Wednesday, February 15, 2006

PGL The musical

Kuar ofis kul 5.30 petang gi stesyen komuter shah alam turun kat hentian Bank Negara, tiket harga rm2.80, mundar-mandir jap kat depan Sogo.. ternyata aku dah silap hentian, amik lrt patah balik gi masjid Jamek kena rm1.20, sampai kat depan ofis Nic lebih kurang kul 7.10 pm. Naik kereta Nic utk gi Istana Budaya, jalan jem sebab baru lepas hujan lebat dan ada pokok tumbang khabarnya, tapi biasalah aku memang tak tahu jalan kl, sampai2 kat kul 8.20pm. Lalu depan cafe terperasan Sultan Muzaffar, tapi sebab kitaorang dah t'lewat apalagi jalan menonong kat kaunter tiket, selepas beratur utk dapatkan tiket kami berjaya masuk sebelum tayangan bermula.
Secara keseluruhan amat menarik, mengkagumkan dan terhibur, aku tak nah gi tgk teater semahal ni, selalu tgk pun masa study dulu kat penang. Lakonan & nyanyian Tiara mengasyikkan, lakonan stephen bolehlah cuma part bila dia cakap ada kureng sikit... hehe hang tuah celuplah katakan.. tapi time dia menyanyi..phuh... memang best, Ac pulak memang tak mengecewakan, loghat Jawa yang dibawa amat memukau. Aku memang teruja tul tgk dia berlakon malam tu.. Begitu juga ngan adlin, tak sangka sultan melaka pandai menari & menyanyi
Set juga amat cantik disamping kesan penataan cahaya yang amat bercahayalah. Aku sedkit kagum dengan bongkah2 kayu yang boleh digerak-gerakkan menjadi gunung ledang, ukiran kayu istana melaka, kawasan pelabuhan, kain putih pjg menyerupai air terjun.. memang cantik...aku cuba nak amik gambar semasa tayangan tapi tak dibenarkan. apo nak buat tgk jerlah..
Tayangan start kul 9 dan tamat kul 11.50pm. Penonton memberikan tepukan yang amat gemuruh. Kuar dari tingkat tiga kitaorang sempat berjumpa stephen & tiara, sempat lah amik gambar ngan hang tuah, nak amik gambo ngan puteri asyik kena kerumun jer, on d way nak balik terserempak ngan Ac kat tangga, sempat gak berposing ngan dia, tak sangka tinggi n tuff si ac ni.. Sebenarnya Nic nak jumpa adlin tapi tak sempat jumpa sebab bila kitaorang bertanya pada zahim berkemungkinan dia blk awal sebab mak mah ada dtg. Bila kuar je tel aku asyik berbunyi menandakan banyak sms masuk. Maklumlah masa tayangan coverage takde lgsg..hampeh, nasib baik takde miss call dr mak aku..
Sebenarnya aku bawak blaus utk ditukar kat tempat Nic tapi disebabkan kesuntukan masa aku gi tgk just pakai baju keje aku, nasib baik aku pakai bj cun sikit semalam, kalau ikut mood aku cam ari ni aku pakai apa yang ada jer macam tak sesuai jer.. aku tak nafikan aku tak pandai bergaya.. tapi yang paling teruk aku tertido 2 kali masa tayangan, teruk..kan. mungkin sebab terlalu penat, dan telinga aku pulak didengarkan ngan alunan yang mendayu menyebabkan mata aku senang jer terlelap.. hehe tapi aku tahu jalan citer ok.. cuma kalau ada kesempatan lagi aku nak tgk kat aras bawah pulak, tak puas... rasanya... hehe ada ker orang nak sponsor? ahaks
Sampai rumah kul 1.30 pagi.. Lepas membersihkan diri aku pun zzzzz..Pagi tadi jam loceng aku berbunyi 2 kali tapi aku rasa nak bangun lambat sikit, tiba2 kul 6.40 aku dapat sms dr izat.. selmt pg, nanti singgah tempat sy, ada barang nak bagi.. sabo jer aku.. pagi2 lagi dah kejutkan aku... kul 8.30 aku dah sampai betul2 dpn ofis izat n rupa2nya dia nak bagi aku sekotak payung... sabo jer, pemalas betul nak hantar sendiri..

p/s: tima kaseh utk k su, aku memang tak arif tul nak naik komuter ni, nasib baik k su temankan aku sampai kl... TQVM. Tq gak utk Nic sebab sanggup tunggu aku & bwk aku tgk PGL, aku memang failledlah area kl ni..

1 comment:

Nic said...

tak dpt ko nak pakai kemeja tu.. cantik.. aku rasa klu ko dressing camtu sure vogue sbb ko kan tinggi dan slim. yelah, bery.. aku rasa ko shud consider pki2 blouse & slack camtu..sure cun punya..
Maybe next time kita leh tgk teater lagi kan, bestlaaa..

Kdg2 aku tatau if i do wrong/right, but in my heart.. there is only pakcik.. dah 4 years.. tak penah berubah. Nie le satu2nya yg aku mengaku aku mmg bodoh sangat.