Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night. Anyway....Blog ni takde kena mengena ngan bunga bakawali tu pun... :)
Friday, February 17, 2006
Hikmah
Tadi malam atau malam tadi, tak kisahlah.. yang pentingnya aku cuma berasa sangat bahagia, damai dan tak terucap rasanya ngan kata2. Selalunya malam jumaat mak ngan abah gi surau, tapi malam tadi mak tak gi dan mak ajak aku & adik untuk tahlil bersama. Habis tahlil kitaorang solat berjemaah.. Alhamdulillah kalau dapat buat tiap2 malam jumaat.. rasa tenang jer lepas tu...Dah lama sangat rasanya tak solat berjemaah ngan family.
Pagi td dalam keta aku dgr klfm, tentang kelebihan wanita. Aku amat bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita. Aku baru ura2 bercadang ngan Nic nak tinggal asing ngan family jika aku tak married lagi dan umur aku dah mencecah 30 nanti, tapi bila dengar klfm pg tadi aku terus berubah fikiran. Ada banyak hikmah kenapa aku tak kahwin lagi, antaranya aku dapat berkhidmat untuk mak aku. Kalau aku dah pindah tentu mak aku takleh nak mengharapkan aku... I love u mum... Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa hehe tapi sajer tangan gatal nak menaip
Wednesday, February 15, 2006
PGL The musical
Kuar ofis kul 5.30 petang gi stesyen komuter shah alam turun kat hentian Bank Negara, tiket harga rm2.80, mundar-mandir jap kat depan Sogo.. ternyata aku dah silap hentian, amik lrt patah balik gi masjid Jamek kena rm1.20, sampai kat depan ofis Nic lebih kurang kul 7.10 pm. Naik kereta Nic utk gi Istana Budaya, jalan jem sebab baru lepas hujan lebat dan ada pokok tumbang khabarnya, tapi biasalah aku memang tak tahu jalan kl, sampai2 kat kul 8.20pm. Lalu depan cafe terperasan Sultan Muzaffar, tapi sebab kitaorang dah t'lewat apalagi jalan menonong kat kaunter tiket, selepas beratur utk dapatkan tiket kami berjaya masuk sebelum tayangan bermula.
Secara keseluruhan amat menarik, mengkagumkan dan terhibur, aku tak nah gi tgk teater semahal ni, selalu tgk pun masa study dulu kat penang. Lakonan & nyanyian Tiara mengasyikkan, lakonan stephen bolehlah cuma part bila dia cakap ada kureng sikit... hehe hang tuah celuplah katakan.. tapi time dia menyanyi..phuh... memang best, Ac pulak memang tak mengecewakan, loghat Jawa yang dibawa amat memukau. Aku memang teruja tul tgk dia berlakon malam tu.. Begitu juga ngan adlin, tak sangka sultan melaka pandai menari & menyanyi
Set juga amat cantik disamping kesan penataan cahaya yang amat bercahayalah. Aku sedkit kagum dengan bongkah2 kayu yang boleh digerak-gerakkan menjadi gunung ledang, ukiran kayu istana melaka, kawasan pelabuhan, kain putih pjg menyerupai air terjun.. memang cantik...aku cuba nak amik gambar semasa tayangan tapi tak dibenarkan. apo nak buat tgk jerlah..
Tayangan start kul 9 dan tamat kul 11.50pm. Penonton memberikan tepukan yang amat gemuruh. Kuar dari tingkat tiga kitaorang sempat berjumpa stephen & tiara, sempat lah amik gambar ngan hang tuah, nak amik gambo ngan puteri asyik kena kerumun jer, on d way nak balik terserempak ngan Ac kat tangga, sempat gak berposing ngan dia, tak sangka tinggi n tuff si ac ni.. Sebenarnya Nic nak jumpa adlin tapi tak sempat jumpa sebab bila kitaorang bertanya pada zahim berkemungkinan dia blk awal sebab mak mah ada dtg. Bila kuar je tel aku asyik berbunyi menandakan banyak sms masuk. Maklumlah masa tayangan coverage takde lgsg..hampeh, nasib baik takde miss call dr mak aku..
Sebenarnya aku bawak blaus utk ditukar kat tempat Nic tapi disebabkan kesuntukan masa aku gi tgk just pakai baju keje aku, nasib baik aku pakai bj cun sikit semalam, kalau ikut mood aku cam ari ni aku pakai apa yang ada jer macam tak sesuai jer.. aku tak nafikan aku tak pandai bergaya.. tapi yang paling teruk aku tertido 2 kali masa tayangan, teruk..kan. mungkin sebab terlalu penat, dan telinga aku pulak didengarkan ngan alunan yang mendayu menyebabkan mata aku senang jer terlelap.. hehe tapi aku tahu jalan citer ok.. cuma kalau ada kesempatan lagi aku nak tgk kat aras bawah pulak, tak puas... rasanya... hehe ada ker orang nak sponsor? ahaks
Sampai rumah kul 1.30 pagi.. Lepas membersihkan diri aku pun zzzzz..Pagi tadi jam loceng aku berbunyi 2 kali tapi aku rasa nak bangun lambat sikit, tiba2 kul 6.40 aku dapat sms dr izat.. selmt pg, nanti singgah tempat sy, ada barang nak bagi.. sabo jer aku.. pagi2 lagi dah kejutkan aku... kul 8.30 aku dah sampai betul2 dpn ofis izat n rupa2nya dia nak bagi aku sekotak payung... sabo jer, pemalas betul nak hantar sendiri..
p/s: tima kaseh utk k su, aku memang tak arif tul nak naik komuter ni, nasib baik k su temankan aku sampai kl... TQVM. Tq gak utk Nic sebab sanggup tunggu aku & bwk aku tgk PGL, aku memang failledlah area kl ni..

Monday, February 13, 2006
Mai...
pg semalam gi jog ngan nic and A & B, balik jog aku membasuh kereta & baju, tangan aku terluka balik.. ptg dapat sms dr angah, Kat ner? k ngah ada kat rumah bwk gambo.. aku sedar 1 jam selepas tu.. apalagi pecut gi rumah angah, nasib baik k ngah tak balik lagi. Tgk gambo kahwin aritu, cantik.. tak dapat digambar ngan kata2.. berita gembira terbaru kngah dah pregnant nak masuk 4 minggu.
malam janji ngan Nic n Nor nak gi rumah Mai.. aku tgk mai semakin berseri2 lepas balik haji.. macam2 cerita yang aku dapat dari malam tadi.. sekurang2nya dapat memotivasikan diri aku sikit, Mai cakap tanpa keizinan dariNya kita takleh nak buat apapun, jadi aku pun berfikir balik, sesungguhnya Allah lebih mengetahui mengenai perhubungan aku ngan J, Allah tahu sekiranya J bukan yang terbaik utk aku maka dijauhkan kami... mungkin.. sebagai hamba aku redha dengan ketentuannya... lepas dengar cerita Mai, aku juga semakin teruja & berkobar2 nak ke Tanah suci lagi
semalam juga aku ternampak gambar seseorang... aku mendoakan semoga dia berbahagia selalu... Kumbang bukan seekor, tapi kenapa yang seorang itu yang kita takleh lupa... huhuhuhu alhamdulillah sekurang2nya aku mendapat nikmat yang lain...
Friday, February 10, 2006
Syukur
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Marilah amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur
Syukur Alhamdulillah
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan
Lagu syukur oleh Raihan.. Aku bawa topik syukur di pg jumaat ni sebab malam tadi tgk Ar Rayyan. Kita sebagai umat manusia hendaklah selalu bersyukur. Ustzh jg berkata kita dijadikan sebaik2 umat berbanding makhluk lain jadi mengapa kita tidak mahu sentiasa bersyukur. InsyaAllah mulai malam tadi aku nasihatkan diri sendiri supaya menjadi orang yang sentiasa bersyukur. Untuk lebih lanjut boleh klik di Syukur. Malam tadi juga ustazah menyentuh mengenai sujud syukur. Aku memang tak nafikan aku jarang wat sujud syukur ni. Untuk lebih lanjut mengenai sujud syukur boleh klik ke sujud syukur
Thursday, February 02, 2006
Birthday Abah
21 jan.. pagi masak nasi lemak, ingat petang tu nak celebrate kat Pizza Hut tapi angah ajak makan kat Muara pulak. Bila abah bagitahu muara mahal kitaorang tukar plan makan kat Bagan Lalang... Sedap tak dapat digambar ngan kata2 cuma makanan yang aku nak makan (Pepahat) tak dapat makan sebab waiter hantar meja lain. terlampau ramai sgt org, sampai kelam kabut budak2 pelayan tu kehulu hilir melayan karenah pelanggan.. Makanan pun sampai lambat sebab terlalu ramai orang.. cian kat A,B,C, & D dah kelaparan dan mengantuk... balik kat kul 11 malam
Spagheti
28/01... petang tu sebenarnya ada high tea kat Hotel Impian Morib, tapi aku balik keje pun dah lewat.. kat kul 4 ptg baru sampai rumah.. Balik2 aku kuarkan barang2 nak buat spagheti.. hehe cubaan pertama, masa aku sedang sibuk nak menghancurkan daging angah datang, apalagi aku pun kuarkan satu lagi sos spagheti takut tak cukup, aku buat dua satu rasa seafood satu lagi rasa tomato yang merah.. semua makan sampai habis... seronok tuk bila aku masak licin... Alhamdulillah
Imie
29/01... Imie kahwin kat Bangi, tersesat jap sebab tak jumpa bandar baru bangi, patah balik masuk lalu kajang baru nampak... sampai kat sana Sham baru jer balik. makan2, tgk gambar tunggu Yati datang baru aku balik..
