Friday, March 03, 2006

Suatu hari di Kuala Lumpur


Boleh dikira berapa kali dalam setahun aku turun Kl, kalau tak kerana larian, kursus atau gi PWTC dah sah memang aku takkan turun, tapi tahun ni mungkin banyak kali kena turun sebab banyak kursus wat kat KL. Setiap kali aku turun mesti tumpang Nic, tapi disebabkan Nic cuti pada jumaat lepas (24/2) aku membuat keputusan utk naik bas & komuter ke KL huhuhu. Nasib baik ada Faridah, aku tumpang sampai hentian monorel Jalan Nanas, utk ke menara Dion (Tokio) aku naik tren sampai Jalan Raja Chulan. La... tak jauh rupanya kalau aku tahu aku jalan kaki tadi... hehe berlagak.. Aku sampai tepat2 kul 9.30. I'm d only malay girl.. hehe dah biasa dah. Tapi tahun lepas aku sorang2 wear baju kurung yang lain pakai jeans, tapi ari ni 3 orang cina wear baju kurung kedah & kebaya... aku lak yang malu sendiri coz aku lak pakai jeans di ari jumaat. Habis course dlm kul 1. Aku lunch ngan shidah. Lepas lunch aku naik tren sampai jalan Imbi utk gi Berjaya Times Square, Solat zuhur & tgk2 lepas tu gi naik tren semula utk ke Kl central. Sampai kat Kl central gi seberang utk tukar komuter lak gi Klang. Sampai Klang dalam kul 4.30. Jalan kaki lak se stesen bas Klang Banting. Kat 1 jam tunggu baru bas Banting muncul. Aku sampai rumah dalam kul 6. Fuh... aku rasa kaki aku macam melecet sebab terlalu banyak berjalan, tahu aku pakai sport shoes sedap sikit berjalan...

p/s Tq bebanyak kat Faridah coz tumpangkan aku, kalau tak mesti aku failed jln KL, tapi selepas ni confident sikit kot, sebab dah tahu, & tq gak kat Shidah coz belanja aku makan tghari, sampai balik rumah masih terasa kenyangnya.. hehe

No comments: