Friday, February 17, 2006

Hikmah


Tadi malam atau malam tadi, tak kisahlah.. yang pentingnya aku cuma berasa sangat bahagia, damai dan tak terucap rasanya ngan kata2. Selalunya malam jumaat mak ngan abah gi surau, tapi malam tadi mak tak gi dan mak ajak aku & adik untuk tahlil bersama. Habis tahlil kitaorang solat berjemaah.. Alhamdulillah kalau dapat buat tiap2 malam jumaat.. rasa tenang jer lepas tu...Dah lama sangat rasanya tak solat berjemaah ngan family.
Pagi td dalam keta aku dgr klfm, tentang kelebihan wanita. Aku amat bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita. Aku baru ura2 bercadang ngan Nic nak tinggal asing ngan family jika aku tak married lagi dan umur aku dah mencecah 30 nanti, tapi bila dengar klfm pg tadi aku terus berubah fikiran. Ada banyak hikmah kenapa aku tak kahwin lagi, antaranya aku dapat berkhidmat untuk mak aku. Kalau aku dah pindah tentu mak aku takleh nak mengharapkan aku... I love u mum... Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa hehe tapi sajer tangan gatal nak menaip

No comments: