Wednesday, March 29, 2006

Kereta oh kereta


Orang :Cik shah
Aku :Yer saya
Orang :Tadi ada hantar servis kereta kan?
Aku :Hmm.. ya
Orang :Pump water bocor la cik
Aku :Adus...(Dalam hati) Alamak, nak tanya sikit.. pump water tu kat belah mana lak (Aku mana la tahu bab kereta ni, tahu bawak jek)
Orang :Pump water dekat dgn water filter
Aku :Ooo...(cheh.. macam tahu),kalau tukar kena berapa plk
Orang :Pump water tu rm105
Aku :Tukar jelah (dengan berat hati aku merelakan)
Apa nak buat, kena tukar la jugak.. bulan ni aku dah la sengkek.. nasib2.... :(
Aku hantar servis kereta setiap 5k kat Proton Edar, nasib baik tadi tak ramai orang, masa nak balik ofis tunggu bas pun sekejap jer, oklah, teksi banyak lalu tapi tak pasal2 karang terbang pulak 5-7 ringgit, naik bas baru 0.80 sen.. bukan berkira tapi 5 ringgit tu boleh buat belanja makan tgh hari...

Monday, March 27, 2006

Walkathon & Pesta Buku


Sabtu 25 mac ada charity walkathon kat Sunway Lagoon, dari rumah kul 7.15, gi rumah Nic, park keta nic kat usj, tersesat parking kat Sunway, sebab diaorang tgh wat renovation, so kena masuk parking sunway pyramid.. Sampai2 terus daftar. Fuh punya ler ramai orang. Masa daftar dapat nombor je coz t-shirt dah abis. Pergi ke pentas utama untuk upacara pembukaan. Pengacara Tini & celina 3R, Tak sangka Tini nampak comel in live, kenapa dia nampak montel kat tv yek.. confuse2. Sempat amik gambar lagi..
Berlepas dalam kul 9 pagi.. Kena berjalan 10,000 steps, masa 5,000 steps nak ker 6,000 steps tersesat jap sebab tak jumpa tempat nak cop.. hehe apara.. takder orang tunjuk arah.. anyway aku berjaya juga menghabiskannya, dah habis gi amik b'fast ngan dapat souvenir dr Guardian, sarapan jap, amik T-shirt and sijil, jalan2 tgk gerai2, tak tunggu pun sampai acara penutup terus aku n Nic jalan2 kat dry park, nak gi wet park tak bwk baju kalau tak boleh berendam jap. Hehehe mula ler bermain sakan, cuma roller coster jer tak naik. Tapi kita orang tak lama dalam kul 12 dah kuar, Lunch jap kat Laksa, dah kenyang gi balik usj antar Nic dan aku terus pecut ke rumah.
Sampai rumah waktu zohor. Lepas zohor aku dan adik gi komuter Klang utk gi PWTC, Tiket utk ke Putra rm3.80. Sampai2 dalam 4.15 ptg. Tempat pameran kali ni dah berubah lebih jauh.. Tapi punya ler ramai umat kat sini. Sampai2 terus cari Kak Zana & kak Su, Mula2 aku terjah ke creative enterprise dulu.. Aku belanja dalam rm70 untuk 4 buku. Tempat ke2 aku gi kat karangkraf & Alaf 21, Kat sini lagi best aku belanja kat Rm116 untuk 7 buah buku. Hehe separuh utk elly coz dia ada kirim suruh belikan. Aku cari lagi satu buku Ahadiat akashah. Meaning.. hari tu punya belanja jek dah dkt rm250. Huhuhuhu....
Malam tadi lak lepas maghrib aku turun giant sebab nak cari tempat rak baju aku yang patah, baju jubah aku tak leh nak sangkut dah... Belanja kat seratus lebih.. Ya Allah, minggu depan aku nak gi lagi pesta buku ni... Minggu depan gak nak naik cameron, kereta aku ni tak servis lagi sepatutnya dari minggu lepas... Uwaaaaa.. Lagi 2 minggu lak sepupu aku kahwin kat Johor... Alamak memang budget aku bulan ni memang teruk ler... apa ni.. budak planning pun dah tak boleh plan dah... :(

Friday, March 03, 2006

Gunung Nuang vs Air Terjun Perlus


Dalam kul 7.30 aku dah kuar rumah, isi minyak jap, jumpa En Rahim kat depan Carefour dalam kul 8.15. En Rahim bawak gi wisma KT kat PJ, ish..ish.. kalau aku disuruh gi sendiri gamaknya boleh sesat, berbelit2 jalannya.. Sampai wisma KT aku dibawa masuk ofis, dan kenal beberapa orang bdk yg akan gi sama, dalam kul 10 baru bertolak gi. Aku bawak kereta ngan Yaya, Budak2 lain naik van, dan ada 3 kereta lain. On d way nak ke Cheras kami tersesat 2 kali, bukan sesat tapi salah jalan. Dalam kul 11.00 sampai kat Pangsun Ulu Langat... Masa nak naik kasut aku pulak tercabut nasib baik masih kat tempat parking lagi. Syukur Alhamdulullah yang tak terhingga nasib baik ada selipar Dr Cardin, kalau tak aku tak ikut naik Gunung Nuang kot.
Plan asal sebenarnya gi Air Terjun Perlus tapi disebabkan perjalanan mengambil masa yang lebih lama ditambah pula kali ini kali pertama Kelab Kembara nak wat aktiviti macam ni so naik Gunung Nuang je.. Aku baru tahu masa sampai kat bangunan KT tadi... sabar jelah... Perjalanan mengambil masa 3 jam. Sepanjang perjalanan aku terpegun dengan alam ciptaan Tuhan, sungguh indah.. species2 bunga yang aku tak nampak pun ada cuma aku rasa rugi tak bawa digital camera. Dalam perjalanan aku terserempak ngan ular..Alhamdulillah takde apa2 yang berlaku.
Sampai kat Kem Lolo kitaorang berehat jap dan solat zuhur. Sungguh dingin air terjun tu, sampai sekarang aku masih terasa akan kedinginan airnya... pirrah.. jiwang la pulak.. Semasa sedang menanak nasi kita orang diminta utk tukar tapak khemah ke bawah sedikit, selepas mengemas apa yang patut dan pasang khemah kami pun beramai2 memasak. Lauk kami pada petang itu ialah sosej goreng, sayur kobis campur su'un, ikan kering, kari ayam, dan campur sambal tumis yang di bawa oleh Yaya, selepas masak.. kami mandi air terjun beramai2... Best sangat... Lepas mandi manda kami pun makan... cheh... macam karangan budak sekolah... Kami solat maghrib dan pada malam itu ada sesi tazkirah oleh salah seorang brother (team Bochatos) yang guide kitaorang, macam2 pengalaman yang brother tu ceritakan... dalam 11.30 malam gi masuk tido... tapi aku takleh tido ngan lena.. tak tahu kenapa...
Pagi terjaga dalam kul 6.45 itupun kami dikejutkan oleh bunyi air hujan yang turun. Masing2 rasa nak meluru keluar sebab nak menyelamatkan baju.. Selepas hujan sedikit reda aku tukar baju basah semalam untuk tolong siapkan sarapan, menu pagi ni lak nasi goreng, jemput2, burger goreng, papadom,sandwich sardin, sebelum sarapan kitaorang gi mandi dulu, lepas mandi dan sarapan baru aku mengemas utk balik. Dalam kul 1.15 baru kitaorang bergerak turun. Dalam 2.45 kami sudah sampai ke tempat parking, kali ni aku balik sorang2 follow kereta en rahim... sampai rumah dalam kul 5.30 petang... mandi, solat magrib, mak takde gi Johor, so aku kena masak sambil tgk ABPBH, tunggu mak balik lebih kurang kul 11 baru aku masuk tido...

Suatu hari di Kuala Lumpur


Boleh dikira berapa kali dalam setahun aku turun Kl, kalau tak kerana larian, kursus atau gi PWTC dah sah memang aku takkan turun, tapi tahun ni mungkin banyak kali kena turun sebab banyak kursus wat kat KL. Setiap kali aku turun mesti tumpang Nic, tapi disebabkan Nic cuti pada jumaat lepas (24/2) aku membuat keputusan utk naik bas & komuter ke KL huhuhu. Nasib baik ada Faridah, aku tumpang sampai hentian monorel Jalan Nanas, utk ke menara Dion (Tokio) aku naik tren sampai Jalan Raja Chulan. La... tak jauh rupanya kalau aku tahu aku jalan kaki tadi... hehe berlagak.. Aku sampai tepat2 kul 9.30. I'm d only malay girl.. hehe dah biasa dah. Tapi tahun lepas aku sorang2 wear baju kurung yang lain pakai jeans, tapi ari ni 3 orang cina wear baju kurung kedah & kebaya... aku lak yang malu sendiri coz aku lak pakai jeans di ari jumaat. Habis course dlm kul 1. Aku lunch ngan shidah. Lepas lunch aku naik tren sampai jalan Imbi utk gi Berjaya Times Square, Solat zuhur & tgk2 lepas tu gi naik tren semula utk ke Kl central. Sampai kat Kl central gi seberang utk tukar komuter lak gi Klang. Sampai Klang dalam kul 4.30. Jalan kaki lak se stesen bas Klang Banting. Kat 1 jam tunggu baru bas Banting muncul. Aku sampai rumah dalam kul 6. Fuh... aku rasa kaki aku macam melecet sebab terlalu banyak berjalan, tahu aku pakai sport shoes sedap sikit berjalan...

p/s Tq bebanyak kat Faridah coz tumpangkan aku, kalau tak mesti aku failed jln KL, tapi selepas ni confident sikit kot, sebab dah tahu, & tq gak kat Shidah coz belanja aku makan tghari, sampai balik rumah masih terasa kenyangnya.. hehe