku.. Takpe..takpe.. aku akan menyusul kemudian heheh. Sampai kat rumah, aku tido jap, sementara nak tunggu Ila ngan Nic balik. Dalam kul 5.45 Ila tel dia dah sampai rumah. Aku pun apa lagi kelam kabut bersiap. Kul 615 terus gi. Singgah jap di perhentian kinrara coz nak bagi tiket untuk kak su. Teringat kenangan 5 tahun dulu dimana aku keje sbg jurujual kat salah satu kedai kat perhentian ni. Dalam kul 7 kita orang kuar dari kinrara. Lepas tol je dah jem. Jalan nak ke stadium polis tutup pulak, terpaksa buat u-turn, alih2 lepas u-turn polis tutup jgk jalan depan tu maknanya aku kena turun gi highway balik. Aku tgk 2, 3 keta lepas. Aku pun amik kesempatan cakap slow2 ngan polis tu, alih2 polis tu bagi aku masuk. Nic tanya aku kenyit mata ke ngan mamat polis tu.. hehe tak kuasa aku... Sampai kat depan stadium cari parking.. Aku tak tahu nak parking kat mana, alih2 aku parking depan carefour selepas penat berlegar2. Jalan kaki sampai ke stadium. Aku pun silap gi pakai kasut bertumit sapa suruh patut aku pakai selipar je...Padan ngan muka aku.. Sampai kat stadium cari surau dan solat dulu baru cari tempat duduk. Malangnya takde tempat duduk yang kosong, sume penuh. Selepas penat turun naik kitaorang amik keputusan turun kebawah, berlegar2.. perlawanan dah bermula, apalagi.. duduk je kat tangga bawah banner connought bridge club & bawah bahagian gendang kalau tak silap aku. Inilah first time aku duduk kat tangga. Tapi pengalaman yang sungguh menyeronokkan, tak boleh nak ditafsir ngan kata2. Budak2 sebelah menyebelah pun sporting2, cuma ada la mamat yang tersesat tiba2 nak duduk sebelah menyebelah, ..sorry.. Separuh masa kedua kitaorang injak kedepan sikit sebab masa masa pertama td aku tak dapat tgk keseluruhan padang sebab terhadang tembok. Bila duduk depan sikit ni baru clear sikit.. Macam2 karenah yang aku dapat perhatikan sepanjang berlangsung perlawanan. Bunyi paluan gendang menambahkan debaran & semangat kitaorang untuk bersorak. Kitaorang balik tepat masa 90 minit berakhir. Kuar2 je..kat luar stadium dipenuhi penyokong2 perlis yang mungkin kecewa dan kuar awal, bila tgk kiri kanan semua nampak hijau kuning je, kitaorang lak pakai baju merah kuning, takut pun ada gak, tapi insyaAllah takde apa2. Bila nak kuar ke highway pun jalam jem gak... Polis tutup jalan lagi. Bengang tul aku.. On the way balik singgah awan besar makan. Aku sampai rumah dalam kul 1.30 pagi...
Balik2 borak2 ngan mak sampai aku terlelap sendiri kat 2.30pg

Pagi ahad gi Kem Gelanggang Buaya (KGB) sebab ada solat tasbih, tapi bila sampai sana rupanya ada program lain, sehari bersama opah. Budak2 puteri Islam w.persekutuan & kolej mara banting bersama budak2 istimewa dan golongan veteran dari rumah orang2 tua. Rupanya2 takde solat tasbih cuma ada bacaan Yassin selepas solat zuhur. Balik rumah basuh baju yang dah aku rendam dari pagi tadi. Kat kul 6 baru siap.. kalau basuh mesin takper ler ni kena sental satu persatu.. saja jer cari penyakit..

Malam ni lak aku ada final exam... Takut... tapi best gak.. puasa ni takde class.. Insyaallah boleh solat terawih....

1 comment:

sha said...

Lupa nak habaq, selangor menang 3-0 tapi semuanya digolkan oleh Bambang.. Sedih sebab pemain sendiri tak golkan bola ikh ikh