Kelip-kelip Kampung Kuantan
30/01... gi kuala selangor nak tgk kelip2. Dah planning dan book chalet dari awal bulan. Kuar rumah kul 2.45 ptg, amik Nic, singgah komuter Klang amik Gee & Fazi. Sampai kat kuala selangor dalam 4.30 ptg. Check in chalet dulu kat Kuala Selangor Nature Park, kena byr RM45, lepas tgk bilik (ada 1 queen size & 1 single bed) kuar balik gi solat Asar & tunggu train nak naik Bukit Melawati.Naik tren sorang kene RM2, jalan2 kat atas tu tengok kera @ monyet2. Turun balik naik tren dan gi masuk dalam kereta untuk naik atas puncak menyaksikan matahari terbenam... Fuhhhh... ramainya orang nak tgk keindahan alam ciptaan Tuhan.. Senja pun berlabuh dan kitaorang pun turun balik ke bawah
Lepas solat maghrib kitaorang terus gi tempat kelip2. Punyalah ramai orang, nak naik sampan pun kena beratur & makan masa hampir stgh jam baru dapat naik sampan.. Pakcik yang bawak kitaorang pun ramah, menurut pakcik tu kelip2 suka kat pokok Berembang.. macam pokok krismas, menyala2 di kegelapan malam, ditemani bintang2 di langit.. kalau gi honeymoon syok ni... ada sentimental value.. pirahhhhh jiwang la plk... Pakcik tu bawak dalam 1/2 jam. lepas naik daratan kitaorang cari kedai makan kat kws berhampiran.. lepas kenyang apalagi balik bilik la... chalet dah best cuma bila aku masuk mandi ada katak & bilik air tersumbat pulak... nasib lah plk, nak ngadu dah malam...
Esok pagi lepas subuh Nic ajak gi jalan2 kat Taman Alam... Jauh jgk kitaorang berjalan ada menara, tempat tgk burung.. dapat tgk bermacam2 burung dalam 1jam setengah kot kitaorang gi berjln2 kat dalam tu. Patah balik semula ke penginapan, cari sarapan & makan2 depan chalet, masa nak mandi wat aduan kat office bilik air tersumbat dia suruh mandi kat chalet lain.. tempat mandi dah ok cuma ada katak 2 ekor... Geli... Tapi mandi la gak nasib baik aku rabun tak ler nampak sgt katak tu...
Lepas check out gi Tanjung Karang jalan2 & makan tengah hari.. Tak beli apapun cuma aku berkenan cincin btk daun berharga RM15, Nic pun amik gak btk bunga, Gee lak borong tudung kat 3 helai..
Balik dari Tg Karang singgah jap kat Pantai Remis.. Aku heran sungguh.. kat situ takleh mandi tapi punya ler ramai pengunjung... panas lak tu... kita org beli jajan dan makan2 kat bawah pokok ru... berpiknik jap baru kita orang balik..
Balik dari Pantai Remis singgah gi Kilang Bata, sumer orang membeli... Aku nak beli takde size... sabo... sampai kat komuter Klang dalam kul 6 lebih...Hantar Gee & Fazi balik..
Teringin nak medang, mula2 kitaorang duduk kat restoran Bismillah.. teringat kat situ takde Roti Nan kitaorang pun gi Bukit Tinggi, pergi Restoran Nasi Kandar Kayu, x jual roti nan lak ari tu, kuar gi Pelita pulak, memang tak dijual kat situ, takde ler rezeki aku nagn Nic nak makan roti nan, alih2 aku makan capati dan Nic makan sup kambing
Maghrib kat Giant... balik jalan jem....Hujan lebat...sampai rumah kat kul 8.30..
Maal Hijrah
Malam tahun baru aku kat Kuala Selangor.. Azam tahun baru banyak, tapi yang paling utama aku nak buat penghijrahan dari seorang bujang kepada hidup berkeluarga... Ya Allah aku minta sebenar2nya kepadaMu.. cepatkanlah Jodohku, cepatkanlah jodohku, cepatkanlah jodohku dan rakan2ku.. Aku juga ingin merasai hidup berkeluarga seperti orang lain. Menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali.. Bukakanlah pintu hati Mr J jika ia adalah bakal suamiku.. Ya Allah perkenankanlah permohonan hambaMu ini... Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)