Pokok bunga bakawali ini di kenali juga dengan nama saintifik nya Epiphyllum anguliger. Nama lain bagi bunga ini juga ialah ric rac cactus, moon cactus dan queen of the night. Anyway....Blog ni takde kena mengena ngan bunga bakawali tu pun... :)
Friday, February 10, 2006
Syukur
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Marilah amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur
Syukur Alhamdulillah
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan
Lagu syukur oleh Raihan.. Aku bawa topik syukur di pg jumaat ni sebab malam tadi tgk Ar Rayyan. Kita sebagai umat manusia hendaklah selalu bersyukur. Ustzh jg berkata kita dijadikan sebaik2 umat berbanding makhluk lain jadi mengapa kita tidak mahu sentiasa bersyukur. InsyaAllah mulai malam tadi aku nasihatkan diri sendiri supaya menjadi orang yang sentiasa bersyukur. Untuk lebih lanjut boleh klik di Syukur. Malam tadi juga ustazah menyentuh mengenai sujud syukur. Aku memang tak nafikan aku jarang wat sujud syukur ni. Untuk lebih lanjut mengenai sujud syukur boleh klik ke sujud syukur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment