Friday, March 03, 2006

Gunung Nuang vs Air Terjun Perlus


Dalam kul 7.30 aku dah kuar rumah, isi minyak jap, jumpa En Rahim kat depan Carefour dalam kul 8.15. En Rahim bawak gi wisma KT kat PJ, ish..ish.. kalau aku disuruh gi sendiri gamaknya boleh sesat, berbelit2 jalannya.. Sampai wisma KT aku dibawa masuk ofis, dan kenal beberapa orang bdk yg akan gi sama, dalam kul 10 baru bertolak gi. Aku bawak kereta ngan Yaya, Budak2 lain naik van, dan ada 3 kereta lain. On d way nak ke Cheras kami tersesat 2 kali, bukan sesat tapi salah jalan. Dalam kul 11.00 sampai kat Pangsun Ulu Langat... Masa nak naik kasut aku pulak tercabut nasib baik masih kat tempat parking lagi. Syukur Alhamdulullah yang tak terhingga nasib baik ada selipar Dr Cardin, kalau tak aku tak ikut naik Gunung Nuang kot.
Plan asal sebenarnya gi Air Terjun Perlus tapi disebabkan perjalanan mengambil masa yang lebih lama ditambah pula kali ini kali pertama Kelab Kembara nak wat aktiviti macam ni so naik Gunung Nuang je.. Aku baru tahu masa sampai kat bangunan KT tadi... sabar jelah... Perjalanan mengambil masa 3 jam. Sepanjang perjalanan aku terpegun dengan alam ciptaan Tuhan, sungguh indah.. species2 bunga yang aku tak nampak pun ada cuma aku rasa rugi tak bawa digital camera. Dalam perjalanan aku terserempak ngan ular..Alhamdulillah takde apa2 yang berlaku.
Sampai kat Kem Lolo kitaorang berehat jap dan solat zuhur. Sungguh dingin air terjun tu, sampai sekarang aku masih terasa akan kedinginan airnya... pirrah.. jiwang la pulak.. Semasa sedang menanak nasi kita orang diminta utk tukar tapak khemah ke bawah sedikit, selepas mengemas apa yang patut dan pasang khemah kami pun beramai2 memasak. Lauk kami pada petang itu ialah sosej goreng, sayur kobis campur su'un, ikan kering, kari ayam, dan campur sambal tumis yang di bawa oleh Yaya, selepas masak.. kami mandi air terjun beramai2... Best sangat... Lepas mandi manda kami pun makan... cheh... macam karangan budak sekolah... Kami solat maghrib dan pada malam itu ada sesi tazkirah oleh salah seorang brother (team Bochatos) yang guide kitaorang, macam2 pengalaman yang brother tu ceritakan... dalam 11.30 malam gi masuk tido... tapi aku takleh tido ngan lena.. tak tahu kenapa...
Pagi terjaga dalam kul 6.45 itupun kami dikejutkan oleh bunyi air hujan yang turun. Masing2 rasa nak meluru keluar sebab nak menyelamatkan baju.. Selepas hujan sedikit reda aku tukar baju basah semalam untuk tolong siapkan sarapan, menu pagi ni lak nasi goreng, jemput2, burger goreng, papadom,sandwich sardin, sebelum sarapan kitaorang gi mandi dulu, lepas mandi dan sarapan baru aku mengemas utk balik. Dalam kul 1.15 baru kitaorang bergerak turun. Dalam 2.45 kami sudah sampai ke tempat parking, kali ni aku balik sorang2 follow kereta en rahim... sampai rumah dalam kul 5.30 petang... mandi, solat magrib, mak takde gi Johor, so aku kena masak sambil tgk ABPBH, tunggu mak balik lebih kurang kul 11 baru aku masuk tido...

No comments: